Monday, January 12, 2015

MENGENALI BULAN - SIRI 78

LACUS TIMORIS
TASIK TIMORIS (LAKE OF FEAR)

KATEGORI:
TASIK (LAKE / LACUS)

LOKASI:
LACUS TIMORIS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS TIMORIS IALAH 27.3O BARAT SERTA 38.8O SELATAN. IA BERADA DI BARAT-LAUT KAWAH TYCHO REGION.


KELUASAN:
LACUS TIMORIS MEMPUNYAI KELUASAN 117 km.

ERA PEMBENTUKAN:
LACUS TIMORIS TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
LACUS TIMORIS MERUPAKAN SUATU KAWASAN YANG KEHITAMAN DAN MEMANJANG PADA BENTUKNYA DARI TENGGARA KE BARAT-DAYA. IA DI KELILINGI OLEH GUNUNG-GANANG DAN HAMPIR DIPISAHKAN KEPADA DUA BAHAGIAN OLEH TEBING GUNUNG YANG MEMANJANG DARI KAWAH CAPUANUS.

PEMERHATIAN:
LACUS TIMORIS DAPAT DICERAP PADA HARI KEDUA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) SEHINGGA SEHARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER). IA MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK.


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP LACUS TIMORIS, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.

PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS TIMORIS.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

             CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                     atau
             KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment