Tuesday, October 7, 2014

MENGENALI BULAN - SIRI 64

PROMONTORIUM AGARUM
TANJUNG AGARUM



KATEGORI:
TANJUNG (CAPE/ PROMONTORIUM)



LOKASI:
PROMONTORIUM AGARUM TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT PROMONTORIUM AGARUM ADALAH 66.0O TIMUR DAN 14.0O UTARA. IA BERADA DI PINGGIR SEBELAH TIMUR MARE CRISIUM DI BAHAGIAN TIMUR PERMUKAAN BULAN.



KELUASAN:
PROMONTORIUM AGARUM MEMPUNYAI KELUASAN 70 km DENGAN KETINGGIAN MENCAPAI 3,650 METER. IA DINAMAKAN SEMPENA SEBUAH TANJUNG DI LAUT AZOV IAITU LAUT DI SELATAN GARISAN PANTAI RUSSIA DENGAN UKRAINE.

ERA PEMBENTUKAN:
PROMONTORIUM AGARUM TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG     -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:

PEMERHATIAN:
PROMONTORIUM AGARUM TIDAK MEMPUNYAI FORMASI YANG MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KEDUA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA SEHARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).

PERALATAN:
UNTUK MENCERAP PROMONTORIUM, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.



PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI PROMONTORIUM AGARUM.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                  CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                        atau
                  KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment