Monday, May 17, 2021

OBJEK DI LANGIT

NGC17

BURUJ:   CETUS

KELAS:  GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY - Sc TYPE)

LOKASI:   00h 11m 06.5s  /-12o 06' 26"

JARAK:   250 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +15.3

SAIZ:   2'.2  x  0'.8

NGC17 JUGA DIKENALI SEBAGAI NGC34 DISEBABKAN PERBEZAAN SETENGAH DARJAH (1/2 o) DALAM KEDUDUKAN PEMERHATIAN SEMASA MELAKUKAN CERAPAN OLEH FRANK MULLER DAN LEWIS SWIFT, DALAM TAHUN 1886, TELAH MENGHASILKAN DUA OBJEK YANG SAMA TELAH DISENARAIKAN SEBAGAI OBJEK YANG BERLAINAN DALAM 'THE NEW GENERAL CATALOGUE' (NGC) OLEH JOHN DREYER. KESILAPAN INI TELAH DISEDARI OLEH HERBERT HOWE PADA TAHUN 1900; DAN SUSULAN TERSEBUT, JOHN DREYER TELAH MEMBUAT KEMASKINI  DALAM EDISI KEDUA 'THE NEW GENERAL CATALOGUE' DALAM TAHUN 1910.

NGC17 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERADA DI DALAM BURUJ CETUS. IA ADALAH HASIL DARIPADA PENGGABUNGAN DUA BUAH GALAKSI CAKERA (DISK GALAXIES) YANG MENYEBABKAN TERJADI 'LETUPAN BINTANG' (STARBURST) DI BAHAGIAN 'PUSAT' GALAKSI DAN IANYA BERTERUSAN MENJADI KAWASAN AKTIVITI 'PEMBENTUKAN' BINTANG (STARFORMING).

NGC17 MASIH MEMPUNYAI 'GAS' YANG BANYAK (GAS-RICH) SERTA IANYA MEMPUNYAI HANYA SATU 'GALAKTIK NUKLEUS'. DISEBABKAN 'PENGGABUNGAN' TERSEBUT, NGC17 TIDAK MEMPUNYAI 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) YANG DAPAT DITAKRIFKAN SEPERTI MANA 'LENGAN BERPUTAR' GALAKSI BIMA SAKTI. SELAIN ITU, 'NUKLEUS' DI TERAS GALAKSI JUGA TELAH BERUBAH BENTUK. NGC17 MENGANDUNGI 'PUSAT CAKERA' YANG BERWARNA BIRU DENGAN STRUKTUR YANG 'HALUS' (FINE) DI BAHAGIAN LUARAN SERTA 'GELOMBANG' EKOR MENUNJUKKAN 'PENGGABUNGAN' DUA CAKERA GALAKSI.

NGC17 TELAH DITEMUKAN OLEH FRANK MULLER  DALAM TAHUN 1886; SERTA DICERAP JUGA OLEH LEWIS SWIFT KEMUDIANNYA DALAM TAHUN YANG SAMA.






camp.astronomy@gmail.com







No comments:

Post a Comment