NGC3766
BURUJ: CENTAURUS
KELAS: KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER)
LOKASI: 11h 36m 14s / -61o 36' 19"
JARAK: 5,500 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +5.3
SAIIZ: 6.9' x 6.9'
NGC3766 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA YANG BERADA DI DALAM BURUJ CENTAURUS. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL 97' DAN JUGA SEBAGAI 'THE PEARL CLUSTER' (KLUSTER MUTIARA).
NGC3766 TELAH DITEMUKAN OLEH NICOLAS LOUIS de LACAILLE PADA 5hb MAC, 1752 SEMASA BELIAU MELAKUKAN 'KAJIAN ASTROMETRIK' DI AFRIKA DALAM TAHUN 1751 - 1752.
NGC3766 TERLETAK DI KAWASAN 'PEMBENTUKAN BINTANG' (STAR-FORMING) YANG LUAS YANG DIKENALI SEBAGAI "THE CARINA MOLECULAR CLOUD". IANYA KELIHATAN KABUR JIKA DILIHAT DENGAN MATA KASAR. OLEH ITU, IA MENJADI SASARAN PEMINAT-PEMINAT ASTRONOMI UNTUK MENCERAP KLUSTER INI MENGGUNAKAN TEROPONG, MALAH DENGAN MENGGUNAKAN TELESKOP, NGC3766 AKAN KELIHATAN SUNGGUH MENARIK UNTUK DICERAP KERANA BENTUK DAN WARNA YANG MENARIK DAN MENAKJUBKAN.
TERDAPAT SEBANYAK 137 BIJI BINTANG YANG TERSENARAI DI DALAM KLUSTER INI. TETAPI, KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG INI TIDAK DIIFTIRAF SEBAGAI 'AHLI' (MEMBERS) UNTUK KLUSTER NGC3766. SEBANYAK 36 CONTAH BINTANG VARIABLE (BERUBAH-UBAH) TERKANDUNG DI DALAM KLUSTER INI DITEMUKAN.
NGC3766 MEMPUNYAI BENTUK DAN RUPA SEPERTI SEBIJI 'MUTIARA', OLEH SEBAB ITU, IA DIPANGGIL SEBAGAI KLUSTER MUTIARA (THE PEARL CLUSTER). BINTANG-BINTANG YANG TERKANDUNG DI DALAM KLUSTER INI TERDIRI DARIPADA BINTANG-BINTANG 'MUDA' (YOUNG STARS). KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG TERSEBUT BERWARNA PUTIH. TERDAPAT JUGA SEPASANG BINTANG BERWARNA MERAH DENGAN MAGNITUD TUJUH (7th MAGNITUDE) YANG MENARIK. SATU BINTANG MERAH BERADA DI SEBELAH KIRI KLUSTER, MANAKALA SATU LAGI BINTANG MERAH PULA BERADA DI SEBELAH BERASINGAN IAITU DI SEBELAH KANAN.
KEDUDUKAN NGC3766 YANG BERADA DI HEMISFERA SELATAN PADA GARISAN 61o SELATAN, INI MENJADIKAN IA DAPAT DILIHAT DAN DICERAP OLEH PEMINAT ASTRONOMI YANG BERADA DI HEMISFERA SELATAN, NAMUN, BAGI PEMINAT ASTRONOMI DI HEMISFERA UTARA, IANYA DAPAT DILIHAT DAN DICERAP OLEH PEMINAT YANG BERADA SEHINGGA KE GARISAN 29o UTARA SAHAJA. BAGI PEMINAT YANG BERADA DI GARISAN YANG MELEBIHI 29o UTARA, KLUSTER NGC3766 TIDAK DAPAT DILIHAT KERANA IANYA TIDAK DAPAT TERBIT DI UFUK / KAKI LANGIT MELEBIHI GARISAN 29o UTARA.
camp.astronomy@gmail.com