Tuesday, January 20, 2015

MENGENALI BULAN - SIRI 79


LACUS PERSEVERANTIAE
TASIK PERSEVERANTIAE (THE LAKE OF PERSISTENCE)

KATEGORI:
TASIK (LAKE / LACUS)

LOKASI:
LACUS PERSEVERANTIAE TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS PERSEVERANTIAE IALAH 62.0O TIMUR SERTA 8.0O UTARA. IA BERADA DI PINGGIR SEBELAH TIMUR PERMUKAAN BULAN.


KELUASAN:
LACUS PERSEVERANTIAE MEMPUNYAI KEPANJANGAN 70 km DENGAN KELEBARAN KURANG DARIPADA 15 km.

ERA PEMBENTUKAN:
LACUS PERSEVERANTIAE TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
LACUS PERSEVERANTIAE MERUPAKAN SEBUAH TASIK YANG BERBENTUK MEMANJANG DENGAN KAWASAN YANG RATA BERWARNA KEHITAMAN. IA BERADA DI SEBELAH BARAT-LAUT KAWAH FIRMICUS.

PEMERHATIAN:
LACUS PERSEVERANTIAE DAPAT DICERAP PADA HARI KETIGA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) SEHINGGA HARI KEDUA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON). IA MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK.


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP LACUS PERSEVERANTIAE, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 100 mm DIPERLUKAN.

PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS PERSEVERANTIAE.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

            CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                    atau
             KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment