Tuesday, October 29, 2013

MENGENALI BULAN - SIRI 17

KAWAH TYCHO





KATEGORI:
KAWAH

LOKASI:
KAWAH TYCHO BERADA DI SUKU BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN PADA KORDINAT 11.36O BARAT DAN 43.31O SELATAN. IA TERLETAK DALAM 'TYCHO CRATER REGION'

KELUASAN:
KAWAH TYCO MEMPUNYAI DIAMETER SEPANJANG 86.21 KM. IA MEMPUNYAI KEDALAMAN LEBIH KURANG 4,800 METER.

ERA PEMBENTUKAN:
KAWAH TYCHO TERBENTUK PADA ERA COPERNICIAN IAITU ANTARA -1.1 BILLION TAHUN DAHULU HINGGA KE HARI INI. KAWAH TYCHO DIANGGARKAN BERUSIA 108 JUTA TAHUN.

CIRI-CIRI:
KAWAH TYCHO MERUPAKAN SEBUAH KAWAH BERBENTUK BULAT YANG MASIH MUDA (108 JUTA TAHUN). TEBING YANG AGAK CURAM MENGELILINGI KAWAH TYCHO. LANTAI KAWAH YANG RATA DENGAN PUNCAK BERKETINGGIAN 1,600 METER BERADA DI TENGAH-TENGAH KAWAH TYCHO. TERDAPAT JUGA TIGA PUNCAK LAIN BERHAMPIRAN DENGAN PUNCAK TENGAH DI KAWASAN KAWAH. GARIS-GARIS TERES DAN BUKIT DI TEBING KAWAH. KAWAH TYCHO TERLETAK BERSEMPADAN DENGAN:
~  BAHAGIAN BARAT: KAWAH TYCHO B, D, F, Q, U, W, Z, WILHELM D, E, O, BROWN DAN MONTANARI.
~  BAHAGIAN TIMUR: KAWAH PICTET A, ORONTIUS, SAUSSURE DAN PROCTOR.
~  BAHAGIAN UTARA: KAWAH PICTET E, SASSERIUES, TYCHO A, HEINSIUS A, B DAN C.
~  BAHAGIAN SELATAN: KAWAH STREET H, M, MAGINUS, LONGOMONTANUS A, B, C DAN D.

PEMERHATIAN:
KAWAH TYCHO DAPAT DILIHAT SATU HARI SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).

PERALATAN:
KAWAH TYCHO MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. UNTUK MELIHAT KEUNIKAN KAWAH TYCHO, TELESKOP 'REFRECTOR' BERKUASA 50mm DIPERLUKAN.

PENEROKAAN:
SURVEYOR 7 TELAH MEMBUAT PENEROKAAN BERHAMPIRAN DENGAN KAWAH TYCHO PADA KETINGGIAN ALTITUD 4,500 METER. IA TELAH DILANCARKAN PADA JAN 7, 1968 DARI CAPE CANAVERAL, FLORIDA. SURVEYOR 7 MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN PADA JAN 10, 1968. IA TELAH MENGHANTAR SEBANYAK 21,091 GAMBAR KE PUSAT KAWALAN DI BUMI. SURVEYOR 7 TELAH TERPUTUS HUBUNGAN DENGAN PUSAT KAWALAN BUMI PADA FEB 21,1968 DISEBABKAN KEROSAKAN BATERI YANG DIALAMI PADA MALAM PERTAMA DI PERMUKAAN BULAN.



PENGHORMATAN:
KAWAH TYCHO DINAMAKAN SEMPENA NAMA TYCHO BRAHE IAITU AHLI ASTRONOMI DENMARK KURUN KE 16. IA DILAHIRKAN PADA TAHUN 1546 DI KNUDSTRUP, DENMARK. IA MENINGGAL DUNIA PADA 1601 DI PRAGUE. SEMASA HIDUPNYA, TYCHO MEMPUNYAI PUSAT PEMERHATIAN YANG TERLETAK DI PULAU HVEEN. TYCHO TELAH MENGKATELOGKAN 777 BIJI BINTANG. ATAS USAHA TYCHO MEMBUAT PEMERHATIAN YANG TELITI TERHADAP PLANET MARIKH, TELAH MEMBENARKAN KEPLER UNTUK MEMBUAT PENYELIDIKAN TENTANG 'HUKUM PERGERAKAN PLANET' (LAWS ON THE MOVEMENT OF PLANETS).




SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEED-BACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                       CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                       atau
                       KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

"MODERN LIFE TENDS TO ISOLATE US FROM NATURAL CYCLES. WE DON'T HAVE THE LUXURY OF RISING WITH THE SUN; THE CLOCK RADIO STIRS US TO ACTION INSTEAD. MEASURED TIME COMES BETWEEN US AND THE CYCLE OF EARTH AND SUN. ASK YOUR NEIGHBOR WHERE THE SUN RISES IN THE SKY; CHANCES ARE HE WILL NOT KNOW. ASK HIM THE PHASE OF THE MOON, OR WHETHER VENUS IS A MORNING STAR OR EVENING STAR. CHANCES ARE HE WILL NOT KNOW AND DOES NOT CARE"

No comments:

Post a Comment