KAWAH GEMINUS
LOKASI: KAWAH GEMINUS BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI KAWASAN YANG TERPENCIL DI TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN IAITU PADA KOORDINAT 56.7o TIMUR SERTA 34.5o UTARA.
KELUASAN: KAWAH GEMINUS MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 88 KILOMETER DENGAN KEDALAMAN SEHINGGA 5,400 METER.
ERA PEMBENTUKAN: KAWAH GEMINUS TERBENTUK PADA ERA ERATOSTHENIAN IAITU LEBIH KURANG -3.2 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -1.1 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: KAWAH GEMINUS ADALAH SEBUAH KAWAH YANG TERBENTUK DARI HENTAMAN KE ATAS PERMUKAAN BULAN. IA KELIHATAN SEPERTI BENTUK 'BUJUR' (OVAL) DARI SUDUT YANG JAUH. NAMUN, KAWAH GEMINUS SEBENARNYA BERBENTUK 'BULAT' (CIRCULAR). TERDAPAT KAWAH MESSALA DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT, KAWAH BERNOULLI DI BAHAGIAN TIMUR, SERTA KAWAH BURCKHARDT DAN KAWAH CLEOMEDES DI BAHAGIAN SELATAN.
PADA BINGKAI KAWAH GEMINUS TERDAPAT BEBERAPA TAKUK-TAKUK (NOTCHES) KE ARAH LUAR TERUTAMA DI BAHAGIAN UTARA DAN TIMUR. TEBING SEBELAH DALAM KAWAH GEMINUS ADALAH LEBAR DAN BERTERES DENGAN MELUASNYA. TIDAK TERDAPAT KESAN 'HENTAMAN'YANG JELAS DI PERMUKAAN 'LANTAI' KAWAH GEMINUS. NAMUN, TERDAPAT 'RABUNG' (RIDGE) YANG PANJANG DAN LAMPAI DI PERTENGAHAN 'LANTAI' KAWAH SERTA 'REKAHAN' YANG DAPAT DILIHAT.
PEMERHATIAN: KAWAH GEMINUS ADALAH SEBUAH LANSKAP KAWAH YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KETIGA SELEPAS 'BULAN BAHARU' (NEW MOON) SEHINGGA HARI KEDUA SELEPAS 'BULAN PENUH' (FULL MOON).
PERALATAN: UNTUK MENCERAP KAWAH GEMINUS, PENGGUNAAN 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN BAGI MENDAPATKAN KEPUTUSAN YANG MENARIK DAN MEMUASKAN.
PENEROKAAN: TIDAK ADA SEBARANG PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH GEMINUS.
PENGHORMATAN: KAWAH GEMINUS DINAMAKAN SEMPENA SE ORANG AHLI ASTRONOMI DAN AHLI MATEMATIK GREEK PADA KURUN PERTAMA IAITU GEMINOS ATAU GEMINUS OF RHODES. BELIAU TELAH MENULIS BEBERAPA BUKU BERKAITAN DENGAN BIDANG ASTRONOMI TERUTAMA BUKU BERJUDUL "THE INTRODUCTION TO PHENOMENA" YANG DITULIS DENGAN TUJUAN MEMPERKENALKAN ASTRONOMI KEPADA PELAJAR-PELAJAR. MANAKALA, DI DALAM BIDANG MATEMATIK, BELIAU TELAH MENULIS BUKU BERJUDUL "THE THEORY OF MATHEMATICS". TIDAK BANYAK INFORMASI TENTANG GEMINOS YANG DIKETAHUI.
No comments:
Post a Comment