KAWAH TYCHO
KATEGORI: KAWAH (CRATER)
LOKASI: KAWAH TYCHO BERADA DI SUKU BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KORDINAT KAWAH TYCHO IALAH 11.36o BARAT DAN 43.31o SELATAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN SELATAN PERMUKAAN BULAN DI KAWASAN PERGUNUNGAN TANAH TINGGI.
KELUASAN: KAWAH TYCHO MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 86 KM DENGAN KEDALAMAN SEHINGGA 4,800 METER.
ERA PEMBENTUKAN: KAWAH TYCHO TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN IAITU -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.92 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: KAWAH TYCHO ADALAH SEBUAH KAWAH YANG SANGAT MENONJOL DI PERMUKAAN BULAN.
PEMERHATIAN: KAWAH TYCHO MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI PERTAMA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI PERTAMA SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).
PERALATAN: UNTUK MENCERAP KAWAH TYCHO, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN. UNTUK PENCERAPAN YANG LEBIH TERPERINCI, TELESKOP BERKUASA RENDAH AMAT DIGALAKKAN.
PENGHORMATAN: KAWAH TYCHO TELAH DINAMAKAN SEMPENA SE ORANG AHLI ASTRONOMI DENMARK IAITU TYCHO BRAHE. KAWAH TERSEBUT TELAH DINAMAKAN OLEH GIOVANNI BATTISTA RICCIOLI, SEORANG AHLI ASTRONOMI ITALI DALAM TAHUN 1651 APABILA NAMA KAWAH TYCHO TELAH DIGUNA PAKAI DALAM TATANAMA PIAWAIAN PETA 'BULAN' (MOON MAPS). GIOVANNI RICCIOLI DILAHIRKAN PADA 17hb APRIL, 1598 DI FERRARA, ITALI. PADA 25hb JUN, 1671, BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA DI BOLOGNA, ITALI KETIKA BERUSIA 73 TAHUN. GIOVANNI RICCIOLI TELAH DIKENALI RAMAI SEBAGAI ORANG YANG PERTAMA MENJUMPAI 'BINTANG BERGANDA' (DOUBLE STARS).
TYCHO BRAHE (TYGE OTTESEN BRAHE) ADALAH SE ORANG AHLI ASTRONOMI DENMARK YANG DILAHIRKAN PADA 14hb DISEMBER, 1546 DI KNUTSTORP CASTLE, SCANIA, DENMARK-NORWAY. BELIAU MENINGGAL DUNIA PADA 24hb OKTOBER, 1601 DI PRAGUE, HABSBURG BOHEMIA, HOLY ROMAN EMPIRE SEMASA BERUMUR 54 TAHUN. TYCHO BRAHE ADALAH DARI KAUM BANGSAWAN YANG JUGA SE ORANG PENULIS DAN AHLI ASTRONOMI.
PENEROKAAN: TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH TYCHO. KAPAL ANGKASA 'SURVEYOR 7' BERJAYA MENDARAT DI LUAR LINGKARAN KAWAH TYCHO.
No comments:
Post a Comment