NGC362 / CALDWELL 104
BURUJ: TUCANA
KELAS: KLUSTER GLOBULAR / BUNDAR (GLOBULAR CLUSTER)
LOKASI: 01h 03m 14s / -70o 50' 55"
JARAK: 27,700 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +6.4
SAIZ: 12.9'
NGC362 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ TUCANA DI HEMISFERA SELATAN. IA TELAH DITEMUKAN OLEH JAMES DUNLOP PADA 1hb OGOS, 1826. NGC362 BERADA SEDIKIT KE UTARA DARI 'SMALL MAGELLANIC CLOUD' (AWAN MAGELLANIC KECIL). SELAIN DARI ITU, NGC362 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL 104'.
NGC362 BOLEH DILIHAT DENGAN MATA KASAR DI KAWASAN YANG LANGIT TIDAK DICEMARI OLEH 'CAHAYA' (DARK SKY). IA JUGA MENUNJUKKAN PENAMPAKAN YANG SUNGGUH MENARIK JIKA DICERAP DENGAN MENGGUNAKAN TELESKOP, WALAUPUN IANYA DIBAYANGI OLEH BINTANG YANG LEBIH BESAR IAITU 'TUCANAE 47'.
NGC362 MEMPUNYAI PURATA KANDUNGAN 'LOGAM' (METALICITY) YANG LEBIH TINGGI DARI BINTANG-BINTANG YANG TERDAPAT DI DALAM KEBANYAKKAN KLUSTER GLOBULAR. INI MEMBAYANGKAN NGC362 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR YANG 'MUDA' (YOUNG) SERTA MEMPUNYAI LEBIHAN BINTANG-BINTANG BINARI/PENDUA (BINARY STARS) DENGAN PENGECUALIAN 'PUSAT' (CORE) YANG 'PADAT' BERUKURAN DIAMETER 13 TAHUN CAHAYA.
camp.astronomy@gmail.com