Tuesday, July 19, 2016

OBJEK DI LANGIT - SIRI 154


CALDWELL 44
C44 (NGC  7479)



BURUJ:
PEGASUS

KELAS:
GALAKSI BERPUTAR
(SPIRAL GALAXY)

LOKASI:
23h 04m 56s
+12o 19' 22"

JARAK:
105 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
4'.1  X  3'.1  (arcminute) 

MAGNITUD:
+11.6

INFO:
CALDWELL CATALOGUE  ATAU KATALOG CALDWELL  ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI  SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE  SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE  ATAU KATALOG MESSIERMOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M'  TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE".  MAKA, KATALOG CALDWELL  DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.

C44 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL  PADA 19hb OKTOBER, 1784. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'GALAKSI SEYFERT' (SEYFERT GALAXY)  IAITU SALAH SATU DARIPADA DUA KUMPULAN BESAR GALAKSI-GALAKSI YANG AKTIF BERSAMA DENGAN 'KUASAR'; PUNCA RADIASI ELEKTROMAGNET YANG KUAT, MEMPUNYAI KECERAHAN PERMUKAAN (SURFACE BRIGHTNESS)  YANG TERANG, SERTA PELEPASAN ION-ION YANG SANGAT TINGGI. AKTIVITI-AKTIVITI 'LETUSAN BINTANG' (STARBURST)  BERLAKU BUKAN SAHAJA DI 'NUKLEUS' DAN 'LENGAN LUARAN' (OUTER ARMS),  TETAPI JUGA BERLAKU DI 'BATANG' ATAU 'PALANG' GALAKSI, DI MANA PEMBENTUKAN BINTANG-BINTANG TERJADI DALAM 100 JUTA TAHUN INI. TERDAPAT JUGA 'PENCANTUMAN KECIL' (MINOR MERGER)  TELAH BERLAKU BAHARU-BAHARU INI.










CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM




No comments:

Post a Comment