NGC4631 / CALDWELL 32
BURUJ : CANES VENATICI
KELAS : GALAKSI BERPUTAR (BARRED SPIRAL GALAXY)
LOKASI : RA 12h 42m 08s / DEC +32O 32' 29"
JARAK : 32 JUTA TAHUN CAHAYA
MAGNITUD : +9.8
SAIZ :15'.2 X 2'.7
INFO : NGC4631 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL 32' ATAU JUGA SEBAGAI "THE WHALE GALAXY" DI SEBABKAN OLEH BENTUK YANG DIPAPARKAN OLEH GALAKSI YANG MENYERUPAI SE EKOR IKAN PAUS. NGC4631 TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 20hb MAC, 1787. GALAKSI INI KELIHATAN PADA PENAMPILAN 'SISI' (EDGE-ON) APABILA DICERAP DARI BUMI. IA JUGA ADALAH SALAH SATU GALAKSI DENGAN PENAMPILAN 'SISI' YANG TERBESAR DALAM KATAGORI "LENGKARAN CAHAYA BERGAS" (GASEOUS HALOS) ANTARA GALAKSI-GALAKSI YANG PERNAH DICERAP. NGC4631 MEMPUNYAI 'TERAS' DI MANA BINTANG-BINTANG MELETUS YANG MENJADIKAN IA 'KAWASAN PEMBENTUKAN BINTANG'. KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG YANG 'BESAR' YANG TERDAPAT DI DALAM 'KAWASAN PEMBENTUKAN BINTANG' AKAN MEMBAKAR GAS HIDROGEN SECARA 'GABUNGAN' UNTUK JANGKA MASA YANG SINGKAT, KEMUDIAN BINTANG-BINTANG TERSEBUT AKAN MELETUP MENJADI 'SUPERNOVA'. TERDAPAT BANYAK 'SUPERNOVA' YANG TELAH MELETUP BERADA DI 'TERAS' GALAKSI DAN LETUPAN 'SUPERNOVA' TERSEBUT MENIUP GAS BERGERAK KELUAR DARI 'TERAS' GALAKSI. 'TERAS' GALAKSI BERWARNA KEKUNING-KUNINGAN, AWAN DEBU YANG KEHITAM-HITAMAN, KLUSTER BINTANG BERWARNA BIRU CERAH, SERTA 'KAWASAN PEMBENTUKAN BINTANG' YANG BERWARNA KEMERAH-MERAHAN DAPAT DIPERHATIKAN DENGAN JELASNYA. NGC4641 MEMPUNYAI SEBUAH GALAKSI 'PENGIRING' (COMPANION) IAITU NGC4627, SEBUAH GALAKSI BUJUR KERDIL (DWARF ELLIPTICAL GALAXY), YANG BERADA BERHAMPIRAN (DI ATAS). KEDUA GALAKSI TERSEBUT DIPANGGIL SEBAGAI 'DOUBLE GALAXY' ATAU 'GALAXY PAIR' (PASANGAN GALAKSI).
No comments:
Post a Comment