NGC288
BURUJ: SCULPTOR
KELAS: KLUSTER GLOBULAR / BUNDAR (GLOBULAR CLUSTER)
LOKASI: 00h 52m 45s / -26o 34' 57"
JARAK: 28,700 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +9.37
SAIZ: 9'.6 X 9'.6
NGC288 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ SCULPTOR. IA TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 27hb OKTOBER, 1785. NGC288 TERDIRI DARI BINTANG-BINTANG YANG BERMAGNITUD ANTARA 12 HINGGA KE MAGNITUD 16. NGC288 BERADA 1.8o ARAH TENGGARA GALAKSI NGC253.
NGC288 TERMASUK DI DALAM KLUSTER GLOBULAR KATEGORI X IAITU KELAS KLASIFIKASI 'LOOSE' ATAU TIDAK PADAT / LONGGAR DI MANA BINTANG-BINTANG DI DALAM KLUSTER TERSEBUT MEMPUNYAI KEPADATAN YANG RENDAH DENGAN IKATAN ANTARA BINTANG-BINTANG YANG AGAK 'LONGGAR'. NAMUN BEGITU, IANYA MASIH LAGI LEBIH PADAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN 'KLUSTER TERBUKA' (OPEN CLUSTER).
NGC288 MEMPUNYAI 'TERAS' YANG PADAT DAN BESAR DIKELILINGI OLEH 'GEGELANG' YANG KABUR DAN TIDAK TERATUR. NGC288 JUGA MEMPAMERKAN 'EKOR GELOMBANG' (TIDAL TAILS) YANG MANA BERLANJUTAN SEHINGGA MENCAPAI 1,100 TAHUN CAHAYA. SATU 'EKOR GELOMBANG' BERPUNCA DARI 'TERAS' KLUSTER MENUJU ARAH TENGGARA KLUSTER, MANAKALA, SATU LAGI MENUJU KE ARAH 'TENGAH GALAKTIK'.
No comments:
Post a Comment