Tuesday, October 13, 2015

MENGENALI BULAN - SIRI 116

PALUS EPIDEMIARUM
PAYA EPIDEMIARUM
(MARSH OF EPIDEMICS)



KATEGORI: 
PAYA



LOKASI:
PALUS EPIDEMIARUN TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT PALUS EPIDEMIARUM ADALAH 27.0o BARAT SERTA 32.0o SELATAN. IA BERADA DI BAHAGIAN BARAT MARE NUBIUM.



KELUASAN:
PALUS EPIDEMIARUM MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 286 km.



ERA PEMBENTUKAN:
PALUS EPIDEMIARUM TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.



CIRI-CIRI:
PALUS EPIDEMIARUM TERDIRI DARIPADA BEBERAPA BANJARAN GUNUNG-GANANG DAN JUGA TERDAPAT TERUSAN-TERUSAN (RILLES) SEPERTI RIMA HESIODUS DAN RIMA RAMSDEN. LANTAI PALUS EPIDEMIARUM BERWARNA AGAK KEHITAMAN.



PEMERHATIAN:
PALUS EPIDEMIARUM MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KEDUA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA SEHARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).



PERALATAN:
UNTUK MENCERAP PALUS EPIDEMIARUM, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN.



PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI PALUS EPIDEMIARUM.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE EMAIL:

                CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                        atau
                KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment