Tuesday, October 22, 2013

MENGENALI BURUJ - HERCULES

BURUJ HERCULES
HERCULES



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
HER

DESKRIPSI:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ HERCULES TERLETAK DI +4O UTARA DAN +51O UTARA SERTA 15h50m DAN 18h58m. BURUJ HERCULES BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -50O SELATAN. BURUJ HERCULES MEMPUNYAI KELUASAN 1225 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 5 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ HERCULES IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPATBURUJ LYRA, BURUJ VULPECULA DAN BURUJ SAGITTA
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ OPHIUCHUS DAN BURUJ AQUILA
~  DI BAHAGIAN TIMUR PULA, TERDAPAT BURUJ BOOTES, BURUJ SERPENS CAPUT DAN BURUJ CORONA BOREALIS
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ DRACO

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ HERCULES:
~  BINTANG ALPHA MERUPAKAN SATU BINARI 'VISUAL' DENGAN BINTANG KOMPANI (COMPANION) NYA MENGORBIT SETIAP 3600 TAHUN. BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +5.40. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG INI IALAH 104O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 4.6".
~  BINTANG ZETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI MENGORBIT SETIAP 34.45 TAHUN. BINTANG ZETA BERWARNA KUNING, MANAKALA BINTANG KOMPANI BERWARNA MERAH. IA BERMAGNITUD +5.5; P.A PADA 12O DAN SEP PADA 0.7".
~  BINTANG KAPPA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +6.5; P.A PADA 12O DAN SEP PADA 28.4".
~  BINTANG RHO PULA MERUPAKAN SEBUAT BINTANG BINARI YANG UNIK. KEDUA-DUA BINTANG INI BERWARNA PUTIH DENGAN BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +5.6; P.A PADA 326O DENGAN SEP PADA 4.1". 

BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ HERCULES.
~  BINTANG ALPHA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "IRREGULAR VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG ALPHA BERUBAH DARI MAGNITUD +2.70 KE MAGNITUD +4.00 SETIAP 3 BULAN.
~  SELAIN ITU, TERDAPAT BINTANG S HERCULIS ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.40 HINGGA KE +13.80 DALAM JANGKA MASA 318.14 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA-TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ HERCULES DAPAT DILIHAT PADA BULAN -BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP-SKY':
BURUJ HERCULES MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~  M13 ATAU NGC6205 MERUPAKAN KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE HERCULES CLUSTER". IA DIANGGAP KLUSTER GLOBAL YANG TERCANTIK DI HEMISFERA UTARA. M13 ADALAH KLUSTER YANG PADAT (COMPACT) DENGAN LEBIH 1 JUTA BINTANG. IA BERADA 25,000 KE 30,000 TAHUN CAHAYA. M13 BERMAGNITUD +5.90 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.00.



~  M92 ATAU NGC6341 JUGA SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG AGAK CERAH DAN AGAK MENARIK. IA BERMAGNITUD +6.50 DENGAN KECERAHAN +11.00.




~  NGC6229
~  NGC6482

HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ HERCULES MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEBANYAK SEKALI DALAM SETAHUN.
~  HUJAN METEOR TAU HERCULIDS BERLAKU ANTARA MEI 19 HINGGA JUN 19 SETIAP TAHUN DI MANA KEMUNCAK HUJAN METEOR BERLAKU PADA JUN 9. HUJAN METEOR DIKAITKAN DENGAN KOMET SCHWASSMANN-WACHMANN 3. RADIAN HUJAN METEOR INI BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG TAU HERCULIS. KADAR PURATA METEOR SEJAM (ZHR - ZENITH HOURLY RATE) AMAT RENDAH ANTARA 1 HINGGA 5 SEJAM. HUJAN METEOR INI MULA DIPERHATIKAN BUAT PERTAMA KALINYA OLEH KWASAN OBSERVATORY DI KYOTO, JEPUN PADA MEI,193O.

SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEED-BACK', KEMUKA KE E-MAIL:

               CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                              atau
               KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

"WHEN PEOPLE LOOK THROUGH A BIG TELESCOPE, IT CAN JUST 'KNOCK THE SOCKS RIGHT OFF THEIR FEET'. ASTRONOMY AND SPACE SCIENCE ARE AT THE FOREFRONT OF PUBLIC INTEREST, BUT WHEN PEOPLE LOOK AT THE ACTUAL SKY, THAT IS WHEN THE WONDER TURNS INTO ADVENTURE"

No comments:

Post a Comment