Saturday, July 17, 2021

MENGENALI BULAN

MARE MARGINIS  (LAUT MARGINIS  -  THE SEA AT THE EDGE)

KATEGORI:   LAUTAN (SEA ATAU MARE)


LOKASI:    MARE MARGINIS TERLETAK DI SUKUAN BAHAGIAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. IA BERADA PADA KOORDINAT 13.3o UTARA SERTA 86.1o TIMUR.


KELUASAN:   MARE MARGINIS MEMPUNYAI KELUASAN DENGAN DIAMETER 358 KM.


ERA PEMBENTUKAN:   MARE MARGINIS TERBENTUK DALAM MASA ERA UPPER IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.80 BILLION TAHUN HINGGA -3.20 BILLION TAHUN DAHULU. MANAKALA, KAWASAN SEKELILING MARE MARGINIS TERBENTUK DALAM ERA NECTARIAN (-3.92 BILLION TAHUN HINGGA -3.25 BILLION TAHUN DAHULU).


CIRI-CIRI:   MARE MARGINIS ADALAH SEBUAH 'LAUT' YANG JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'LAUT YANG BERADA DI PINGGIR PERMUKAAN BULAN' (THE SEA AT THE EDGE). IA TERLETAK BETUL-BETUL DI KEDUDUKAN PINGGIR PERMUKAAN BULAN 'NEARSIDE' (PERMUKAAN BULAN YANG SENTIASA MENGADAP BUMI DAN DAPAT DILIHAT DARI BUMI) IAITU DI PERTENGAHAN ANTARA PERMUKAAN BULAN 'NEARSIDE' (PERMUKAAN BULAN YANG SENTIASA MENGADAP BUMI DAN DAPAT DILIHAT DARI BUMI) DENGAN PERMUKAAN BULAN 'FARSIDE' (PERMUKAAN BULAN YANG BERADA DI BAHAGIAN BELAKANG BULAN SERTA TIDAK DAPAT DILIHAT DARI BUMI.


PEMERHATIAN:   MARE MARGINIS MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE DUA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KEDUA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:   PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MELIHAT MARE MARGINIS ADALAH TEROPONG YANG BERKUASA 10X. DI SEBABKAN KEDUDUKAN MARE MARGINIS YANG BERADA DI PINGGIR TIMUR SISI PERMUKAAN BULAN, PENGGUNAAN TELESKOP BERKUASA RENDAH DAPAT MEMBERIKAN CERAPAN YANG LEBIH TERPERINCI DAN MENARIK.


PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MARE MARGINIS.


PENGHORMATAN:   MARE MARGINIS DINAMAKAN ATAS USAHA PENGUMPULAN DAN PENYUSUNAN SEMULA SENARAI NAMA-NAMA 'TEMPAT LANSKAP' DI PERMUKAAN BULAN YANG DILAKUKAN OLEH MARY ADELA BLAGG. BELIAU IALAH SE ORANG AHLI ASTRONOMI INGGERIS DAN TELAH DIPILIH SEBAGAI AHLI BADAN ILMIAH (FELLOW) KEPADA 'THE ROYAL ASTRONOMICAL SOCIETY' DALAM TAHUN 1916.


MARY A.BLAGG DILAHIRKAN PADA 17hb MEI, 1858 DI CHEADLE, STAFFORDSHIRE, ENGLAND. BELIAU MENINGGAL DUNIA PADA 14hb APRIL, 1944 DI ENGLAND.
DALAM TAHUN 1905, MARY A.BLAGG TELAH DILANTIK OLEH 'INTERNATIONAL ASSOCIATION OF ACADEMIES' YANG BAHARU DITUBUHKAN UNTUK MEMBANGUNKAN PENGUMPULAN DAN PENYUSUNAN SEMUA SENARAI NAMA-NAMA 'LANSKAP'  YANG TERDAPAT DI PERMUKAAN BULAN.


DALAM TAHUN 1920, BELIAU TELAH 'BERGABUNG' DENGAN SURUHANJAYA INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) YANG BAHARU DITUBUHKAN. MARY A.BLAGG TELAH DITUGASKAN UNTUK MENYAMBUNG KERJA DAN KAJIAN YANG TELAH BELIAU LAKUKAN SEBELUM INI DALAM MENETAPKAN PIAWAIAN DALAM TATANAMA 'LANSKAP' DI PERMUKAAN BULAN.


MARY A.BLAGG TELAH BEKERJA SAMA DENGAN KARL MULLER; SE ORANG PESARA PEGAWAI KERAJAAN DAN AHLI ASTRONOMI AMATUR. ATAS USAHA MARY A.BLAGG DAN KARL MULLER, MEREKA TELAH BERJAYA MENGHASILKAN DUA JILID SET BUKU DALAM TAHUN 1935 BERJUDUL "NAMED LUNAR FORMATIONS" YANG MENJADI 'PIAWAIAN' RUJUKAN KEPADA PERKARA BERKAITAN DENGAN TATANAMA 'LANSKAP' DI PERMUKAAN BULAN.



camp.astronomy@gmail.com

 

No comments:

Post a Comment