NGC5466
BURUJ : BOOTES
KELAS : KLUSTER GLOBULAR / BUNDAR
LOKASI : RA 14h 05m 26s / DEC +26O 32' 04"
JARAK : 51,800 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD : +9.70
SAIZ : 6.6' X 6.6'
INFO :NGC5466 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR ATAU BUNDAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 17hb MEI, 1784.
IA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBULAR JENIS 'KELAS XII' IAITU KLUSTER YANG MANA HIMPUNAN BINTANG-BINTANG DALAM KLUSTER INI TIDAK TERDAPAT PENUMPUAN TERHADAP 'TERAS' KLUSTER TERSEBUT.
IA MENGANDUNGI BINTANG-BINTANG BERWARNA BIRU JENIS "HORIZONTAL BRANCH" IAITU PERINGKAT PERUBAHAN 'STELLAR' YANG AKAN DIIKUTI SETERUSNYA OLEH "THE RED GIANT BRANCH" DI KALANGAN BINTANG-BINTANG DI LANGIT YANG MEMPUNYAI 'JISIM' YANG SAMA DENGAN 'JISIM' MATAHARI. BINTANG-BINTANG JENIS "HORIZONTAL BRANCH" INI DIKUASAKAN OLEH 'PENYATUAN HELIUM' (HELIUM FUSION) DI DALAM 'TERAS' SERTA 'PENYATUAN HIDROGEN' (HYDROGEN FUSION) YANG BERLAKU DI 'RANGKA LUAR' DI SEKELILING 'TERAS'.
TERDAPAT LEBIH KURANG 200 BILION BINTANG DI DALAM KLUSTER NGC5466 DI MANA KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG INI KELIHATAN 'HILANG' (INVISIBLE) DI DALAM 'JISIM' YANG DIPANGGIL "DARK MATTER".
No comments:
Post a Comment