PYTHAGORAS CRATER (KAWAH PYTHAGORAS)
LOKASI: PYTHAGORAS CRATER BERADA DI SUKUAN BARAT-LAUT KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI KAWASAN YANG AGAK TERPINGGIR DI BAHAGIAN UTARA DAN BARAT-LAUT BULAN IAITU PADA KOORDINAT 62.8o BARAT ; 63.5o UTARA.
ERA: PYTHAGORAS CRATER TERBENTUK PADA ERA ERATOSTHENIAN IAITU ERA LEBIH KURANG - 3,200 JUTA TAHUN DAHULU HINGGA - 1,100 JUTA TAHUN DAHULU.
PEMERHATIAN: PYTHAGORAS CRATER ADALAH SEBUAH LANSKAP YANG SUNGGUH MENARIK UNTUK DICERAP. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE 5 SELEPAS 'BULAN PENUH' (FULL MOON) HINGGA HARI KE 4 SELEPAS 'SUKU TERAKHIR BULAN' (LAST QUARTER MOON).
PERALATAN: UNTUK MENCERAP PYTHAGORAS CRATER, SEKURANG-KURANGNYA TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN UNTUK MENDAPATKAN HASIL PEMERHATIAN YANG MEMUASKAN.
PENGHORMATAN: PYTHAGORAS CRATER DINAMAKAN SEMPENA SEORANG AHLI FALSAFAH DAN JUGA AHLI MATEMATIK GREEK KURUN KE 6 IAITU PYTHAGORAS. BELIAU DILAHIRKAN DI SAMOS DALAM TAHUN 570 av JC DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 480 av JC DI METAPONTE.
No comments:
Post a Comment