Monday, April 18, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC1300

NGC1300


BURUJ:   ERIDANUS

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR (BARRED SPIRAL GALAXY)

LOKASI:   03h 19m 41s  /  -19o 24' 41"

JARAK:   61.3 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +11.4

SAIZ:   6'.2  X  4'.1

KATEGORI:   (R)SB(s)bc

NGC1300 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ ERIDANUS DI HEMISFERA SELATAN. IA ADALAH SEBUAH GALAKSI 'BERPALANG' (BARRED) YANG BERSAIZ SEPARUH DARIPADA SAIZ GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY GALAXY). NGC1300 MERUPAKAN SALAH SATU GALAKSI YANG TERDAPAT DI DALAM 'THE ERIDANUS CLUSTER' IAITU SEBUAH KLUSTER YANG TERDIRI DARIPADA 200 BUAH GALAKSI TERKANDUNG DI DALAMNYA.

NGC1300 TELAH DITEMUKAN OLEH JOHN HERSCHEL DALAM TAHUN 1835. DARI SUDUT BUMI, NGC1300 DILIHAT PADA KEDUDUKAN 'PANDANGAN HADAPAN' (FACE-ON). DI DALAM 'TERAS' STRUKTUR BERPUTAR YANG BESAR, 'NUKLEUS' MEMAPARKAN STRUKTUR BERPUTAR DIKATEGORIKAN SEBAGAI 'GRAND-DESIGN'; IAITU MEMPUNYAI 'CAKERA' DALAMAN (INNER DISK) YANG BERPUTAR DI DALAM PUTARAN GALAKSI (A SPIRAL WITHIN A SPIRAL). 

GAS YANG TERDAPAT DI DALAM 'PALANG' (BAR) BOLEH DISALURKAN KE DALAM (INWARD) DAN KEMUDIANNYA DIPUTARKAN KE 'TERAS' MELALUI 'GRAND-DESIGN' CAKERA DI MANA IA BERPOTENSI UNTUK MEMBEKALKAN BAHAN KEPADA 'LOHONG HITAM' (BLACK HOLE) YANG BESAR.

GALAKSI BERPUTAR 'BERPALANG' (BARRED) BERBEZA DARIPADA GALAKSI BERPUTAR YANG 'NORMAL' DARI SEGI 'LENGAN' (ARMS) GALAKSI TIDAK BERPUTAR SEPENUHNYA KE DALAM 'TERAS', TETAPI BERSAMBUNG KEPADA KEDUA-DUA 'HUJUNG' 'PALANG' YANG LURUS YANG MENGANDUNGI BINTANG-BINTANG DENGAN 'NUKLEUS' DI TENGAHNYA.

BINTANG-BINTANG KATEGORI 'SUPERGIANT' BERWARNA BIRU DAN MERAH, KLUSTER BINTANG-BINTANG, SERTA 'KAWASAN PEMBENTUKAN BINTANG-BINTANG' (STAR-FORMING REGIONS) DAPAT DIKENALPASTI SEPANJANG 'LENGAN BERPUTAR': TERMASUK KLUSTER BINTANG-BINTANG 'MUDA' (YOUNG STARS) YANG BERWARNA BIRU, AWAN-AWAN BERWARNA MERAH JAMBU (PINK CLOUDS) YANG MEMBENTUK BINTANG-BINTANG BAHARU, SERTA LORONG-LORONG DEBU YANG GELAP DAN HITAM.

TERDAPAT DUA LORONG DEBU (DUST LANES) YANG KETARA 'MEMOTONG' MELALUI 'PALANG' GALAKSI; YANG MANA MENGANDUNGI KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG BERWARNA JINGGA YANG SUDAH 'TUA'. LORONG DEBU TERSEBUT 'MENGHILANG' KE DALAM CIRI BERPUTAR YANG TERDAPAT 'NUKLEUS' DI TENGAH 'PALANG'.







camp.astronomy@gmail.com












 

No comments:

Post a Comment