NGC457 / CALDWELL 13
BURUJ: CASSIOPEIA
KELAS: KELOMPOK TERBUKA (OPEN CLUSTER)
LOKASI: 01h 19m 32.6s / +58o 17' 27"
JARAK: 7,900 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +6.40
SAIZ: 20' x 20'
NGC457 JUGA DIKENALI SEBAGAI CALDWELL 13, JUGA DIPANGGIL "THE OWL CLUSTER", "THE E.T CLUSTER", "THE DRAGONFLY CLUSTER" ATAU "THE KACHINA DOLL CLUSTER". IA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA YANG BERADA DI DALAM BURUJ CASSIOPEIA. NGC457 TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL DALAM TAHUN 1787. IANYA DIANGGARKAN BERUSIA 21 JUTA TAHUN.
NGC457 MERUPAKAN KLUSTER TERBUKA YANG PALING CERAH DAN TERANG DALAN BURUJ CASSIOPEIA DAN JUGA MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA KLUSTER TERBUKA YANG PALING BAGUS DAN MENARIK DI KALANGAN KLUSTER TERBUKA YANG TERDAPAT DI LANGIT HEMISFERA UTARA.
BINTANG-BINTANG YANG CERAH DI DALAM KLUSTER INI KELIHATAN SEPERTI DISUSUN DENGAN MENARIK PERHATIAN DENGAN GARISAN-GARISAN SERTA KELUK-KELUK YANG MEMBENTUK SEPERTI RUPA SE EKOR 'BURUNG HANTU' (OWL). DUA BINTANG YANG PALING CERAH IAITU 'PHI CASSIOPIEIAE' (MAGNITUD +5.0) DAN HD7902 (MAGNITUD +7.0) BOLEH DIANGGAP SEBAGAI 'MATA' BURUNG HANTU.
NGC457 MENGANDUNGI LEBIH KURANG 150 BIJI BINTANG-BINTANG YANG BERMAGNITUD ANTARA +9.0 HINGGA +13.0. KLUSTER TERBUKA INI TERDIRI DARIPADA DUA DOZEN (24 BIJI BINTANG) YANG KEBANYAKANNYA ADALAH 'BINTANG-BINTANG PUTIH' (WHITE STARS) DENGAN BINTANG-BINTANG YANG PALING CERAH BERWARNA KUNING DAN BIRU. KELOMPOK BINTANG-BINTANG BERMAGNITUD +9.0 DAN +10.0 DALAM GAYA EMPAT SEGI TEPAT MENBENTUK 'BADAN' BURUNG HANTU, MANAKALA 'KEPAK' BURUNG HANTU MENGEMBANG KELUAR KE ARAH UTARA - SELATAN.
NGC457 BOLEH DILIHAT DALAM BULAN OGOS, SEPTEMBER DAN OKTOBER SETIAP TAHUN DI HEMISFERA UTARA. IANYA BERDIAMETER 23 TAHUN CAHAYA.
No comments:
Post a Comment