Friday, January 29, 2016

KOMET - HALLEY (SIRI 4)

SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY

TAHUN 86 SEBELUM MASIHI (B.C)

KOMET HALLEY  MUNCUL LAGI PADA MUSIM PANAS DALAM TAHUN 86 SEBELUM MASIHI (B.C).  KOMET HALLEY  TELAH KELIHATAN PADA SEBELAH PAGI SEBELUM MINGGU KETIGA DALAM BULAN JULAI. IANYA TERLALU KABUR TETAPI TELAH DAPAT DICERAP SECARA TIDAK SENGAJA. KOMET HALLEY  BERADA PADA KEDUDUKAN TERTINGGI DI UTARA IAITU PADA +41 DALAM BURUJ AURIGA  ANTARA AKHIR BULAN JULAI DAN AWAL BULAN OGOS DENGAN PENAMPILAN YANG CUKUP MENARIK DI UFUK TIMUR-LAUT DI WAKTU PAGI. PENAMPILAN INI HANYA UNTUK MASA YANG SINGKAT SAHAJA SEBELUM KOMET HALLEY MUNCUL PULA SEBAGAI OBJEK PADA WAKTU PETANG. IA MENJADI TIDAK SESUAI UNTUK DICERAP DENGAN KEDUDUKANNYA YANG RENDAH DI UFUK BARAT MENYEBABKANNYA 'HILANG' DALAM KESAMARAN SENJA.

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT TENTANG KEDUDUKAN KOMET HALLEY:

TARIKH - KEDUDUKAN (R.A DAN DEC.) - MAGNITUD
~  JULAI 23 -  08h03m    +38.7O              -  +1.9
~  JULAI 28 -  10h24m    +33.1O              -  +1.4
~  OGOS 02 -  12h08m    +19.7O              -  +1.5
~  OGOS 12 -  13h24m    +02.8O              -  +2.4
~  OGOS 22 -  13h42m    - 03.8O              -  +2.4
~  SEPT  01 -  13h47m    - 07.2O              -  +3.4




CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

RENUNGAN JUMAAT

"...BUKANKAH KAMI MENCIPTAKAN KAMU DARI AIR YANG HINA, KEMUDIAN KAMI LETAKKAN DIA DALAM TEMPAT YANG KUKUH (RAHIM), SAMPAI WAKTU YANG DITENTUKAN, LALU KAMI TENTUKAN (BENTUKNYA), MAKA KAMI-LAH SEBAIK-BAIK YANG MENENTUKAN. KECELAKAAN YANG BESARLAH PADA HARI ITU BAGI ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN. BUKANKAH KAMI MENJADIKAN BUMI (TEMPAT) BERKUMPUL, ORANG-ORANG HIDUP DAN ORANG-ORANG MATI?, DAN KAMI JADIKAN PADANYA GUNUNG-GUNUNG YANG TINGGI, DAN KAMI BERI MINUM KAMU DENGAN AIR YANG TAWAR?. KECELAKAAN YANG BESARLAH PADA HARI ITI BAGI ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN. (DIKATAKAN KEPADA MEREKA PADA HARI KIAMAT): "PERGILAH KAMU MENDAPATKAN AZAB YANG DAHULUNYA KAMU MENDUSTAKANNYA..."

        SURAH AL MURSALAAT (MALAIKAT YANG DIUTUS), JUZUK 29, AYAT 20 - 29

OBJEK DI LANGIT - 105


MESSER 99
M99 (NGC 4254)


BURUJ:
COMA BERENICES

KELAS:
GALAKSI BERPUTAR
(SPIRAL GALAXY)

LOKASI:
12h 18m 49s
+14o 24' 59"

JARAK:
50 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
5.4'  x  4.7' (arcminute)

MAGNITUD:
+10.2

INFO:
M98 TELAH DITEMUI OLEH AHLI ASTRONOMI PERANCHIS, PIERRE MECHAIN,  PADA 15hb MAC, 1781. PENEMUAN TERSEBUT TELAH DILAPURKAN KEPADA CHARLES MESSIER  DAN BELIAU TELAH MEMASUKAN KE DALAM KATALOGNYA PADA 13hb APRIL, 1781. M99 MEMPUNYAI 'LENGAN' YANG NORMAL DAN JUGA 'LENGAN' YANG MENJANGKAU LEBIHAN  YANG KELIHATAN KURANG 'ERAT' KEPADATANNYA. M99 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI YANG SUNGGUH CANTIK DENGAN PENGLIHATAN MENGHADAP (FACE-ON)  BUMI. TERDAPAT AKTIVITI 'PEMBENTUKAN BINTANG-BINTANG' (STAR FORMATION ACTIVITY) DI GALAKSI M99. SELAIN ITU, PENEMUAN 4 BUAH 'SUPERNOVA' IAITU SN1967H, SN1972Q,  SN1986I  DAN  SN2014L TELAH DILAKUKAN. TERDAPAT SEBANYAK 150 BILION BINTANG DI M99.








CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM





Tuesday, January 26, 2016

OBJEK DI LANGIT - 104

MESSER 98
M98 (NGC 4192)


BURUJ:
COMA BERENICES

KELAS:
GALAKSI BERPUTAR
(SPIRAL GALAXY)

LOKASI:
12h 13m 48s
+14o 54' 01"

JARAK:
44.4 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
9.8'  x  2.8' (arcminute)

MAGNITUD:
+11.0

INFO:
M98 TELAH DITEMUI OLEH AHLI ASTRONOMI PERANCHIS, PIERRE MECHAIN, PADA 15hb MAC, 1781. CHARLES MESSIER TELAH MEMASUKAN KE DALAM KATALOGNYA PADA 13hb APRIL, 1781. M98 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI YANG BESAR DAN CANTIK DENGAN SUDUT SISI PADA 74o DARI PANDANGAN BUMI. M98 BERADA DI KAWASAN SELATAN BURUJ COMA BERENICES. IA MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA OBJEK-OBJEK DI DALAM KLUSTER VIRGO (VIRGO CLUSTER). 







CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM




MENGENALI BULAN - SIRI 131

RIMA GAY-LUSSAC
TERUSAN GAY-LUSSAC

KATEGORI:
TERUSAN


LOKASI:
RIMA GAY-LUSSAC TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA GAY-LUSSAC  ADALAH 22.0o  BARAT SERTA 13.0o UTARA. IA BERADA BERHAMPIRAN KAWASAN KAWAH COPERNICUS  IAITU COPERNIC CRATER REGIONKAWAH GAY-LUSSAC BERADA DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT. MANAKALA, BANJARAN MONTES CARPATUS TERLETAK DI BAHAGIAN UTARA RIMA GAY-LUSSAC.


KELUASAN:
RIMA GAY-LUSSAC ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 41 km.


ERA PEMBENTUKAN:
RIMA GAY-LUSSAC TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN  IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
RIMA GAY-LUSSAC ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG MENGALIR DARI BARAT-DAYA KE TIMUR-LAUT DAN IANYA SEBUAH TERUSAN YANG LURUS TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN TEBING KAWAH COPERNICUS  DI BAHAGIAN BARAT-LAUT. KELIHATAN RIMA GAY-LUSSAC TERBENTUK DARI JAJARAN LURUS KAWAH-KAWAH.


PEMERHATIAN:
RIMA GAY-LUSSAC MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE DUA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA SE HARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA GAY-LUSSAC, REFLECTOR BERKUASA +300 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA GAY-LUSSAC.


PENGHORMATAN:
RIMA GALILAEI DINAMAKAN SEMPENA LOUIS-JOSEPH GAY-LUSSAC  IAITU SEORANG AHLI FIZIK DAN AHLI KIMIA BERBANGSA PERANCHIS.  BELIAU DILAHIRKAN DI SAINT-LEONARD DE NOBLAT, PERANCHIS  PADA 6hb DISEMBER, 1778. GAY-LUSSAC MENINGGAL DUNIA DI PARIS, PERANCHIS  PADA 9hb MEI,1850. PADA TAHUN 1802, BELIAU TELAH MENCIPTA FORMULA BERKAITAN DENGAN 'DILATION OF GASES'  YANG DIKENALI SEBAGAI 'THE GAY-LUSSAC LAW'.  PADA TAHUN 1085, BELIAU TELAH MENEMUKAN KANDUNGAN AIR YANG TERDIRI DARIPADA 2 MOLEKUL HIDROGEN SERTA 1 MOLEKUL OKSIGEN. SELAIN ITU BELIAU JUGA TELAH MENEMUKAN GAS BORON  PADA TAHUN 1808. GAY-LUSSAC BANYAK MEMBERI SUMBANGAN DI DALAM BIDANG KIMIA DAN FIZIK.




SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM