Wednesday, October 7, 2015

MENGENALI BULAN - SIRI 115

LACUS VERIS
TASIK VERIS (LAKE VERIS)
(LAKE OF SPRING)



KATEGORI: 
TASIK (LAKE)



LOKASI:
LACUS VERIS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS VERIS ADALAH 86.1o BARAT SERTA 16.5o SELATAN. IA BERADA DI BAHAGIAN PINGGIRAN BARAT - BARAT-DAYA.



KELUASAN:
LACUS VERIS MEMPUNYAI KELUASAN SEPANJANG 396 km. 



ERA PEMBENTUKAN:
TIDAK DAPAT DIKENALPASTI LACUS VERIS TERBENTUK.



CIRI-CIRI:
LACUS VERIS MEMPUNYAI LANTAI DASAR YANG BERWARNA KEHITAMAN SERTA DATAR MEMANJANG DARI UTARA KE SELATAN. IA TERLETAK DI ANTARA DUA TEBING GUNUNG MELIPUTI MONTES ROOK DI BAHAGIAN UTARA. PERTENGAHAN LACUS VERIS BERADA DI MARE ORIENTALE.



PEMERHATIAN:
LACUS VERIS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA MASA BULAN PENUH (FULL MOON) HINGGA HARI KE ENAM SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).



PERALATAN:
UNTUK MENCERAP LACUS VERIS, REFRACTOR BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.



PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS VERIS.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE EMAIL:

                CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                        atau
                KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment