NGC 772 / ARP 78
BURUJ: ARIES
KELAS: UNBARRED SPIRAL GALAXY (GALAKSI BERPUTAR)
LOKASI: 01h 59m 19.6s / +19o 00' 27"
MAGNITUS: +11.1
JARAK: 130 JUTA TAHUN CAHAYA
SAIZ: 7'.2 x 4'.3
NGC 772 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ ARIES. DIANGGARKAN MEMPUNYAI DIAMETER SEJAUH 200,000 TAHUN CAHAYA; IAITU DUA KALI GANDA KELUASAN GALAKSI BIMA SAKTI (THE MILKY WAY). DENGAN BENTUK 'LENGAN' (SPIRAL ARM) YANG AGAK PELIK, SATU 'LENGAN' YANG AGAK 'TERBUKA' DAN BERCAHAYA; MANAKALA, 'LENGAN' YANG LAINNYA AGAK SAMAR DAN TERTUTUP. DISEBABKAN OLEH GELOMBANG KUASA DARI GALAKSI-GALAKSI YANG LEBIH BESAR DI SEBELAH 'LENGAN' YANG TERBUKA MENJADIKAN SEBAB KEBERHASILAN 'LENGAN' TERSEBUT LEBIH MENGEMBANG DAN LEBIH MEMANJANG JIKA DIBANDINGKAN DENGAN 'LENGAN-LENGAN' YANG LAIN. SELAIN DIPANGGIL NGC 772, IA JUGA DISENARAIKAN SEBAGAI ARP 78 OLEH HALTON ARP DALAM BUKUNYA YANG BERTAJUK 'SPIRAL GALAXY WITH A SMALL HIGH-SURFACE BRIGHTNESS COMPANION'. TERDAPAT 2 SUPERNOVA YANG DIJUMPAI DI DALAM NGC 772 IAITU SN2003hl DAN SN2003iq.
No comments:
Post a Comment