"...SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG TAKUT KEPADA TUHANNYA YANG TIDAK NAMPAK OLEH MEREKA, MEREKA AKAN MEMPEROLEH AMPUNAN DAN PAHALA YANG BESAR. DAN RAHSIAKANLAH PERKATAANMU ATAU LAHIRKANLAH; SESUNGGUHNYA DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA ISI HATI. APAKAH ALLAH YANG MENCIPTAKAN ITU TIDAK MENGETAHUI (YANG KAMU LAHIRKAN DAN RAHSIAKAN), DAN DIA MAHA HALUS LAGI MAHA MENGETAHUI? DIALAH YANG MENJADIKAN BUMI ITU MUDAH BAGI KAMU, MAKA BERJALANLAH DI SEGALA PENJURUNYA DAN MAKANLAH SEBAHAGIAN DARI REZEKI-NYA. DAN HANYA KEPADA-NYALAH KAMU (KEMBALI SETELAH) DIBANGKITKAN..."
SURAH AL MULK (KERAJAAN), JUZUK 29, AYAT 12 HINGGA 15
Friday, October 30, 2015
Tuesday, October 27, 2015
OBJEK DI LANGIT - SIRI 88
MESSIER 84
M84 (NGC4374)
BURUJ:
VIRGO
KELAS:
GALAKSI BERBENTUK MEMANJANG
(LENTICULAR GALAXY)
LOKASI:
12h 25m 3.7s
+12o 53' 13"
JARAK:
60 JUTA TAHUN CAHAYA
SAIZ:
6.5' X 5.6' (arcminute)
MAGNITUD:
+10.1
INFO:
M84 TELAH DITEMUI OLEH CHARLES MESSIER PADA 18hb MAC, 1781. IA TERLETAK DI KAWASAN YANG PADAT DENGAN GALAKSI DI "THE VIRGO CLUSTER OF GALAXIES". PENYELIDIKAN TELAH MENUNJUKKAN BAHAWA M84 MEMANCARKAN DUA JET DARIPADA TENGAH GALAKSINYA DENGAN CAKERA PUTARAN GAS YANG BERGERAK LAJU SERTA BINTANG-BINTANG DAN PENANDAAN KEHADIRAN "LOHONG HITAM" (BLACK HOLE) YANG BESAR. TERDAPAT JUGA BEBERAPA BINTANG-BINTANG YANG MASIH 'MUDA' (YOUNG STARS) SERTA BINTANG KLUSTER (STAR CLUSTERS) MENANDAKAN PEMBENTUKAN BINTANG PADA KADAR YANG RENDAH. M84 MEMPUNYAI TIGA SUPERNOVA IAITU SN1957, SN1980I DAN SN1991bg. M84 TERDIR DARIPADA 400 BILION BINTANG.
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
MENGENALI BULAN - SIRI 118
RIMA ARCHYTAS
TERUSAN ARCHYTAS (ARCHYTAS RILLE)
KATEGORI:
TERUSAN
LOKASI:
RIMA ARCHYTAS BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KEDUDUKAN RIMA ARCHYTAS ADALAH 3.0o TIMUR DAN 50.0o UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN UTARA PINGGIRAN BULAN.
KELUASAN:
RIMA ARCHYTAS MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 90 km PERSEGI.
ERA PEMBENTUKAN:
RIMA ARCHYTAS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
RIMA ARCHYTAS MERUPAKAN SEBUAH TERUSAN YANG SEMPIT DENGAN ARAH ALIRAN DARI TENGGARA KE BARAT-LAUT.
PEMERHATIAN:
RIMA ARCHYTAS MEMPUNYAI FORMASI YANG KURANG MENARIK ATAU SUKAR DICERAP. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA ARCHYTAS, REFLECTOR BERKUASA +500 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI RIMA ARCHYTAS.
PENGHORMATAN:
RIMA ARCHYTAS DINAMAKAN SEMPENA ARCHYTAS IAITU SEORANG SAINTIS DAN AHLI POLITIK YANG DILAHIRKAN DI GREECE. BELIAU DILAHIRKAN DI TARENTE, GREECE PADA TAHUN 428 av JC DAN MENINGGAL DUNIA JUGA DI TARENTE DALAM TAHUN 347 av JC. IA MERUPAKAN PENCIPTA LAYANG-LAYANG DAN MESIN TERBANG.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE EMAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
MENGENALI BURUJ - OPHIUCHUS
BURUJ OPHIUCHUS
PENJAGA ULAR (SERPENT HOLDER)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
OPH
DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ OPHIUCHUS TERLETAK DI +14O UTARA DAN -30O SELATAN SERTA 16h02m DAN 18h50m. BURUJ OPHIUCHUS BERADA DI GARIS KHATULISTIWA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +80O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -80O SELATAN. BURUJ OPHIUCHUS MEMPUNYAI KELUASAN 948 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 11 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ OPHIUCHUS IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ SERPENS CAUDA, BURUJ AQUILA DAN BURUJ SAGITTARIUS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ SCORPIUS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ SERPENS CAPUT, BURUJ LIBRA DAN BURUJ SCORPIUS
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ HERCULES
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ OPHIUCHUS:
~ BINTANG ETA MERUPAKAN SATU BINARI 'VISUAL' YANG HAMPIR (CLOSE) DENGAN KOMPANI (COMPANION) NYA YANG MENGORBIT SETIAP 88 TAHUN. IA BERMAGNITUD +3.4. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG IALAH 247O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 0.6".
~ BINTANG LAMBDA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +5.2: P.A PADA 27O DAN SEP PADA 1.5".
~ BINTANG XI MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +9.0: P.A PADA 50O DAN SEP PADA 3.7".
~ BINTANG RHO PULA IALAH SEBUAH BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +6.0; P.A PADA 344O DENGAN SEP PADA 3.1".
~ BINTANG TAU PULA IALAH SEBUAH BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +5.9; PADA P.A 282O DENGAN SEP PADA 1.7". IA MENGORBIT SETIAP 280 TAHUN.
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ OPHIUCHUS.
~ BINTANG KAPPA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "IRREGULAR (Lb) TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG KAPPA BERUBAH DARI MAGNITUD +4.10 KE MAGNITUD +5.00.
~ BINTANG CHI PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "GAMMA CAS TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG CHI BERUBAH DARI +4.20 KE +5.00.
~ BINTANG U OPHIUCHI ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +5.84 HINGGA KE MAGNITUD +6.60 DALAM JANGKA MASA 1.7 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "ALGOL (EA) TYPE VARIABLE".
~ BINTANG X OPHIUCHI ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI _5.90 HINGGA KE MAGNITUD +9.20 DALAM JANGKA MASA 328.85 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ OPHIUCHUS DAPAT DILIHAT DALAM BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ OPHIUCHUS MEMPUNYAI BEBERAPA 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~ MESSIER 9 (M9) ATAU NGC6333 YANG MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG PALING KECIL DALAM KUMPULAN KLUSTER INI. IA TERLETAK 26,000 TAHUN CAHAYA DENGAN MAGNITUD +7.90 DAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +11.00
~ M10 (NGC6254) DAN M12 (NGC6218) ADALAH DUA KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG HAMPIR SAMA (IDENTICAL). M10 BERMAGNITUD +6.60 DENGAN KECERAHAN +12.00. MANAKALA, M12 PULA BERMAGNITUD +6.60 DENGAN KECERAHAN +12.00. KEDUA-DUA KLUSTER INI MEMPUNYAI 'PUSAT' YANG PADU (DENSE). M10 (ATAS) DAN M12 (BAWAH)
~ M14 ATAU NGC6402 JUGA SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER). IA BERMAGNITUD +7.60 DENGAN KECERAHAN +12.00. IANYA LEBIH KABUR (FAINTER) DARIPADA M10 ATAU M12
~ M19 ATAU NGC6273 JUGA SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG MEMPUNYAI 'PUSAT' YANG PADAT DAN SELALU DIPAPARKAN SEBAGAI 'OBLATE' KERANA BENTUKNYA SEPERTI 'TELUR' (EGG-SHAPED). M19 MEMPUNYAI MAGNITUD +7.20 DENGAN KECERAHAN +11.00
~ M62 ATAU NGC6266 JUGA SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG LEBIH CERAH DARIPADA M19. M62 BERMAGNITUD +6.60 SERTA KECERAHAN +11.00
~ M107 ATAU NGC6171 JUGA KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG PALING KABUR (FAINTEST) ANTARA OBJEK 'MESSIER'. M107 BERMAGNITUD +8.10 DENGAN KECERAHAN +12.00
~ NGC6342 DAN NGC6356 MERUPAKAN KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA BERHAMPIRAN ANTARA SATU SAMA LAIN. NGC6342 (GAMBAR ATAS), MANAKALA, NGC6356 (GAMBAR BAWAH)
~ NGC6633 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERMAGNITUD +4.60 DENGAN KECERAHAN +11.50
~ NGC6369 YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE LITTLE GHOST" NEBULA YANG MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA). IA BERBENTUK BULAT DAN SEPERTI SEBUAH 'PLANET' TETAPI AGAK KABUR (FAINT). BINTANG DI 'PUSAT' NGC6369 ADALAH SEBIJI BINTANG KERDIL PUTIH (WHITE DWARF STAR). NGC6369 BERMAGNITUD +12.90 DAN IA BERADA 2,000 TAHUN CAHAYA DARI BUMI
~ NGC6401 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG AGAK KABUR (FAINT). IA BERMAGNITUD +7.40 DAN BERADA 24,450 TAHUN CAHAYA
~ NGC6572 MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG BERMAGNITUD +8.10
~ NGC6240 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI YANG DIPANGGIL "ULTRALUMINOUS INFRARED GALAXY" (ULIRG). IA ADALAH SISA DARIPADA PENGGABUNGAN 2 GALAKSI KECL YANG MENGHASILKAN SATU GALAKSI YANG BESAR DENGAN 2 NUKLEUS YANG TERANG SERTA STRUKTUR YANG TIDAK TERATUR. NGC6240 BERMAGNITUD +12.80 DENGAN JARAK 400 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI
~ 'BARNARD' 68 (B68) ATAU DIKENALI SEBAGAI "THE DARK HORSE NEBULA" YANG MERUPAKAN SEBUAH NEBULA 'GELAP' (DARK NEBULA) YANG BESAR. IA TERLETAK DI BURUJ OPHIUCHUS BERHAMPIRAN SEMPADAN BURUJ SCORPIUS DAN BURUJ SAGITTARIUS. IA MENGGAMBARKAN BAYANG-BAYANG SISI SEEKOR KUDA
~ B72 ATAU DIKENALI SEBAGAI "THE SNAKE NEBULA" MERUPAKAN SEBUAH NEBULA 'GELAP' (DARK NEBULA) YANG KECIL DAN BERBENTUK "S". IA ADALAH DEBU-DEBU YANG MENYERUPAI 'ULAR' MENYUSURI DI HADAPAN BINTANG-BINTANG BIMA SAKTI (MILKY WAY). B72 BERADA DI PINGGIR "THE BOWL OF THE PIPE" NEBULA
~ B78 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE PIPE NEBULA" YANG MERUPAKAN SEBUAH NEBULA 'GELAP' (DARK NEBULA). IA ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA "THE DARK HORSE NEBULA". IANYA BESAR SERTA CORAK SEPERTI 'PAIP' (PIPE SHAPED) DARIPADA LORONG-LORONG DEBU YANG MELINDUNGI BINTANG-BINTANG DI BELAKANGNYA. TERDAPAT 2 BAHAGIAN PENTING IAITU "THE PIPE STEM" (BATANG PAIP) YANG TERDIRI DARIPADA B59, B65, B66 DAN B67; SERTA "THE BOWL OF THE PIPE" (MANGKUK PAIP) YANG TERDIRI DARIPADA B78
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ OPHIUCHUS MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEBANYAK EMPAT KALI DALAM SETAHUN.
~ HUJAN METEOR OPHIUCHIDS BERLANGSUNG ANTARA MEI 19 HINGGA JULAI 2. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR BERLAKU PADA JUN 20/21. 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) METEOR IALAH SEBANYAK 6 - 10 METEOR SEJAM. 'RADIAN' HUJAN METEOR INI IALAH RA = 263O DAN DEC = -20O. HUJAN METEOR INI DIKAITKAN DENGAN KOMET LEXELL (1770I).
~ HUJAN METEOR NORTHERN MAY OPHIUCHIDS YANG BERLAKU ANTARA APRIL 8 HINGGA JUN 16. KEMUNCAK HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA MEI 18/19 DENGAN ZHR YANG RENDAH IAITU 2 - 3 METEOR SEJAM. 'RADIAN' BERLAKU PADA RA = 253O DAN DEC = -15O IAITU BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG ETA OPHIUCHI.
~ HUJAN METEOR SOUTHERN MAY OPHIUCHIDS YANG BERLAKU ANTARA APRIL 12 HINGGA JUN 4. KEMUNCAK HUJAN METEOR BERLAKU PADA MEI 13/14 DENGAN ZHR JUGA RENDAH IAITU 1 - 2 METEOR SEJAM. 'RADIAN' HUJAN METEOR INI PADA RA = 252O DAN DEC = -23O BERHAMPIRAN BINTANG XI OPHIUCHI.
~ HUJAN METEOR THETA OPHIUCHIDS BERLANGSUNG ANTARA MEI 21 HINGGA JUN 16. KEMUNCAK HUJAN METEOR BERLAKU PADA JUN 10 DENGAN ZHR SEBANYAK 10 METEOR SEJAM. 'RADIAN' HUJAN METEOR BERLAKU BERHAMPIRAN BINTANG THETA OPHIUCHI IAITU RA = 265O DAN DEC = -28O.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
Friday, October 23, 2015
RENUNGAN JUMAAT
"...SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENGHIASI LANGIT YANG DEKAT DENGAN BINTANG-BINTANG, DAN KAMI JADIKAN BINTANG-BINTANG ITU ALAT-ALAT PELEMPAR SYAITAN, DAN KAMI SEDIAKAN BAGI MEREKA SIKSA NERAKA YANG MENYALA-NYALA, DAN ORANG-ORANG YANG KAFIR KEPADA TUHANNYA, MEMPEROLEH AZAB JAHANNAM. DAN ITULAH SEBURUK-BURUK TEMPAT KEMBALI. APABILA MEREKA DILEMPARKAN KE DALAMNYA MEREKA MENDENGAR SUARA NERAKA YANG MENGERIKAN, SEDANG NERAKA ITU MENGGELEGAK, HAMPIR-HAMPIR (NERAKA) ITU TERPECAH-PECAH LANTARAN MARAH. SETIAP KALI DILEMPARKAN KE DALAMNYA SEKUMPULAN (ORANG-ORANG KAFIR), PENJAGA-PENJAGA (NERAKA ITU) BERTANYA KEPADA MEREKA: 'APAKAH BELUM PERNAH DATANG KEPADA KAMU (DI DUNIA) SEORANG PEMBERI PERINGATAN?' MEREKA MENJAWAB: 'BENAR ADA', SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADA KAMI SEORANG PEMBERI PERINGATAN, MAKA KAMI MENDUSTAKAN(NYA) DAN KAMI KATAKAN: 'ALLAH TIDAK MENURUNKAN SESUATUPUN: KAMU TIDAK LAIN HANYALAH DI DALAM KESESATAN YANG BESAR'..."
SURAH AL MULK (KERAJAAN), JUZUK 29, AYAT 5 HINGGA 9
SURAH AL MULK (KERAJAAN), JUZUK 29, AYAT 5 HINGGA 9
Monday, October 19, 2015
OBJEK DI LANGIT - SIRI 87
MESSIER 83
M83 (NGC5236)
BURUJ:
HYDRA
KELAS:
GALAKSI BERPUTAR
(SPIRAL GALAXY)
LOKASI:
13h 37m 00.9s
-29o 51' 57"
JARAK:
15 JUTA TAHUN CAHAYA
SAIZ:
12.9' X 11.5' (arcminute)
MAGNITUD:
+7.54
INFO:
M83 TELAH DITEMUI OLEH NICOLAS LOUIS DE LACAILLE PADA 23hb FEBRUARI, 1752 DI CAPE OF GOOD HOPE. M83 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE SOUTHERN PINWHEEL GALAXY" DI MANA IA MERUPAKAN SEBUAH DARIPADA GALAKSI BERPUTAR YANG TERDEKAT DAN PALING TERANG DI LANGIT. M83 MEMPUNYAI ENAM 'SUPERNOVA' YANG TELAH DICERAP DI DALAMNYA IAITU SN1923A, SN1945B, SN1950B, SN1957D, SN1968L DAN SN1983N. CHARLES MESSIER TELAH MEMASUKKAN M83 KE DALAM SENARAI KATALOG MESSIER (MESSIER CATALOGUE) PADA MAC, 1781.
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
MENGENALI BULAN - SIRI 117
RIMA AGATHARCHIDES
TERUSAN AGATHARCHIDES
(AGATHARCHIDES RILLE)
TERUSAN AGATHARCHIDES
(AGATHARCHIDES RILLE)
KATEGORI:
TERUSAN
LOKASI:
RIMA AGATHARCHIDES TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA AGATHARCHIDES IALAH 28.0o BARAT DAN 20.0o SELATAN. IA BERADA DI BAHAGIAN BARAT MARE NUBIUM.
RIMA AGATHARCHIDES TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA AGATHARCHIDES IALAH 28.0o BARAT DAN 20.0o SELATAN. IA BERADA DI BAHAGIAN BARAT MARE NUBIUM.
KELUASAN:
RIMA AGATHARCHIDES MERUPAKAN SEBUAH TERUSAN YANG SEPANJANG 50 km.
ERA PEMBENTUKAN:
RIMA AGATHARCHIDES TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
RIMA AGATHARCHIDES TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
RIMA AGATHARCHIDES MERUPAKAN SEBUAH TERUSAN YANG SEMPIT DENGAN ARAH ALIRAN MENGHALA DARI UTARA KE SELATAN. IA TERLETAK DI DALAM KAWAH AGATHARCHIDES P.
RIMA AGATHARCHIDES MERUPAKAN SEBUAH TERUSAN YANG SEMPIT DENGAN ARAH ALIRAN MENGHALA DARI UTARA KE SELATAN. IA TERLETAK DI DALAM KAWAH AGATHARCHIDES P.
PEMERHATIAN:
RIMA AGATHARCHIDES MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE DUA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA SATU HARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA AGATHARCHIDES, REFLECTOR BERKUASA 300 mm DIPERLUKAN.
UNTUK MENCERAP RIMA AGATHARCHIDES, REFLECTOR BERKUASA 300 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAK DILAKUKAN DI RIMA AGATHARCHIDES.
TIADA PENEROKAAN PERNAK DILAKUKAN DI RIMA AGATHARCHIDES.
PENGHORMATAN:
RIMA AGATHARCHIDES DINAMAKAN SEMPENA AGATHARCHIDE IAITU SEORANG AHLI GEOGRAFI DAN AHLI SEJARAH YANG DILAHIRKAN DI GREECE PADA ABAD KE DUA SEBELUM MASIHI.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE EMAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
Subscribe to:
Posts (Atom)