Monday, January 18, 2021

OBJEK DI LANGIT

 NGC 7814

BURUJ:  PEGASUS

KELAS:  GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)

LOKASI:  0h 03m 14.9s / +16o 08' 44"

MAGNITUD:  +11.6

JARAK:  40 JUTA TAHUN CAHAYA

NGC7814 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERADA DI DALAM BURUJ PEGASUS. KEDUDUKANNYA JIKA DILIHAT DARI BUMI IALAH DARI PANDANGAN SISI (EDGE-ON), DAN JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE LITTLE SOMBRERO' KERANA IA MENYERUPAI NGC 4594 ATAU M104 YANG BERADA DI SEMPADAN ANTARA BURUJ VIRGA DAN CORVUS. KAWASAN DI BELAKANG NGC 7814 ADALAH SEBUAH KAWASAN YANG MEMPUNYAI GALAKSI-GALAKSI YANG BERDENSITI RENDAH DAN JUGA TERPENCIL. SELAIN NGC 7814, IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL 43' ATAU 'UGC 8'.




                                   KEDUDUKAN NGC7814 DALAM BURUJ PEGASUS



No comments:

Post a Comment