Thursday, October 9, 2014

RENUNGAN JUMAAT

"...KALAU SEKIRANYA ALLAH HENDAK MENGAMBIL ANAK, TENTU DIA AKAN MEMILIH APA YANG DIKEHENDAKI-NYA DI ANTARA CIPTAAN-CIPTAAN YANG TELAH DICIPTAKAN-NYA. MAHA SUCI ALLAH. DIA-LAH ALLAH YANG MAHA ESA LAGI MAHA MENGALAHKAN. DIA MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DENGAN (TUJUAN) YANG BENAR; DIA MENUTUPKAN MALAM ATAS SIANG DAN MENUTUPKAN SIANG ATAS MALAM DAN MENUNDUKKAN MATAHARI DAN BULAN, MASING-MASING BERJALAN MENURUT WAKTU YANG DITENTUKAN. INGATLAH DIA-LAH YANG MAHA PERKASA LAGI MAHA PENGAMPUN. DIA MENCIPTAKAN KAMU DARI SEORANG DIRI KEMUDIAN DIA JADIKAN DARIPADANYA ISTERINYA DAN DIA MENURUNKAN UNTUK KAMU DELAPAN EKOR YANG BERPASANGAN DARI BINATANG TERNAK. DIA MENJADIKAN KAMU DALAM PERUT IBUMU KEJADIAN DEMI KEJADIAN DALAM TIGA KEGELAPAN. YANG (BERBUAT) DEMIKIAN ITU ADALAH ALLAH, TUHAN KAMU, TUHAN YANG MEMPUNYAI KERAJAAN. TIDAK ADA TUHAN SELAIN DIA; MAKA BAGAIMANA KAMU DAPAT DIPALINGKAN?..."

                 SURAH AZ ZUMAR (ROMBONGAN), JUZUK 23, AYAT 4 HINGGA AYAT 6


KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA. SEBANYAK MANAKAH AMALAN DAN PAHALA KITA SELAMA KITA HIDUP DI ATAS MUKA BUMI ALLAH INI? SUDAH BANYAKKAH AMALAN DAN PAHALA YANG KITA LAKUKAN UNTUK BEKALAN KITA DI ALAM KUBUR? SUDAH BANYAKKAH AMALAN DAN PAHALA KITA UNTUK BEKALAN KITA DI PADANG MAHSYAR NANTI? SUDAH BANYAKKAH AMALAN DAN PAHALA KITA UNTUK MEMUDAHKAN KITA MENYEBERANGI TITIAN SIRAT? SUDAH BANYAKKAH AMALAN DAN PAHALA KITA BAGI MEMBOLEHKAN KITA DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA ALLAH? SUDAKKAH KITA BERSEDIA UNTUK MENEMPUH SEMUA INI? KITA JAGA ALLAH, ALLAH JAGA KITA.

No comments:

Post a Comment