NGC6537 (THE RED SPIDER NEBULA)
BURUJ: SAGITTARIUS
KELAS: NEBULA
LOKASI: 18h 05m 13.1s / -19o 50' 34.9"
JARAK: 5,000 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +11.6
SAIZ: 0.17' x 0.17'
NGC6537 ADALAH SEBUAH NEBULA PLANETARI YANG BERADA DI DALAM BURUJ SAGITTARIUS. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE RED SPIDER NEBULA'. TERDAPAT BENTUK DUA 'GELEMBUNG' YANG MENONJOL DI NEBULA INI DISEBABKAN OLEH TEORI KESAN DARI KEHADIRAN BINTANG 'PENGIRING' (COMPANION) ATAU KEHADIRAN 'LINGKARAN MAGNETIK'. NGC6537 MEMPUNYAI BENTUK 'S' YANG SIMETRI DENGAN 'GELEMBUNG' DI MANA 'GELEMBUNG' TERSEBUT KELIHATAN SAMA DI ANTARA SATU DENGAN LAIN.
DIPERCAYAI, DI TERAS NEBULA INI TERDAPAT BINTANG PUTIH 'KERDIL' YANG MENJADI BINTANG 'PUSAT' DENGAN BINTANG 'PENGIRING' UNTUK NEBULA NGC6537 INI. 'DINDING' GAS BAGI KEDUA-DUA 'GELEMBUNG' INI MEMPUNYAI STRUKTUR YANG TIDAK LICIN SAMA SEKALI, SEBALIKNYA IA 'BERIAK' / BERALUN-ALUN / 'GELOMBANG' DALAM KEADAAN YANG SANGAT RUMIT.
BINTANG PUTIH 'KERDIL' KEKAL MEMPUNYAI TERAS YANG KOMPLEK DENGAN 'ANGIN' YANG DILEPASKAN MEMBERIKAN NGC6537 BENTUK 'LABAH-LABAH' YANG UNIK SERTA IA JUGA MENYUMBANG KEPADA PENGEMBANGAN NEBULA KE PERSEKITARAN YANG LEBIH LUAS.
DI TERAS NEBULA, IA DIKELILINGI OLEH DEBU DAN IANYA SANGAT CERAH DENGAN 'LINGKARAN' KECIL KELIHATAN. WARNA MERAH YANG KELIHATAN ADALAH DATANG DARI PANCARAN GAS HIDROGEN SERTA 'PENGIONAN' NITROGEN YANG BERLAKU DI DALAM NEBULA NGC6537.
NGC6537 TELAH DITEMUKAN OLEH EDWARD PICKERING PADA 15hb JULAI, 1882.
No comments:
Post a Comment