"...DAN KAMI TIDAK MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DAN APA YANG ADA ANTARA KEDUANYA TANPA HIKMAH. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH ANGGAPAN ORANG-ORANG KAFIR, MAKA CELAKALAH ORANG-ORANG KAFIR ITU KERANA MEREKA AKAN MASUK NERAKA. PATUTKAH KAMI MENGANGGAP ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH SAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG BERBUAT KEROSAKAN DI MUKA BUMI? PATUTKAH (PULA) KAMI MENGANGGAP ORANG-ORANG YANG BERTAKWA SAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG BERBUAT MAKSIAT? INI ADALAH SEBUAH KITAB YANG KAMI TURUNKAN KEPADAMU PENUH DENGAN BERKAH SUPAYA MEREKA MEMPERHATIKAN AYAT-AYATNYA DAN SUPAYA MENDAPAT PELAJARAN ORANG-ORANG YANG MEMPUNYAI FIKIRAN..."
SURAH SHAAD, JUZUK 23, AYAT 27 HINGGA AYAT 29.
KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA. AIDIL ADHA AKAN MENJELMA MENANDAKAN UMAT ISLAM AKAN BERADA DI TANAH HARAM UNTUK MENGERJAKAN IBADAT HAJI. BERJUTA UMAT ISLAM BERKUMPUL DI MASJIDIL HARAM UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA PENCIPTA YANG MAHA AGUNG. PENGORBANAN YANG DILAKUKAN AMAT BERERTI KEPADA MEREKA. MANAKALA, KITA YANG BERADA DI TANAH AIR JUGA TIDAK LUPA MENGERJAKAN IBADAH KORBAN. PENGORBANAN YANG DILAKUKAN AMAT BERMAKNA KERANA NIAT IKHLAS AKAN MEMBAWA KEPADA GANJARAN YANG AMAT BESAR. SETIAP HELAI BULU BINATANG KORBAN MEMBERI GANJARAN KEPADA INSAN YANG BERKORBAN. KITA JAGA ALLAH, ALLAH JAGA KITA.
No comments:
Post a Comment