Tuesday, January 27, 2015

MENGENALI BULAN - SIRI 80

SINUS FIDEI
TELUK FIDEI (THE BAY OF FAITH)


KATEGORI:
TELUK (BAY / SINUS)

LOKASI:
SINUS FIDEI TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT SINUS FIDEI IALAH 2.0O TIMUR DAN 18.0O UTARA. IA BERADA DI KAWASAN MONTES APPENNINUS REGION.



KELUASAN:
SINUS FIDEI MEMPUNYAI DIAMETER SELUAS 70 km. TERDAPAT RIMA CONON DI DALAM SINUS FIDEI YANG MERENTANGI KAWASAN NYA.

ERA PEMBENTUKAN:
SINUS FIDEI TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA KE -3.85 BILION TAHUN DAHULU.



CIRI-CIRI:
SINUS FIDEI TERLETAK DI UTARA TEBING MARE VAPORUM. IANYA MERUPAKAN SEBUAH KAWASAN YANG AGAK RATA DENGAN BEBERAPA BUAH BUKIT. TERDAPAT RIMA CONON DI DALAMNYA.

PEMERHATIAN:
SINUS FIDEI DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) SEHINGGA HARI KEENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON). IA MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK UNTUK DICERAP.



PERALATAN:
UNTUK MENCERAP SINUS FIDEI, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.

PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI SINUS FIDEI.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

            CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                    atau
             KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment