CALDWELL 41
C41 (THE HYADES)
BURUJ:
TAURUS
KELAS:
KLUSTER TERBUKA
(OPEN CLUSTER)
LOKASI:
04h 28m 17s
+15o 45' 40"
JARAK:
153 TAHUN CAHAYA
SAIZ:
330' X 330' (arcminute)
MAGNITUD:
+0.5
INFO:
CALDWELL CATALOGUE ATAU KATALOG CALDWELL ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M' TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE". MAKA, KATALOG CALDWELL DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.
C41 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE HYADES' YANG MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA YANG BESAR DAN TERSEBAR MELUAS SERTA MERUPAKAN OBJEK YANG DAPAT DILIHAT DENGAN 'MATA KASAR' (NAKED EYE) TANPA MENGGUNAKAN ALAT BANTUAN PENCERAPAN SEPERTI TEROPONG ATAU TELESKOP. IANYA TERSEBAR SELUAS 5.5 DARJAH (o) DI LANGIT YANG BERSAMAAN DENGAN SEBELAS KALI KELUASAN BULAN PENUH (FULL MOON). SEKURANG-KURANGNYA 20 BIJI BINTANG BOLEH DILIHAT DALAM BENTUK 'V'. C41 MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA 200 BIJI BINTANG. M45 (PLEIADES) BERADA 12o DI BARAT-LAUT C41.
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment