Monday, May 31, 2021

OBJEK DI LANGIT

ABELL 21  /  MEDUSA NEBULA


BURUJ:   GEMINI

KELAS:   NEBULA

LOKASI:   07h 29m 03s  /  +13o 14' 48"

JARAK:   1,500 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +15.99

SAIZ:   10.25'  X   10.25'

ABELL 21 JUGA DIKENALI SEBAGAI MEDUSA NEBULA ADALAH SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ GEMINI.









camp.astronomy@gmail.com











 

Friday, May 28, 2021

RENUNGAN JUMAAT

 


"...ORANG-ORANG YANG BERDOSA DIKENAL DENGAN TANDA-TANDANYA, LALU DIPEGANG UBUN-UBUN DAN KAKI MEREKA.

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

INILAH NERAKA JAHANNAM YANG DIDUSTAKAN OLEH ORANG-ORANG BERDOSA.

MEREKA BERKELILING DI ANTARANYA DAN DI ANTARA AIR YANG MENDIDIH YANG MEMUNCAK PANASNYA.

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?..."


SURAH AR RAHMAAN (YANG MAHA PEMURAH), AYAT 41 HINGGA 45, JUZUK 27

Monday, May 24, 2021

OBJEK DI LANGIT

NGC5634

BURUJ:   VIRGO

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR / BUNDAR

LOKASI:   14h 29m 37s  /  -05o 58' 35"

JARAK:   82,2000 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +9.5

SAIZ:   2.45'  x  2.45'

NGC5634 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR / BUNDAR YANG BERADA DI DALAM BURUJ VIRGO. NGC5634 TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 5hb MAC, 1785. KLUSTER INI JUGA, KEMUDIANNYA DICERAP OLEH JOHN HERSCHEL PADA 16hb APRIL, 1828.

NGC5634, MERUJUK KEPADA 'SISTEM PENGELASAN KLUSTER GLOBULAR' BERDASARKAN 'KELAS KONSENTRASI SHAPLEY-SAWYER' (THE SHAPLEY-SAWYER CONCENTRATION CLASS), DIKATAGORIKAN DALAM KELAS IV; IAITU KLUSTER GLOBULAR MENUNJUKAN PENUMPUAN YANG SEDERHANA BANYAK DALAM KUMPULAN BINTANG-BINTANG DALAM SATU KLUSTER.

SISTEM PENGELASAN KONSENTRASI SHAPLEY-SAWYER TERMASUK BILANGAN BINTANG DALAM SATU-SATU KELOMPOK , JARAK ANTARA BINTANG-BINTANG SAMAADA RAPAT ATAU JARANG, SERTA PENUMPUAN KEPADATAN ATAU KERENGGANGAN BINTANG-BINTANG DALAM KLUSTER SAMAADA KEPADATAN DI TERAS DAN JUGA DI SELURUH KLUSTER ATAU KEPADATAN HANYA TERTUMPU DI TERAS DAN SEBAGAINYA.

NGC5634 MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA 'SAGITTARIUS DWARF SPHEROIDAL GALAXY', TETAPI SEKARANG IANYA TELAH MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA 'THE SAGITTARIUS STREAM' APABILA NGC5634 TELAH DITARIK OLEH DAYA PASANG-SURUT GALAKSI BIMA SAKTI.

NGC5634 MERUPAKAN KLUSTER YANG AGAK CERAH SERTA DIANGGAP SEBUAH KLUSTER YANG AGAK BESAR, BULAT (ROUND), DENGAN TERAS YANG TERANG DAN BERCAHAYA. IANYA BOLEH DIKATAKAN MEMPUNYAI BINTANG-BINTANG BERMAGNITUD +19.0 DENGAN BINTANG HD 127119 BERWARNA JINGGA BERMAGNITUD +8.0, BERADA 1.3' DARIPADA TERAS KLUSTER.



camp.astronomy@gmail.com





Friday, May 21, 2021

RENUNGAN JUMAAT


 "...MAKA APABILA LANGIT TELAH TERBELAH DAN MENJADI MERAH MAWAR SEPERTI (KILAPAN) MINYAK.

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

PADA WAKTU ITU MANUSIA DAN JIN TIDAK DITANYA TENTANG DOSANYA.

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?..."


SURAH AR RAHMAAN (YANG MAHA PEMURAH), AYAT 37 HINGGA 40, JUZUK 27

Monday, May 17, 2021

OBJEK DI LANGIT

NGC17

BURUJ:   CETUS

KELAS:  GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY - Sc TYPE)

LOKASI:   00h 11m 06.5s  /-12o 06' 26"

JARAK:   250 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +15.3

SAIZ:   2'.2  x  0'.8

NGC17 JUGA DIKENALI SEBAGAI NGC34 DISEBABKAN PERBEZAAN SETENGAH DARJAH (1/2 o) DALAM KEDUDUKAN PEMERHATIAN SEMASA MELAKUKAN CERAPAN OLEH FRANK MULLER DAN LEWIS SWIFT, DALAM TAHUN 1886, TELAH MENGHASILKAN DUA OBJEK YANG SAMA TELAH DISENARAIKAN SEBAGAI OBJEK YANG BERLAINAN DALAM 'THE NEW GENERAL CATALOGUE' (NGC) OLEH JOHN DREYER. KESILAPAN INI TELAH DISEDARI OLEH HERBERT HOWE PADA TAHUN 1900; DAN SUSULAN TERSEBUT, JOHN DREYER TELAH MEMBUAT KEMASKINI  DALAM EDISI KEDUA 'THE NEW GENERAL CATALOGUE' DALAM TAHUN 1910.

NGC17 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERADA DI DALAM BURUJ CETUS. IA ADALAH HASIL DARIPADA PENGGABUNGAN DUA BUAH GALAKSI CAKERA (DISK GALAXIES) YANG MENYEBABKAN TERJADI 'LETUPAN BINTANG' (STARBURST) DI BAHAGIAN 'PUSAT' GALAKSI DAN IANYA BERTERUSAN MENJADI KAWASAN AKTIVITI 'PEMBENTUKAN' BINTANG (STARFORMING).

NGC17 MASIH MEMPUNYAI 'GAS' YANG BANYAK (GAS-RICH) SERTA IANYA MEMPUNYAI HANYA SATU 'GALAKTIK NUKLEUS'. DISEBABKAN 'PENGGABUNGAN' TERSEBUT, NGC17 TIDAK MEMPUNYAI 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) YANG DAPAT DITAKRIFKAN SEPERTI MANA 'LENGAN BERPUTAR' GALAKSI BIMA SAKTI. SELAIN ITU, 'NUKLEUS' DI TERAS GALAKSI JUGA TELAH BERUBAH BENTUK. NGC17 MENGANDUNGI 'PUSAT CAKERA' YANG BERWARNA BIRU DENGAN STRUKTUR YANG 'HALUS' (FINE) DI BAHAGIAN LUARAN SERTA 'GELOMBANG' EKOR MENUNJUKKAN 'PENGGABUNGAN' DUA CAKERA GALAKSI.

NGC17 TELAH DITEMUKAN OLEH FRANK MULLER  DALAM TAHUN 1886; SERTA DICERAP JUGA OLEH LEWIS SWIFT KEMUDIANNYA DALAM TAHUN YANG SAMA.






camp.astronomy@gmail.com







Friday, May 14, 2021

RENUNGAN JUMAAT


"...HAI JAMAAH JIN DAN MANUSIA, JIKA KAMU SANGGUP MENEMBUS (MELINTASI) PENJURU LANGIT DAN BUMI, MAKA LINTASILAH, KAMU TIDAK DAPAT MENEMBUSNYA MELAINKAN DENGAN KEKUATAN.

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN? 

KEPADA KAMU, (JIN DAN MANUSIA) DILEPASKAN NYALA APAI DAN CAIRAN TEMBAGA MAKA KAMU TIDAK DAPAT MENYELAMATKAN DIRI (DARIPADANYA).

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?..."


SURAH AR RAHMAAN (YANG MAHA PEMURAH), AYAT 33 HINGGA 36, JUZUK 27

Monday, May 10, 2021

MENGENALI BULAN

PYTHAGORAS CRATER  (KAWAH PYTHAGORAS)

LOKASI:  PYTHAGORAS CRATER BERADA DI SUKUAN BARAT-LAUT KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI KAWASAN YANG AGAK TERPINGGIR DI BAHAGIAN UTARA DAN BARAT-LAUT BULAN IAITU PADA KOORDINAT 62.8o BARAT ; 63.5o UTARA.

ERA:  PYTHAGORAS CRATER TERBENTUK PADA ERA ERATOSTHENIAN IAITU ERA LEBIH KURANG - 3,200 JUTA TAHUN DAHULU HINGGA - 1,100 JUTA TAHUN DAHULU.


PYTHAGORAS CRATER ADALAH SEBUAH LANSKAP BERUPA SEBUAH KAWAH PYTHAGORAS. IANYA BERBENTUK BULAT DAN MEMPUNYAI TEBING YANG CURAM DAN BERTINDAN DENGAN KAWAH BABBAGE DI BAHAGIAN TENGGARA. IA MEMPUNYAI TEBING YANG TINGGI DAN BERTERES-TERES. LANTAI KAWAH YANG LANDAI DENGAN KELUASANNYA DIPENUHI DENGAN LAVA SERTA GUNUNG YANG MEMPUNYAI PUNCAK BERGANDA  TERLETAK DI TENGAH-TENGAH KAWASAN KAWAH. GUNUNG TERSEBUT SETINGGI 4,800 METER. PYTHAGORAS CRATER MEMPUNYAI DIAMETER DENGAN KELUASAN 130M DAN KEDALAMAN SEHINGGA 5,000 METER.

PEMERHATIAN:  PYTHAGORAS CRATER ADALAH SEBUAH LANSKAP YANG SUNGGUH MENARIK UNTUK DICERAP. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE 5 SELEPAS 'BULAN PENUH' (FULL MOON) HINGGA HARI KE 4 SELEPAS 'SUKU TERAKHIR BULAN' (LAST QUARTER MOON).

PERALATAN:  UNTUK MENCERAP PYTHAGORAS CRATER, SEKURANG-KURANGNYA TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN UNTUK MENDAPATKAN HASIL PEMERHATIAN YANG MEMUASKAN.

PENGHORMATAN:  PYTHAGORAS CRATER DINAMAKAN SEMPENA SEORANG AHLI FALSAFAH DAN JUGA AHLI MATEMATIK GREEK KURUN KE 6 IAITU PYTHAGORAS. BELIAU DILAHIRKAN DI SAMOS DALAM TAHUN 570 av JC DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 480 av JC DI METAPONTE.


camp.astronomy@gmail.com


Friday, May 7, 2021

RENUNGAN JUMAAT

 


"...SEMUA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI SELALU MEMINTA KEPADA-NYA. SETIAP WAKTU DIA DALAM KESIBUKAN.

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

KAMI AKAN MEPERHATIKAN SEPENUHNYA KEPADAMU HAI MANUSIA DAN JIN.

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?..."


SURAH AR RAHMAAN (YANG MAHA PEMURAH), AYAT 29 HINGGA 32, JUZUK 27

Monday, May 3, 2021

OBJEK DI LANGIT

 NGC6537  (THE RED SPIDER NEBULA)

BURUJ:   SAGITTARIUS

KELAS:   NEBULA 

LOKASI:   18h 05m 13.1s  /  -19o 50' 34.9"

JARAK:   5,000 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +11.6

SAIZ:   0.17'  x 0.17'

NGC6537 ADALAH SEBUAH NEBULA PLANETARI YANG BERADA DI DALAM BURUJ SAGITTARIUS. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE RED SPIDER NEBULA'. TERDAPAT BENTUK DUA 'GELEMBUNG' YANG MENONJOL DI NEBULA INI DISEBABKAN OLEH TEORI KESAN DARI KEHADIRAN BINTANG 'PENGIRING' (COMPANION) ATAU KEHADIRAN 'LINGKARAN MAGNETIK'. NGC6537 MEMPUNYAI BENTUK 'S' YANG SIMETRI DENGAN 'GELEMBUNG' DI MANA 'GELEMBUNG' TERSEBUT KELIHATAN SAMA DI ANTARA SATU DENGAN LAIN.

DIPERCAYAI, DI TERAS NEBULA INI TERDAPAT BINTANG PUTIH 'KERDIL' YANG MENJADI BINTANG 'PUSAT' DENGAN BINTANG 'PENGIRING' UNTUK NEBULA NGC6537 INI. 'DINDING' GAS BAGI KEDUA-DUA 'GELEMBUNG' INI MEMPUNYAI STRUKTUR YANG TIDAK LICIN SAMA SEKALI, SEBALIKNYA IA 'BERIAK' / BERALUN-ALUN / 'GELOMBANG' DALAM KEADAAN YANG SANGAT RUMIT.

BINTANG PUTIH 'KERDIL' KEKAL MEMPUNYAI TERAS YANG KOMPLEK DENGAN  'ANGIN' YANG DILEPASKAN MEMBERIKAN NGC6537 BENTUK 'LABAH-LABAH' YANG UNIK SERTA IA JUGA MENYUMBANG KEPADA PENGEMBANGAN NEBULA KE PERSEKITARAN  YANG LEBIH LUAS.

DI TERAS NEBULA, IA DIKELILINGI OLEH DEBU DAN IANYA SANGAT CERAH DENGAN 'LINGKARAN' KECIL KELIHATAN. WARNA MERAH YANG KELIHATAN ADALAH DATANG DARI PANCARAN GAS HIDROGEN SERTA 'PENGIONAN' NITROGEN YANG BERLAKU DI DALAM NEBULA NGC6537.

NGC6537 TELAH DITEMUKAN OLEH EDWARD PICKERING PADA 15hb JULAI, 1882.




camp.astronomy@gmail.com