ANAK DARA / TUAN PUTERI (THE VIRGIN)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
VIR
DESKRIPSI:
(UPDATE)
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ VIRGO TERLETAK DI -23O SELATAN DAN +14O UTARA SERTA 11h35m DAN 15h15m. BURUJ VIRGO BERADA DI GARISAN KHATULISTIWA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +80O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -80O SELATAN. BURUJ VIRGO MEMPUNYAI KELUASAN 1294 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE DUA TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ VIRGO IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ LIBRA DAN BURUJ SERPENS CAPUT
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ CORVUS DAN BURUJ LIBRA
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ LEO, BURUJ CRATER DAN BURUJ HYDRA
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ BOOTES DAN BURUJ COMA BERENICES
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ VIRGO:
~ BINTANG GAMMA MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI DENGAN MAGNITUD YANG SAMA DENGAN KOMPANI (COMPANION)NYA IAITU +8.5 DENGAN ORBIT 168.8 TAHUN. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG IALAH 260O DENGAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP) ADALAH 1.5".
~ BINTANG THETA ADALH BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE SYSTEM BINARY) DENGAN KOMPANI B DAN KOMPANI C. KOMPANI B AGAK KABUR DENGAN MAGNITUD +9.4; PADA P.A 343O DAN SEP PADA 7.1". KOMPANI C JUGA KABUR (FAINT) BERMAGNITUD +10.4; P.A PADA 298O DENGAN SEP 70".
~ BINTANG PHI IALAH BINARI TETAP (FIXED BINARY) DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +9.3; PADA P.A 110O DAN SEP PADA 4.8".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ VIRGO.
~ BINTANG ALPHA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "EII TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG ALPHA BERUBAH DARI MAGNITUD +0.95 KE +1.05 DALAM JANGKA MASA EMPAT HARI.
~ BINTANG RHO PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "DELTA SCUTI TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG RHO BERUBAH DARI +4.86 KE +4.88.
~ BINTANG R VIRGINIS MENGALAMI PERUBAHAN MAGNITUD DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG IAITU 145.63 HARI DENGAN MAGNITUD BERUBAH DARI +6.20 KE +12.10. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "LONG-PERIOD TYPE VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ VIRGO DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP-SKY':
BURUJ VIRGO MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~ M49 ATAU NGC4472 MERUPAKAN GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY) YANG BERMAGNITUD +8.40 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +13.20.
~ M59 (NGC4621) DAN M60 (NGC4649) PULA MERUPAKAN GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXIES) YANG KECIL TETAPI AGAK CERAH DAN BERADA BERHAMPIRAN DENGAN "THE SIAMESE TWINS". M59 BERMAGNITUD +9.60 DENGAN KECERAHAN +12.90. MANAKALA, M60 PULA BERMAGNITUD +8.80 DENGAN KECERAHAN +12.90.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ VIRGO MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEBANYAK DUA KALI DALAM MASA SETAHUN.
~ HUJAN METEOR VIRGINIDS
~ HUJAN METEOR MU VIRGINIDS
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEED BACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"ON A CLEAR NIGHT, ANYONE - NOVICE, AMATEUR, OR PROFESSIONAL ASTRONOMER - CAN GAZE UPWARD AS THE STARRY SKY OVERHEAD AND SEE THE STARS AS OUR ANCESTORS SAW THEM. IN A MOMENT, WE CAN EXPERIENCE THAT MINGLING OF WONDER, FEAR, EXCITEMENT, AND KNOWLEDGE THAT ONLY ASTRONOMY OFFERS".
No comments:
Post a Comment