Friday, July 31, 2020

RENUNGAN JUMAAT

 "...MENGAPA KAMU KAFIR KEPADA ALLAH, PADAHAL KAMU TADINYA MATI, LALU ALLAH MENGHIDUPKAN KAMU, KEMUDIAN KAMU DIMATIKAN DAN DIHIDUPKAN-NYA KEMBALI, KEMUDIAN KEPADA-NYA-LAH KAMU DIKEMBALIKAN?

DIA-LAH ALLAH, YANG MENJADIKAN SEGALA YANG ADA DI BUMI UNTUK KAMU DAN DIA BERKEHENDAK (MENCIPTAKAN) LANGIT, LALU DIJADIKAN-NYA TUJUH LANGIT! DAN DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU..."


SURAH AL BAQARAH (SAPI BETINA), AYAT 28 DAN 29, JUZUK 1

Monday, July 27, 2020

OBJEK DI LANGIT

NGC288

BURUJ:   SCULPTOR

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR / BUNDAR (GLOBULAR CLUSTER)

LOKASI:   00h 52m 45s  /  -26o 34' 57"

JARAK:   28,700 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +9.37

SAIZ:  9'.6  X  9'.6

NGC288 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ SCULPTOR. IA TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 27hb OKTOBER, 1785. NGC288 TERDIRI DARI BINTANG-BINTANG YANG BERMAGNITUD ANTARA 12 HINGGA KE MAGNITUD 16. NGC288 BERADA 1.8o ARAH TENGGARA GALAKSI NGC253.

NGC288 TERMASUK DI DALAM KLUSTER GLOBULAR KATEGORI X IAITU KELAS KLASIFIKASI 'LOOSE' ATAU TIDAK PADAT / LONGGAR DI MANA BINTANG-BINTANG DI DALAM KLUSTER TERSEBUT MEMPUNYAI KEPADATAN YANG RENDAH DENGAN IKATAN ANTARA BINTANG-BINTANG YANG AGAK 'LONGGAR'. NAMUN BEGITU, IANYA MASIH LAGI LEBIH PADAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN 'KLUSTER TERBUKA' (OPEN CLUSTER).

NGC288 MEMPUNYAI 'TERAS' YANG PADAT DAN BESAR DIKELILINGI OLEH 'GEGELANG' YANG KABUR DAN TIDAK TERATUR. NGC288 JUGA MEMPAMERKAN 'EKOR GELOMBANG' (TIDAL TAILS) YANG MANA BERLANJUTAN SEHINGGA MENCAPAI 1,100 TAHUN CAHAYA. SATU 'EKOR GELOMBANG' BERPUNCA DARI 'TERAS' KLUSTER MENUJU ARAH TENGGARA KLUSTER, MANAKALA, SATU LAGI MENUJU KE ARAH 'TENGAH GALAKTIK'.







camp.astronomy@gmail.com












Friday, July 24, 2020

RENUNGAN JUMAAT

"...SESUNGGUHNYA ALLAH TIADA SEGAN MEMBUAT PERUMPAMAAN BERUPA NYAMUK ATAU YANG LEBIH RENDAH DARI ITU. ADAPUN ORANG-ORANG YANG BERIMAN, MAKA MEREKA YAKIN BAHAWA PERUMPAMAAN ITU BENAR DARI TUHAN MEREKA, TETAPI MEREKA YANG KAFIR MENGATAKAN: "APAKAH MAKSUD ALLAH MENJADIKAN INI UNTUK PERUMPAMAAN?. DENGAN PERUMPAMAAN ITU BANYAK ORANG YANG DISESATKAN ALLAH, DAN DENGAN PERUMPAMAAN ITU (PULA) BANYAK ORANG YANG DIBERI-NYA PETUNJUK. DAN TIDAK ADA YANG DISESATKAN ALLAH KECUALI ORANG-ORANG YANG FASIK,

(IAITU) ORANG-ORANG YANG MELANGGAR PERJANJIAN ALLAH SESUDAH PERJANJIAN ITU TEGUH, DAN MEMUTUSKAN APA YANG DIPERINTAHKAN ALLAH (KEPADA MEREKA) UNTUK MENGHUBUNGKANNYA DAN MEMBUAT KEROSAKAN DI MUKA BUMI. MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG RUGI..."


SURAH AL BAQARAH (SAPI BETINA), AYAT 26 DAN 27, JUZUK 1

Monday, July 20, 2020

OBJEK DI LANGIT

 NGC4631 / CALDWELL 32

BURUJ :  CANES VENATICI

KELAS :  GALAKSI BERPUTAR (BARRED SPIRAL GALAXY)

LOKASI :  RA 12h 42m 08s  /  DEC +32O 32' 29"

JARAK :  32 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD :  +9.8

SAIZ :15'.2  X  2'.7

INFO :  NGC4631 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL 32' ATAU JUGA SEBAGAI "THE WHALE GALAXY" DI SEBABKAN OLEH BENTUK YANG DIPAPARKAN OLEH GALAKSI YANG MENYERUPAI SE EKOR IKAN PAUS. NGC4631 TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 20hb MAC, 1787. GALAKSI INI KELIHATAN PADA PENAMPILAN 'SISI' (EDGE-ON) APABILA DICERAP DARI BUMI. IA JUGA ADALAH SALAH SATU GALAKSI DENGAN PENAMPILAN 'SISI' YANG TERBESAR DALAM KATAGORI "LENGKARAN CAHAYA BERGAS" (GASEOUS HALOS) ANTARA GALAKSI-GALAKSI YANG PERNAH DICERAP. NGC4631 MEMPUNYAI 'TERAS' DI MANA BINTANG-BINTANG MELETUS YANG MENJADIKAN IA 'KAWASAN PEMBENTUKAN BINTANG'. KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG YANG 'BESAR' YANG TERDAPAT DI DALAM 'KAWASAN PEMBENTUKAN BINTANG' AKAN MEMBAKAR GAS HIDROGEN SECARA 'GABUNGAN' UNTUK JANGKA MASA YANG SINGKAT, KEMUDIAN BINTANG-BINTANG TERSEBUT AKAN MELETUP MENJADI 'SUPERNOVA'. TERDAPAT BANYAK 'SUPERNOVA' YANG TELAH MELETUP BERADA DI 'TERAS' GALAKSI DAN LETUPAN 'SUPERNOVA' TERSEBUT MENIUP GAS BERGERAK KELUAR DARI 'TERAS' GALAKSI. 'TERAS' GALAKSI BERWARNA KEKUNING-KUNINGAN, AWAN DEBU YANG KEHITAM-HITAMAN, KLUSTER BINTANG BERWARNA BIRU CERAH, SERTA 'KAWASAN PEMBENTUKAN BINTANG' YANG BERWARNA KEMERAH-MERAHAN DAPAT DIPERHATIKAN DENGAN JELASNYA. NGC4641 MEMPUNYAI SEBUAH GALAKSI 'PENGIRING' (COMPANION) IAITU NGC4627, SEBUAH GALAKSI BUJUR KERDIL (DWARF ELLIPTICAL GALAXY), YANG BERADA BERHAMPIRAN (DI ATAS). KEDUA GALAKSI TERSEBUT DIPANGGIL SEBAGAI 'DOUBLE GALAXY' ATAU 'GALAXY PAIR' (PASANGAN GALAKSI).







camp.astronomy@gmail.com












Friday, July 17, 2020

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN JIKA KAMU (TETAP) DALAM KERAGUAN TENTANG AL QURAAN YANG KAMI WAHYUKAN KEPADA HAMBA KAMI (MUHAMMAD), BUATLAH SATU SURAH (SAHAJA) YANG SEMISAL AL QURAAN ITU DAN AJAKLAH PENOLONG-PENOLONGMU SELAIN ALLAH, JIKA KAMU ORANG-ORANG YANG MEMANG BENAR.

MAKA JIKA KAMU TIDAK DAPAT MEMBUAT (NYA) DAN PASTI KAMU TIDAK AKAN DAPAT MEMBUAT (NYA), PELIHARALAH DIRIMU DARI NERAKA YANG BAHAN BAKARNYA MANUSIA DAN BATU, YANG DISEDIAKAN BAGI ORANG-ORANG YANG KAFIR..."


SURAH AL BAQARAH (SAPI BETINA), AYAT 23 DAN 24, JUZUK 1

Monday, July 13, 2020

MENGENALI BULAN

 MARE CRISIUM  (SEA OF CRISES)

KATEGORI:   LAUTAN (SEA ATAU MARE)


LOKASI:   MARE CRISIUM TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN IAITU DI PINGGIR LURAH 'CRISIUM BASIN' YANG TERLETAK DI TIMUR-LAUT MARE TRANQUILLITATIS. IA BERKOORDINAT PADA 17.0o UTARA SERTA 59.1o TIMUR.


KELUASAN:
    
MARE CRISIUM MEMPUNYAI KELUASAN 176,000 KM PERSEGI DENGAN DIAMETER SEPANJANG 556 KM (345 BATU).


ERA PEMBENTUKAN:
   
MARE CRISIUM TERBENTUK PADA MASA ERA PRE-IMBRIAN IAITU -4.55 BILLION TAHUN HINGGA -3.85 BILLION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI: 
 
(UPDATE)


PEMERHATIAN:
   
MARE CRISIUM MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT DAN DICERAP PADA HARI KE 3 SELEPASBULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA DUA HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:
   
TEROPONG BERKUASA 10X DIPERLUKAN UNTUK MENCERAP MARE CRISIUM WALAUPUN IANYA DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR TANPA MENGGUNAKAN TEROPONG. UNTUK MELIHAT MARE CRISIUM DENGAN LEBIH TERPERINCI, TELESKOP BERKUASA RENDAH CUKUP MEMADAI UNTUK MENCERAP LANSKAP TERSEBUT.


PENEROKAAN:  MARE CRISIUM ADALAH TAPAK DI MANA KAPAL ANGKASA SOVIET RUSSIA, LUNA 15, TELAH TERHEMPAS SEMASA MELAKUKAN PENDARATAN PADA TAHUN 1969. LUNA 24, KAPAL ANGKASA SOVIET RUSSIA TELAH MENEROKA KAWASAN MARE CRISIUM DAN MEMBAWA BALIK SEBANYAK 170 GRAM CONTOH TANAH DAN BATU DARI BULAN KE BUMI PADA 22hb OGOS, 1976.


PENGHORMATAN:  MARE FRIGORIS TELAH DINAMAKAN OLEH GIOVANNI BATTISTA RICCIOLI, SEORANG AHLI ASTRONOMI ITALI DALAM TAHUN 1651 APABILA NAMA YANG DIKEMUKAKAN TELAH DITERIMA SEBAGAI NAMA YANG DIIFTIRAF OLEH BADAN DUNIA ASTRONOMI. BELIAU DILAHIRKAN PADA 17hb APRIL, 1598 DI FERRARA, ITALI. PADA 25hb JUN, 1671, BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA DI BOLOGNA, ITALI KETIKA BERUSIA 73 TAHUN. GIOVANNI RICCIOLI TELAH DIKENALI RAMAI SEBAGAI ORANG YANG PERTAMA MENJUMPAI 'BINTANG BERGANDA' (DOUBLE STAR).


camp.astronomy@gmail.com




Friday, July 10, 2020

RENUNGAN JUMAAT

"...HAI MANUSIA, SEMBAHLAH TUHANMU YANG TELAH MENCIPTAKANMU DAN ORANG-ORANG YANG SEBELUMMU, AGAR KAMU BERTAQWA.

DIALAH YANG MENJADIKAN BUMI SEBAGAI HAMPARAN BAGIMU DAN LANGIT SEBAGAI ATAP, DAN DIA MENURUNKAN AIR (HUJAN) DARI LANGIT, LALU DIA MENGHASILKAN DENGAN HUJAN ITU SEGALA BUAH-BUAHAN SEBAGAI REZEKI UNTUKMU; KERANA ITU JANGANLAH KAMU MENGADAKAN SEKUTU-SEKUTU BAGI ALLAH, PADA HAL KAMU MENGETAHUI..."


SURAH AL BAQARAH (SAPI BETINA), AYAT 21 DAN 22, JUZUK 1 

Friday, July 3, 2020

RENUNGAN JUMAAT

"...PERUMPAMAAN MEREKA ADALAH SEPERTI ORANG YANG MENYALAKAN API, MAKA SETELAH API ITU MENERANGI SEKELILINGNYA ALLAH HILANGKAN CAHAYA (YANG MENYINARI) MEREKA, DAN MEMBIARKAN MEREKA DALAM KEGELAPAN, TIDAK DAPAT MELIHAT.

MEREKA TULI, BISU DAN BUTA, MAKA TIDAKLAH MEREKA AKAN KEMBALI (KE JALAN YANG BENAR).

ATAU SEPERTI (ORANG-ORANG YANG DITIMPA) HUJAN LEBAT DARI LANGIT DISERTAI GELAP GELITA, GURUH DAN KILAT; MEREKA MENYUMBAT TELINGANYA DENGAN ANAK JARINYA, KERANA (MENDENGAR SUARA) PETIR, SEBAB TAKUT AKAN MATI. DAN ALLAH MELIPUTI ORANG-ORANG YANG KAFIR..." 


SURAH AL BAQARAH (SAPI BETINA), AYAT 17 HINGGA 19, JUZUK 1