RIMA ARCHYTAS
TERUSAN ARCHYTAS (ARCHYTAS RILLE)
KATEGORI:
TERUSAN
LOKASI:
RIMA ARCHYTAS BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KEDUDUKAN RIMA ARCHYTAS ADALAH 3.0o TIMUR DAN 50.0o UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN UTARA PINGGIRAN BULAN.
KELUASAN:
RIMA ARCHYTAS MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 90 km PERSEGI.
ERA PEMBENTUKAN:
RIMA ARCHYTAS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
RIMA ARCHYTAS MERUPAKAN SEBUAH TERUSAN YANG SEMPIT DENGAN ARAH ALIRAN DARI TENGGARA KE BARAT-LAUT.
PEMERHATIAN:
RIMA ARCHYTAS MEMPUNYAI FORMASI YANG KURANG MENARIK ATAU SUKAR DICERAP. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA ARCHYTAS, REFLECTOR BERKUASA +500 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI RIMA ARCHYTAS.
PENGHORMATAN:
RIMA ARCHYTAS DINAMAKAN SEMPENA ARCHYTAS IAITU SEORANG SAINTIS DAN AHLI POLITIK YANG DILAHIRKAN DI GREECE. BELIAU DILAHIRKAN DI TARENTE, GREECE PADA TAHUN 428 av JC DAN MENINGGAL DUNIA JUGA DI TARENTE DALAM TAHUN 347 av JC. IA MERUPAKAN PENCIPTA LAYANG-LAYANG DAN MESIN TERBANG.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE EMAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment