Monday, January 11, 2021

MENGENALI BULAN

 MONS PICO

LOKASI:  MONS PICO BERADA DI SUKUAN BARAT-LAUT KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI UTARA KAWASAN LURAH MARE IMBRIUM (BASIN) IAITU PADA KOORDINAT 8.867o BARAT ; 45.825o UTARA.

ERA PEMBENTUKAN:  MONS PICO TERBENTUK PADA ERA 'IMBRIAN' IAITU LEBIH KURANG -3,850 JUTA TAHUN HINGGA -3,200 JUTA TAHUN DAHULU. 

MONS PICO ADALAH SEBUAH GUNUNG YANG MEMPUNYAI KETINGGIAN 2,400 METER DENGAN PANJANGNYA SEJAUH 25 KM SERTA KELEBARAN SEHINGGA 15 KM. MONS PICO KELIHATAN BERSINAR DAN MEMANTULKAN CAHAYA MENYEBABKAN IA KELIHATAN SEPERTI SUATU OBJEK YANG CERAH. KEDUDUKAN MONS PICO YANG AGAK TERPENCIL DARI LANSKAP BULAN YANG LAIN; DI MANA MONS PICO TIMBUL DARI LAVA DI MARE IMBRIUM. MONS BETA YANG BERADA DI SELATAN BERHAMPIRAN DENGAN MONS PICO JUGA AGAK TERPENCIL.

PEMERHATIAN:  SUATU PEMERHATIAN YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP SEHARI SELEPAS 'SUKU PERTAMA BULAN' (FIRST QUARTER) ATAU SEHARI SELEPAS 'SUKU TERAKHIR BULAN' (LAST QUARTER).

 PERALATAN:  SEKURANG-KURANGNYA MENGGUNAKAN 100mm REFRACTOR.






No comments:

Post a Comment