Friday, April 29, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AR RUUM, AYAT 46 - 47



"...DAN DI ANTARA TANDA-TANDA KEKUASAAN-NYA IALAH BAHAWA DIA MENGIRIMKAN ANGIN SEBAGAI PEMBAWA BERITA GEMBIRA DAN UNTUK MERASAKAN KEPADA MU SEBAHAGIAN DARI RAHMAT-NYA DAN SUPAYA KAPAL DAPAT BELAYAR DENGAN PERINTAH-NYA DAN (JUGA) SUPAYA KAMU DAPAT MENCARI KURNIA-NYA; MUDAH-MUDAHAN KAMU BERSYUKUR.

DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENGUTUS SEBELUM KAMU BEBERAPA ORANG RASUL KEPADA KAUMNYA, MEREKA DATANG KEPADANYA DENGAN MEMBAWA KETERANGAN-KETERANGAN (YANG CUKUP), LALU KAMI MELAKUKAN PEMBALASAN TERHADAP ORANG-ORANG YANG BERDOSA. DAN KAMI SELALU BERKEWAJIBAN MENOLONG ORANG-ORANG YANG BERIMAN..."


SURAH AR RUUM (BANGSA RUM), AYAT 46 DAN 47, JUZUK 21

Monday, April 25, 2022

OBJEK DI LANGIT - IC4665

IC4665

BURUJ:   OPHIUCHUS

KELAS:   KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER)

LOKASI:   17h 46m 18s  /  +05o 43' 00"

JARAK:   1,400 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +4.2

SAIZ:   45'.0  X  45'.0

IC4665 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ OPHIUCHUS. IC4665 TELAH DITEMUKAN OLEH PHILLIP LOYS DE CHESEAUX DALAM TAHUN 1745. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'COLLINDER 349' DI DALAM 'COLLINDER CATALOGUE' OLEH SEORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN BERNAMA PER COLLINDER YANG MENGANDUNGI SENARAI 471 OBJEK KLUSTER TERBUKA DAN DITERBITKAN PADA TAHUN 1931. 

SELAIN ITU, IC4665 JUGA DIKENALI  SEBAGAI 'MELOTTE 179' DI DALAM 'MELOTTE CATALOGUE' OLEH SEORANG AHLI ASTRONOMI BRITISH YANG BERNAMA PHILIBERT JACQUES MELOTTE YANG MENGANDUNGI SENARAI 245 OBJEK KLUSTER BINTANG-BINTANG (STAR CLUSTERS) YANG DITERBITKAN DALAM TAHUN 1915.

KETIKA MENCERAP IC4665 MENGGUNAKAN TEROPONG, SEBANYAK 12 BIJI BINTANG KEMUNGKINAN BOLEH KELIHATAN. MANAKALA, PENGGUNAAN TELESKOP BERKUASA 25X HINGGA 35X AKAN MEMAPARKAN BEBERAPA DOZEN BINTANG BERWARNA BIRU-KEPUTIHAN YANG MERUPAKAN WARNA BINTANG-BINTANG DI DALAM KLUSTER IC4665 IAITU BIRU, BIRU-KEPUTIHAN, DAN JUGA PUTIH.

JIKA DIPERHATIKAN SEMASA PENCERAPAN DILAKUKAN, DI KAWASAN 'DALAMAN' BINTANG-BINTANG (INNER STARS) TERSEBUT MEMBENTUK 'CORAK' SEPERTI PERKATAAN 'H I', SEAKAN-AKAN SEBUAH UCAPAN 'PERSAHABATAN' DARI ANGKASA DENGAN PERKATAAN 'H I' KELIHATAN DITERBALIKKAN.







camp.astronomy@gmail.com












Friday, April 22, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AR RUUM, AYAT 44 - 45



"...BARANGSIAPA YANG KAFIR MAKA DIA SENDIRILAH YANG MENANGGUNG (AKIBAT) KEKAFIRANNYA ITU; DAN BARANG SIAPA YANG BERAMAL SOLEH MAKA UNTUK DIRI MEREKA SENDIRILAH MERELA MENYIAPKAN (TEMPAT YANG MENYENANGKAN),

AGAR ALLAH MEMBERI PAHALA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH DARI KURNIA-NYA. SESUNGGUHNYA DIA TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG INGKAR..."


SURAH AR RUUM (BANGSA RUM), AYAT 44 DAN 45, JUZUK 21

Monday, April 18, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC1300

NGC1300


BURUJ:   ERIDANUS

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR (BARRED SPIRAL GALAXY)

LOKASI:   03h 19m 41s  /  -19o 24' 41"

JARAK:   61.3 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +11.4

SAIZ:   6'.2  X  4'.1

KATEGORI:   (R)SB(s)bc

NGC1300 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ ERIDANUS DI HEMISFERA SELATAN. IA ADALAH SEBUAH GALAKSI 'BERPALANG' (BARRED) YANG BERSAIZ SEPARUH DARIPADA SAIZ GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY GALAXY). NGC1300 MERUPAKAN SALAH SATU GALAKSI YANG TERDAPAT DI DALAM 'THE ERIDANUS CLUSTER' IAITU SEBUAH KLUSTER YANG TERDIRI DARIPADA 200 BUAH GALAKSI TERKANDUNG DI DALAMNYA.

NGC1300 TELAH DITEMUKAN OLEH JOHN HERSCHEL DALAM TAHUN 1835. DARI SUDUT BUMI, NGC1300 DILIHAT PADA KEDUDUKAN 'PANDANGAN HADAPAN' (FACE-ON). DI DALAM 'TERAS' STRUKTUR BERPUTAR YANG BESAR, 'NUKLEUS' MEMAPARKAN STRUKTUR BERPUTAR DIKATEGORIKAN SEBAGAI 'GRAND-DESIGN'; IAITU MEMPUNYAI 'CAKERA' DALAMAN (INNER DISK) YANG BERPUTAR DI DALAM PUTARAN GALAKSI (A SPIRAL WITHIN A SPIRAL). 

GAS YANG TERDAPAT DI DALAM 'PALANG' (BAR) BOLEH DISALURKAN KE DALAM (INWARD) DAN KEMUDIANNYA DIPUTARKAN KE 'TERAS' MELALUI 'GRAND-DESIGN' CAKERA DI MANA IA BERPOTENSI UNTUK MEMBEKALKAN BAHAN KEPADA 'LOHONG HITAM' (BLACK HOLE) YANG BESAR.

GALAKSI BERPUTAR 'BERPALANG' (BARRED) BERBEZA DARIPADA GALAKSI BERPUTAR YANG 'NORMAL' DARI SEGI 'LENGAN' (ARMS) GALAKSI TIDAK BERPUTAR SEPENUHNYA KE DALAM 'TERAS', TETAPI BERSAMBUNG KEPADA KEDUA-DUA 'HUJUNG' 'PALANG' YANG LURUS YANG MENGANDUNGI BINTANG-BINTANG DENGAN 'NUKLEUS' DI TENGAHNYA.

BINTANG-BINTANG KATEGORI 'SUPERGIANT' BERWARNA BIRU DAN MERAH, KLUSTER BINTANG-BINTANG, SERTA 'KAWASAN PEMBENTUKAN BINTANG-BINTANG' (STAR-FORMING REGIONS) DAPAT DIKENALPASTI SEPANJANG 'LENGAN BERPUTAR': TERMASUK KLUSTER BINTANG-BINTANG 'MUDA' (YOUNG STARS) YANG BERWARNA BIRU, AWAN-AWAN BERWARNA MERAH JAMBU (PINK CLOUDS) YANG MEMBENTUK BINTANG-BINTANG BAHARU, SERTA LORONG-LORONG DEBU YANG GELAP DAN HITAM.

TERDAPAT DUA LORONG DEBU (DUST LANES) YANG KETARA 'MEMOTONG' MELALUI 'PALANG' GALAKSI; YANG MANA MENGANDUNGI KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG BERWARNA JINGGA YANG SUDAH 'TUA'. LORONG DEBU TERSEBUT 'MENGHILANG' KE DALAM CIRI BERPUTAR YANG TERDAPAT 'NUKLEUS' DI TENGAH 'PALANG'.







camp.astronomy@gmail.com












 

Friday, April 15, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AR RUUM, AYAT 42 - 43



"...KATAKANLAH: ''ADAKANLAH PERJALANAN DI MUKA BUMI DAN PERHATIKANLAH BAGAIMANA KESUDAHAN ORANG-ORANG YANG DAHULU. KEBANYAKAN DARI MEREKA ITU ADALAH ORANG-ORANG YANG MEMPERSEKUTUKAN (ALLAH).

OLEH KERANA ITU, HADAPKANLAH WAJAHMU KEPADA AGAMA YANG LURUS (ISLAM) SEBELUM DATANG DARI ALLAH SUATU HARI YANG TIDAK DAPAT DITOLAK (KEDATANGANNYA): PADA HARI ITU MEREKA TERPISAH-PISAH..."


SURAH AR RUUM (BANGSA RUM), AYAT 42 DAN 43, JUZUK 21

Monday, April 11, 2022

MENGENALI BULAN - KAWAH GEMINUS

 KAWAH GEMINUS


LOKASI:   KAWAH GEMINUS BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI KAWASAN YANG TERPENCIL DI TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN IAITU PADA KOORDINAT 56.7o TIMUR SERTA 34.5o UTARA.

KELUASAN:   KAWAH GEMINUS MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 88 KILOMETER DENGAN KEDALAMAN SEHINGGA 5,400 METER.

ERA PEMBENTUKAN:   KAWAH GEMINUS TERBENTUK PADA ERA ERATOSTHENIAN IAITU LEBIH KURANG -3.2 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -1.1 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:   KAWAH GEMINUS ADALAH SEBUAH KAWAH YANG TERBENTUK DARI HENTAMAN KE ATAS PERMUKAAN BULAN. IA KELIHATAN SEPERTI BENTUK 'BUJUR' (OVAL) DARI SUDUT YANG JAUH. NAMUN, KAWAH GEMINUS SEBENARNYA BERBENTUK 'BULAT' (CIRCULAR). TERDAPAT KAWAH MESSALA DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT, KAWAH BERNOULLI DI BAHAGIAN TIMUR, SERTA KAWAH BURCKHARDT DAN KAWAH CLEOMEDES DI BAHAGIAN SELATAN.

PADA BINGKAI KAWAH GEMINUS TERDAPAT BEBERAPA TAKUK-TAKUK (NOTCHES) KE ARAH LUAR TERUTAMA DI BAHAGIAN UTARA DAN TIMUR. TEBING SEBELAH DALAM KAWAH GEMINUS ADALAH LEBAR DAN BERTERES DENGAN MELUASNYA. TIDAK TERDAPAT KESAN 'HENTAMAN'YANG JELAS DI PERMUKAAN 'LANTAI' KAWAH GEMINUS. NAMUN, TERDAPAT 'RABUNG' (RIDGE) YANG PANJANG DAN LAMPAI DI PERTENGAHAN 'LANTAI' KAWAH SERTA 'REKAHAN' YANG DAPAT DILIHAT.

PEMERHATIAN:   KAWAH GEMINUS ADALAH SEBUAH LANSKAP KAWAH YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KETIGA SELEPAS 'BULAN BAHARU' (NEW MOON) SEHINGGA HARI KEDUA SELEPAS 'BULAN PENUH' (FULL MOON).

PERALATAN:   UNTUK MENCERAP KAWAH GEMINUS, PENGGUNAAN 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN BAGI MENDAPATKAN KEPUTUSAN YANG MENARIK DAN MEMUASKAN.

PENEROKAAN:  TIDAK ADA SEBARANG PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH GEMINUS.

PENGHORMATAN:   KAWAH GEMINUS DINAMAKAN SEMPENA SE ORANG AHLI ASTRONOMI DAN AHLI MATEMATIK GREEK PADA KURUN PERTAMA IAITU GEMINOS ATAU GEMINUS OF RHODES. BELIAU TELAH MENULIS BEBERAPA BUKU BERKAITAN DENGAN BIDANG ASTRONOMI TERUTAMA BUKU BERJUDUL "THE INTRODUCTION TO PHENOMENA" YANG DITULIS DENGAN TUJUAN MEMPERKENALKAN ASTRONOMI KEPADA PELAJAR-PELAJAR. MANAKALA, DI DALAM BIDANG MATEMATIK, BELIAU TELAH MENULIS BUKU BERJUDUL "THE THEORY OF MATHEMATICS". TIDAK BANYAK INFORMASI TENTANG GEMINOS YANG DIKETAHUI.


Friday, April 8, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SUARAH AR RUUM, AYAT 40 - 41



"...ALLAH-LAH YANG MENCIPTAKAN KAMU, KEMUDIAN MEMBERIMU REZEKI, KEMUDIAN MEMATIKANMU, KEMUDIAN MENGHIDUPKANMU (KEMBALI). ADAKAH DI ANTARA YANG KAMU SEKUTUKAN DENGAN ALLAH ITU YANG DAPAT BEBRBUAT SESUATU DARI YANG DEMIKIAN ITU? MAHA SUCILAH DIA DAN MAHA TINGGI DARI APA YANG MEREKA PERSEKUTUKAN.

TELAH NAMPAK KEROSAKAN DI DARAT DAN DI LAUT DISEBABKAN KERANA PERBUATAN TANGAN MANUSIA, SUPAYA ALLAH MERASAKAN KEPADA MEREKA SEBAHAGIAN DARI (AKIBAT) PERBUATAN MEREKA, AGAR MEREKA KEMBALI (KE JALAN YANG BENAR)..."


SURAH AR RUUM (BANGSA RUM), AYAT 40 DAN 41, JUZUK 21

Monday, April 4, 2022

OBJEK DI LANGIT - HEADPHONE NEBULA

HEADPHONE NEBULA

BURUJ:   LYNX

KELAS:   NEBULA PLANETARI

LOKASI:   07h 51m 51s  /  +53o 25' 16"

JARAK:   1,600 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +14.0

SAIZ:   4 TAHUN CAHAYA KELEBARAN (1o)

HEADPHONE NEBULA ADALAH SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ LYNX. IA MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI YANG BESAR TETAPI MEMPUNYAI KECERAHAN PERMUKAAN (SURFACE BRIGHTNESS) YANG AGAK RENDAH. IA TELAH DITEMUKAN OLEH REBECCA JONES DAN RICHARD M.EMBERSON PADA TAHUN 1939.







camp.astronomy@gmail.com












 

Friday, April 1, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AR RUUM, AYAT 38 - 39



'...MAKA BERIKANLAH KEPADA KERABAT YANG TERDEKAT AKAN HAKNYA, DEMIKIAN (PULA) KEPADA FAKIR MISKIN DAN ORANG-ORANG YANG DALAM PERJALANAN. ITULAH YANG LEBIH BAIK BAGI ORANG-ORANG YANG MENCARI KEREDHAAN ALLAH; DAN MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BERUNTUNG.

DAN SESUATU RIBA (TAMBAHAN) YANG KAMU BERIKAN AGAR DIA MENAMBAH PADA HARTA MANUSIA, MAKA RIBA ITU TIDAK MENAMBAH PADA SISI ALLAH. DAN APA YANG KAMU BERIKAN BERUPA ZAKAT YANG KAMU MAKSUDKAN UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH, MAKA (YANG BERBUAT DEMIKIAN) ITULAH ORANG-ORANG YANG MELIPAT-GANDAKAN (PAHALANYA)..."


SURAH AR RUUM (BANGSA RUM), AYAT 38 DAN 39, JUZUK 21