Monday, July 19, 2021

OBJEK DI LANGIT

NGC2273

BURUJ:   LYNX

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)

LOKASI:   06h 50m 08s  /  +60o 50' 45"

JARAK:   94.5 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +11.6

SAIZ:   3.2'  x  2.5'

NGC2273 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ LYNX. IA TELAH DITEMUKAN OLEH NILS DUNER PADA 15hb SEPTEMBER, 1867. NGC2273 MEMPUNYAI STRUKTOR 'GEGELANG BERGANDA' (MULTI-RINGS) IAITU MEMPUNYAI 'GELANG DALAMAN' (INNER RING) SERTA DUA 'GELANG PALSU LUARAN' (OUTER PSEUDO RINGS) YANG TERBENTUK DARIPADA DUA SET 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS).

NGC2273 JUGA MEMPUNYAI KANDUNGAN GAS MOLEKUL YANG BESAR DAN BANYAK, YANG DITUNJUKKAN OLEH 'PENANDA CO LINE', YANG MANA DIANGGAP SEBAGAI PENUNJUK KEPADA 'PEMBENTUKAN BINTANG' YANG AKTIF. DARI PEMERHATIAN YANG DILAKUKAN MENUNJUKKAN 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) SEJAJAR DENGAN 'GELANG DALAMAN' SERTA 'PUSAT' GALAKSI YANG BERBENTUK 'BUJUR' TELAH DITEMUKAN YANG BERSIFAT SEPERTI STRUKTOR 'BAR-LIKE' (PALANG / BATANG) DAN DUA STRUKTOR 'GERBANG' (ARC) YANG MEMBENTUK SEBAHAGIAN DARIPADA 'GELANG NUKLEAR'.

DI SEKELILING 'NUKLEUS' TERDAPAT STRUKTOR SEPERTI 'GELANG DEBU' (DUSTY RING). NUKLEUS TELAH DIKELASKAN SEBAGAI KATEGORI 'TYPE II SEYFERT' GALAKSI DAN DISIFATKAN SEBAGAI 'AKTIF'. SUMBER TENAGA GALAKTIK NUKLEUS YANG 'AKTIF' HADIR SERTA MENAMBAH 'CAKERA' (DISK) DI SEKELILING 'LOHONG HITAM' (BLACK HOLE) YANG MEGA BESAR (SUPERMASSIVE).








camp.astronomy@gmail.com











No comments:

Post a Comment