Friday, January 29, 2021

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN PADA HARI KIAMAT KAMU AKAN MELIHAT ORANG-ORANG YANG BERBUAT DUSTA TERHADAP ALLAH, MUKANYA MENJADI HITAM. BUKANKAH DALAM NERAKA JAHANNAM ITU ADA TEMPAT BAGI ORANG-ORANG YANG MENYOMBONGKAN DIRI?

DAN ALLAH MENYELAMATKAN ORANG-ORANG YANG BERTAQWA KERANA KEMENANGAN  MEREKA, MEREKA TIADA DISENTUH OLEH AZAB (NERAKA DAN TIDAK PULA) MEREKA BERDUKA CITA.

ALLAH MENCIPTAKAN SEGALA SESUATU DAN DIA MEMELIHARA SEGALA SESUATU.

KEPUNYAAN-NYA KUNCI-KUNCI (PERBENDAHARAAN) LANGIT DAN BUMI. DAN ORANG-ORANG YANG KAFIR TERHADAP AYAT-AYAT ALLAH, MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG RUGI..."


SURAH AZ ZUMAR (ROMBONGAN-ROMBONGAN), AYAT 60 HINGGA 63, JUZUK 24

Monday, January 25, 2021

OBJEK DI LANGIT

 NGC5466


BURUJ :  BOOTES

KELAS :  KLUSTER GLOBULAR / BUNDAR

LOKASI :  RA  14h 05m 26s  /  DEC +26O 32' 04"

JARAK :  51,800 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD :  +9.70

SAIZ :  6.6' X 6.6'

INFO :NGC5466 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR ATAU BUNDAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 17hb MEI, 1784.

 IA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBULAR JENIS 'KELAS XII' IAITU KLUSTER YANG MANA HIMPUNAN BINTANG-BINTANG DALAM KLUSTER INI TIDAK TERDAPAT PENUMPUAN TERHADAP 'TERAS' KLUSTER TERSEBUT.

 IA MENGANDUNGI BINTANG-BINTANG BERWARNA BIRU JENIS "HORIZONTAL BRANCH" IAITU PERINGKAT PERUBAHAN 'STELLAR' YANG AKAN DIIKUTI SETERUSNYA OLEH "THE RED GIANT BRANCH" DI KALANGAN BINTANG-BINTANG DI LANGIT YANG MEMPUNYAI 'JISIM' YANG SAMA DENGAN 'JISIM' MATAHARI. BINTANG-BINTANG JENIS "HORIZONTAL BRANCH" INI DIKUASAKAN OLEH 'PENYATUAN HELIUM' (HELIUM FUSION) DI DALAM 'TERAS' SERTA 'PENYATUAN HIDROGEN' (HYDROGEN FUSION) YANG BERLAKU DI 'RANGKA LUAR' DI SEKELILING 'TERAS'.

 TERDAPAT LEBIH KURANG 200 BILION BINTANG DI DALAM KLUSTER NGC5466 DI MANA KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG INI KELIHATAN 'HILANG' (INVISIBLE) DI DALAM 'JISIM' YANG DIPANGGIL "DARK MATTER".




camp.astronomy@gmail.com














Friday, January 22, 2021

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN APABILA HANYA NAMA ALLAH SAHAJA YANG DISEBUT, KESALLAH HATI ORANG-ORANG YANG TIDAK BERIMAN KEPADA KEHIDUPAN AKHIRAT; DAN APABILA NAMA SEMBAHAN-SEMBAHAN SELAIN ALLAH YANG DISEBUT, TIBA-TIBA MEREKA BERGIRANG HATI.

KATAKANLAH: "WAHAI ALLAH, PENCIPTA LANGIT DAN BUMI, YANG MENGETAHUI BARANG GHAIB DAN YANG NYATA, ENGKAULAH YANG MEMUTUSKAN ANTARA HAMBA-HAMBA-MU TENTANG APA YANG SELALU MEREKA MEMPERSELISIHKANNYA."..."


SURAH AZ ZUMAR (ROMBONGAN-ROMBONGAN), AYAT 45 DAN 46, JUZUK 24

Monday, January 18, 2021

OBJEK DI LANGIT

 NGC 7814

BURUJ:  PEGASUS

KELAS:  GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)

LOKASI:  0h 03m 14.9s / +16o 08' 44"

MAGNITUD:  +11.6

JARAK:  40 JUTA TAHUN CAHAYA

NGC7814 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERADA DI DALAM BURUJ PEGASUS. KEDUDUKANNYA JIKA DILIHAT DARI BUMI IALAH DARI PANDANGAN SISI (EDGE-ON), DAN JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE LITTLE SOMBRERO' KERANA IA MENYERUPAI NGC 4594 ATAU M104 YANG BERADA DI SEMPADAN ANTARA BURUJ VIRGA DAN CORVUS. KAWASAN DI BELAKANG NGC 7814 ADALAH SEBUAH KAWASAN YANG MEMPUNYAI GALAKSI-GALAKSI YANG BERDENSITI RENDAH DAN JUGA TERPENCIL. SELAIN NGC 7814, IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL 43' ATAU 'UGC 8'.




                                   KEDUDUKAN NGC7814 DALAM BURUJ PEGASUS



Friday, January 15, 2021

RENUNGAN JUMAAT

"...DAN SUNGGUH JIKA KAMU BERTANYA KEPADA MEREKA: "SIAPAKAH YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI?", NESCAYA MEREKA MENJAWAB: "ALLAH". KATAKANLAH: "MAKA TERANGKANLAH KEPADAKU TENTANG APA YANG KAMU SERU SELAIN ALLAH, JIKA ALLAH HENDAK MENDATANGKAN KEMUDHARATAN KEPADAKU, APAKAH BERHALA-BERHALAMU ITU DAPAT MENGHILANGKAN KEMUDHARATAN ITU, ATAU JIKA ALLAH HENDAK MEMBERI RAHMAT KEPADAKU, APAKAH MEREKA DAPAT MENAHAN RAHMAT-NYA?". KATAKANLAH: "CUKUPLAH ALLAH BAGIKU". KEPADA-NYALAH BERTAWAKKAL ORANG-ORANG YANG BERSERAH DIRI.

KATAKANLAH: "HAI KAUMKU, BEKERJALAH SESUAI DENGAN KEADAANMU, SESUNGGUHNYA AKU AKAN BEKERJA (PULA), MAKA KELAK KAMU AKAN MENGETAHUI,

SIAPA YANG AKAN MENDAPAT SIKSA YANG MENGHINAKANNYA DAN LAGI DITIMPA OLEH AZAB YANG KEKAL"..."


SURAH AZ ZUMAR (ROMBONGAN-ROMBONGAN), AYAT 38 HINGGA 40, JUZUK 24 

Monday, January 11, 2021

MENGENALI BULAN

 MONS PICO

LOKASI:  MONS PICO BERADA DI SUKUAN BARAT-LAUT KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI UTARA KAWASAN LURAH MARE IMBRIUM (BASIN) IAITU PADA KOORDINAT 8.867o BARAT ; 45.825o UTARA.

ERA PEMBENTUKAN:  MONS PICO TERBENTUK PADA ERA 'IMBRIAN' IAITU LEBIH KURANG -3,850 JUTA TAHUN HINGGA -3,200 JUTA TAHUN DAHULU. 

MONS PICO ADALAH SEBUAH GUNUNG YANG MEMPUNYAI KETINGGIAN 2,400 METER DENGAN PANJANGNYA SEJAUH 25 KM SERTA KELEBARAN SEHINGGA 15 KM. MONS PICO KELIHATAN BERSINAR DAN MEMANTULKAN CAHAYA MENYEBABKAN IA KELIHATAN SEPERTI SUATU OBJEK YANG CERAH. KEDUDUKAN MONS PICO YANG AGAK TERPENCIL DARI LANSKAP BULAN YANG LAIN; DI MANA MONS PICO TIMBUL DARI LAVA DI MARE IMBRIUM. MONS BETA YANG BERADA DI SELATAN BERHAMPIRAN DENGAN MONS PICO JUGA AGAK TERPENCIL.

PEMERHATIAN:  SUATU PEMERHATIAN YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP SEHARI SELEPAS 'SUKU PERTAMA BULAN' (FIRST QUARTER) ATAU SEHARI SELEPAS 'SUKU TERAKHIR BULAN' (LAST QUARTER).

 PERALATAN:  SEKURANG-KURANGNYA MENGGUNAKAN 100mm REFRACTOR.






Friday, January 8, 2021

RENUNGAN JUMAAT

"...TETAPI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA KEPADA TUHANNYA MEREKA MENDAPAT TEMPAT-TEMPAT YANG TINGGI, DI ATASNYA DIBANGUN PULA TEMPAT-TEMPAT YANG TINGGI YANG DI BAWAHNYA MENGALIR SUNGAI-SUNGAI. ALLAH TELAH BERJANJI DENGAN SEBENAR-BENARNYA. ALLAH TIDAK AKAN MEMUNGKIRI JANJI-NYA.

APAKAH KAMU TIDAK MEMPERHATIKAN, BAHAWA SESUNGGUHNYA ALLAH MENURUNKAN AIR DARI LANGIT, MAKA DIATURNYA MENJADI SUMBER-SUMBER DI BUMI KEMUDIAN DITUMBUHKAN-NYA DENGAN AIR ITU TANAM-TANAMAN YANG BERMACAM-MACAM WARNA-NYA, LALU IA MENJADI KERING LALU KAMI MELIHATNYA KEKUNING-KUNINGAN, KEMUDIAN DIJADIKAN-NYA HANCUR BERDERAI-DERAI. SESUNGGUHNYA PADA YANG DEMIKIAN ITU BENAR-BENAR TERDAPAT PELAJARAN BAGI ORANG-ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL.." 


SURAH AZ ZUMAR (ROMBONGAN-ROMBONGAN), AYAT 20 DAN 21, JUZUK 23

Monday, January 4, 2021

OBJEK DI LANGIT

NGC 246 / caldwell 56

BURUJCETUS

KELAS:  PLANETARI NEBULA

LOKASI:  00H 47M 03S / -110 52' 18" 

MAGNITUD:  +8.0

JARAK:  1,600 TAHUN CAHAYA

NGC 246 DIKENALI SEBAGAI 'THE SKULL NEBULA', DI MANA BINTANG YANG BERADA DI TENGAH NGC 246 MERUPAKAN SEBUAH BINTANG 'KERDIL' (DWARF) BERWARNA PUTIH. JIKA DIPERHATIKAN DENGAN TELITI, BENTUK NGC 246 INI SEAKAN-AKAN BENTUK 'TENGKORAK' (SKULL). SELAIN ITU, NGC 246 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE PACMAN NEBULA' DISEBABKAN OLEH SUSUNAN BINTANG YANG BERADA DI TENGAN NGC 246 SERTA LAUTAN BINTANG-BINTANG DI SEKELILINGNYA DAN BENTUKNYA YANG MENYERUPAI SEPERTI 'PACMAN'. NGC 246 DIJUMPAI OLEH WILLIAM HERSHALL PADA TAHUN 1785. NGC 246 BERADA DI KAWASAN YANG MANA AGAK KEKURANGAN BINTANG-BINTANG YANG BERTABURAN (STAR-POOR AREA) DI DALAM BURUJ CETUS. DALAM CATALOG NGC (NEW GENERAL CATALOGUE), YANG DISUSUN OLEH JOHN LOUIS EMIL DREYER, IA DIBERIKAN NOMBOR 246. MANAKALA, DALAM 'THE CALDWELL CATALOGUE', YANG DISUSUN OLEH PATRICK MOORE PULA, OBJEK YANG SAMA TELAH DIKATALOG SEBAGAI 'CALDWELL 56'.

                                        

      

KEDUDUKAN NGC 246 DALAM BURUJ CETUS



Friday, January 1, 2021

RENUNGAN JUMAAT

 "...DIA MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DENGAN (TUJUAN) YANG BENAR; DIA MENUTUPKAN MALAM ATAS SIANG DAN MENUTUPKAN SIANG ATAS MALAM DAN MENUNDUKKAN MATAHARI DAN BULAN, MASING-MASING BERJALAN MENURUT WAKTU YANG DITENTUKAN. INGATLAH DIALAH YANG MAHA PERKASA LAGI MAHA PENGAMPUN. 

DIA MENCIPTAKAN KAMU DARI SEORANG DIRI KEMUDIAN DIA JADIKAN DARIPADANYA ISTERINYA DAN DIA MENURUNKAN UNTUK KAMU DELAPAN EKOR YANG BERPASANGAN DARI BINATANG TERNAK. DIA MENJADIKAN KAMU DALAM PERUT IBUMU KEJADIAN DEMI KEJADIAN DALAM TIGA KEGELAPAN. YANG BERBUAT DEMIKIAN ITU ADALAH ALLAH, TUHAN KAMU, TUHAN YANG MEMPUNYAI KERAJAAN. TIDAK ADA TUHAN SELAIN DIA; MAKA BAGAIMANA KAMU DAPAT DIPALINGKAN?...."


SURAH AZ ZUMAR (ROMBONGAN-ROMBONGAN), AYAT 5 DAN 6, JUZUK 23