Monday, March 8, 2021

MENGENALI BULAN

CRATER CLAVIUS (KAWAH CLAVIUS)

LOKASI:  KAWAH CLAVIUS BERADA PADA SUKUAN BARAT-DAYA KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN SELATAN PINGGIR BULAN IAITU PADA KOORDINAT 58.4O SELATAN DAN 14.4O BARAT. 

ERA:  KAWAH CLAVIUS TERBENTUK PADA ERA NECTARIAN IAITU ERA LEBIH KURANG -4.0 JUTA TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 JUTA TAHUN DAHULU.

KAWAH CLAVIUS ADALAH SALAH SEBUAH KAWAH YANG TERBESAR DI PERMUKAAN BULAN. IA MERUPAKAN KAWAH YANG KEDUA TERBESAR YANG DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR DI BAHAGIAN PERMUKAAN BULAN YANG MENGADAP BUMI. SAIZNYA LEBIH KURANG SAIZ KAWAH DESLANDRES. KEDUDUKANNYA DI KAWASAN YANG TIDAK RATA DAN 'KASAR' (RUGGED) DI BAHAGIAN SELATAN PERMUKAAN BULAN, IAITU DI SELATAN KAWAH TYCHO.

KAWAH CLAVIUS MEMILIKI 'DINDING LUAR' (WALLED CRATER) YANG AGAK RENDAH BERBANDING SAIZNYA  YANG BERDIAMETER 231 KILOMETER DENGAN KEDALAMAN 3.5 KILOMETER. TERDAPAT BANYAK KAWAH-KAWAH KECIL DI PERMUKAAN KAWAH CLAVIUS SEPERTI KAWAH CLAVIUS L DENGAN DIAMETER 24 KILOMETER MELINTANGI 'TEBING' KAWAH CLAVIUS DI BAHAGIAN BARAT. MANAKALA, KAWAH CLAVIUS K YANG BERDIAMETER 20 KILOMETER PULA, TERBENTUK DI BAHAGIAN BARAT-DAYA 'TEBING' KAWAH CLAVIUS.

PERMUKAAN DALAMAN KAWAH CLAVIUS BERTAKUK DAN BERBUKIT-BUKIT DENGAN LEBARNYA YANG BERBEZA-BEZA. BAHAGIAN YANG PALING CERUN TERDAPAT DI BAHAGIAN SELATAN. KAWAH CLAVIUS MEMPUNYAI 'DINDING LUAR' YANG BERBENTUK LEBIH KEPADA GARIS BENTUK 'POLIGON'.

PEMERHATIAN:  KAWAH CLAVIUS ADALAH SEBUAK LANSKAP YANG SUNGGUH MENARIK UNTUK DICERAP. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KEDUA SELEPAS 'SUKU PERTAMA BULAN' (FIRST QUARTER MOON) HINGGA SEHARI SELEPAS SUKU TERAKHIR BULAN (LAST QUARTER MOON).

PERALATAN:  UNTUK MELIHAT KAWAH CLAVIUS, KITA BOLEH MELIHATNYA DENGAN MATA KITA TANPA PERLU PERALATAN SEPERTI TEROPONG.


PENGHORMATAN:   KAWAH CLAVIUS DINAMAKAN SEMPENA NAMA SE ORANG AHLI ASTRONOMI SERTA AHLI MATEMATIK JERMAN BERNAMA CHRISTOPHER CLAVIUS. BELIAU DILAHIRKAN PADA 25hb MARCH, 1538 DI BAMBERG BAVARIA, JERMAN DAN MENINGGAL DUNIA PADA 6hb FEBRUARI, 1612 DI ROME, ITALI PADA USIA 73 TAHUN. 
                                                  

                                                          camp.astronomy@gmail.com


No comments:

Post a Comment