Monday, July 13, 2020

MENGENALI BULAN

 MARE CRISIUM  (SEA OF CRISES)

KATEGORI:   LAUTAN (SEA ATAU MARE)


LOKASI:   MARE CRISIUM TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN IAITU DI PINGGIR LURAH 'CRISIUM BASIN' YANG TERLETAK DI TIMUR-LAUT MARE TRANQUILLITATIS. IA BERKOORDINAT PADA 17.0o UTARA SERTA 59.1o TIMUR.


KELUASAN:
    
MARE CRISIUM MEMPUNYAI KELUASAN 176,000 KM PERSEGI DENGAN DIAMETER SEPANJANG 556 KM (345 BATU).


ERA PEMBENTUKAN:
   
MARE CRISIUM TERBENTUK PADA MASA ERA PRE-IMBRIAN IAITU -4.55 BILLION TAHUN HINGGA -3.85 BILLION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI: 
 
(UPDATE)


PEMERHATIAN:
   
MARE CRISIUM MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT DAN DICERAP PADA HARI KE 3 SELEPASBULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA DUA HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:
   
TEROPONG BERKUASA 10X DIPERLUKAN UNTUK MENCERAP MARE CRISIUM WALAUPUN IANYA DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR TANPA MENGGUNAKAN TEROPONG. UNTUK MELIHAT MARE CRISIUM DENGAN LEBIH TERPERINCI, TELESKOP BERKUASA RENDAH CUKUP MEMADAI UNTUK MENCERAP LANSKAP TERSEBUT.


PENEROKAAN:  MARE CRISIUM ADALAH TAPAK DI MANA KAPAL ANGKASA SOVIET RUSSIA, LUNA 15, TELAH TERHEMPAS SEMASA MELAKUKAN PENDARATAN PADA TAHUN 1969. LUNA 24, KAPAL ANGKASA SOVIET RUSSIA TELAH MENEROKA KAWASAN MARE CRISIUM DAN MEMBAWA BALIK SEBANYAK 170 GRAM CONTOH TANAH DAN BATU DARI BULAN KE BUMI PADA 22hb OGOS, 1976.


PENGHORMATAN:  MARE FRIGORIS TELAH DINAMAKAN OLEH GIOVANNI BATTISTA RICCIOLI, SEORANG AHLI ASTRONOMI ITALI DALAM TAHUN 1651 APABILA NAMA YANG DIKEMUKAKAN TELAH DITERIMA SEBAGAI NAMA YANG DIIFTIRAF OLEH BADAN DUNIA ASTRONOMI. BELIAU DILAHIRKAN PADA 17hb APRIL, 1598 DI FERRARA, ITALI. PADA 25hb JUN, 1671, BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA DI BOLOGNA, ITALI KETIKA BERUSIA 73 TAHUN. GIOVANNI RICCIOLI TELAH DIKENALI RAMAI SEBAGAI ORANG YANG PERTAMA MENJUMPAI 'BINTANG BERGANDA' (DOUBLE STAR).


camp.astronomy@gmail.com




No comments:

Post a Comment