KAWAH TYCHO
KATEGORI:
KAWAH
LOKASI:
KAWAH TYCHO BERADA DI SUKU BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN PADA KORDINAT 11.36O BARAT DAN 43.31O SELATAN. IA TERLETAK DALAM 'TYCHO CRATER REGION'
KELUASAN:
KAWAH TYCO MEMPUNYAI DIAMETER SEPANJANG 86.21 KM. IA MEMPUNYAI KEDALAMAN LEBIH KURANG 4,800 METER.
ERA PEMBENTUKAN:
KAWAH TYCHO TERBENTUK PADA ERA COPERNICIAN IAITU ANTARA -1.1 BILLION TAHUN DAHULU HINGGA KE HARI INI. KAWAH TYCHO DIANGGARKAN BERUSIA 108 JUTA TAHUN.
CIRI-CIRI:
KAWAH TYCHO MERUPAKAN SEBUAH KAWAH BERBENTUK BULAT YANG MASIH MUDA (108 JUTA TAHUN). TEBING YANG AGAK CURAM MENGELILINGI KAWAH TYCHO. LANTAI KAWAH YANG RATA DENGAN PUNCAK BERKETINGGIAN 1,600 METER BERADA DI TENGAH-TENGAH KAWAH TYCHO. TERDAPAT JUGA TIGA PUNCAK LAIN BERHAMPIRAN DENGAN PUNCAK TENGAH DI KAWASAN KAWAH. GARIS-GARIS TERES DAN BUKIT DI TEBING KAWAH. KAWAH TYCHO TERLETAK BERSEMPADAN DENGAN:
~ BAHAGIAN BARAT: KAWAH TYCHO B, D, F, Q, U, W, Z, WILHELM D, E, O, BROWN DAN MONTANARI.
~ BAHAGIAN TIMUR: KAWAH PICTET A, ORONTIUS, SAUSSURE DAN PROCTOR.
~ BAHAGIAN UTARA: KAWAH PICTET E, SASSERIUES, TYCHO A, HEINSIUS A, B DAN C.
~ BAHAGIAN SELATAN: KAWAH STREET H, M, MAGINUS, LONGOMONTANUS A, B, C DAN D.
PEMERHATIAN:
KAWAH TYCHO DAPAT DILIHAT SATU HARI SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).
PERALATAN:
KAWAH TYCHO MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. UNTUK MELIHAT KEUNIKAN KAWAH TYCHO, TELESKOP 'REFRECTOR' BERKUASA 50mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
SURVEYOR 7 TELAH MEMBUAT PENEROKAAN BERHAMPIRAN DENGAN KAWAH TYCHO PADA KETINGGIAN ALTITUD 4,500 METER. IA TELAH DILANCARKAN PADA JAN 7, 1968 DARI CAPE CANAVERAL, FLORIDA. SURVEYOR 7 MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN PADA JAN 10, 1968. IA TELAH MENGHANTAR SEBANYAK 21,091 GAMBAR KE PUSAT KAWALAN DI BUMI. SURVEYOR 7 TELAH TERPUTUS HUBUNGAN DENGAN PUSAT KAWALAN BUMI PADA FEB 21,1968 DISEBABKAN KEROSAKAN BATERI YANG DIALAMI PADA MALAM PERTAMA DI PERMUKAAN BULAN.
PENGHORMATAN:
KAWAH TYCHO DINAMAKAN SEMPENA NAMA TYCHO BRAHE IAITU AHLI ASTRONOMI DENMARK KURUN KE 16. IA DILAHIRKAN PADA TAHUN 1546 DI KNUDSTRUP, DENMARK. IA MENINGGAL DUNIA PADA 1601 DI PRAGUE. SEMASA HIDUPNYA, TYCHO MEMPUNYAI PUSAT PEMERHATIAN YANG TERLETAK DI PULAU HVEEN. TYCHO TELAH MENGKATELOGKAN 777 BIJI BINTANG. ATAS USAHA TYCHO MEMBUAT PEMERHATIAN YANG TELITI TERHADAP PLANET MARIKH, TELAH MEMBENARKAN KEPLER UNTUK MEMBUAT PENYELIDIKAN TENTANG 'HUKUM PERGERAKAN PLANET' (LAWS ON THE MOVEMENT OF PLANETS).
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEED-BACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"MODERN LIFE TENDS TO ISOLATE US FROM NATURAL CYCLES. WE DON'T HAVE THE LUXURY OF RISING WITH THE SUN; THE CLOCK RADIO STIRS US TO ACTION INSTEAD. MEASURED TIME COMES BETWEEN US AND THE CYCLE OF EARTH AND SUN. ASK YOUR NEIGHBOR WHERE THE SUN RISES IN THE SKY; CHANCES ARE HE WILL NOT KNOW. ASK HIM THE PHASE OF THE MOON, OR WHETHER VENUS IS A MORNING STAR OR EVENING STAR. CHANCES ARE HE WILL NOT KNOW AND DOES NOT CARE"
"DAN ALLAH MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DENGAN TUJUAN YANG BENAR DAN AGAR DIBALASI TIAP-TIAP DIRI TERHADAP APA YANG DIKERJAKANNYA, DAN MEREKA TIDAK AKAN DIRUGIKAN. MAKA PERNAHKAH KAMU MELIHAT ORANG YANG MENJADIKAN HAWA NAFSUNYA SEBAGAI TUHANNYA DAN ALLAH MEMBIARKANNYA SESAT BERDASARKAN ILMU-NYA DAN ALLAH TELAH MENGUNCI MATI PENDENGARAN DAN HATINYA DAN MELETAKKAN TUTUPAN ATAS PENGLIHATANNYA? MAKA SIAPAKAH YANG AKAN MEMBERINYA PETUNJUK SESUDAH ALLAH (MEMBIARKANNYA SESAT). MAKA MENGAPA KAMU TIDAK MENGAMBIL PELAJARAN? ..."
SURAH AL JAATSIYAH (YANG BERLUTUT); JUZUK 25; AYAT 22-23
BURUJ HERCULES
HERCULES
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
HER
DESKRIPSI:
(UPDATE)
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ HERCULES TERLETAK DI +4O UTARA DAN +51O UTARA SERTA 15h50m DAN 18h58m. BURUJ HERCULES BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -50O SELATAN. BURUJ HERCULES MEMPUNYAI KELUASAN 1225 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 5 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ HERCULES IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPATBURUJ LYRA, BURUJ VULPECULA DAN BURUJ SAGITTA
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ OPHIUCHUS DAN BURUJ AQUILA
~ DI BAHAGIAN TIMUR PULA, TERDAPAT BURUJ BOOTES, BURUJ SERPENS CAPUT DAN BURUJ CORONA BOREALIS
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ DRACO
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ HERCULES:
~ BINTANG ALPHA MERUPAKAN SATU BINARI 'VISUAL' DENGAN BINTANG KOMPANI (COMPANION) NYA MENGORBIT SETIAP 3600 TAHUN. BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +5.40. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG INI IALAH 104O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 4.6".
~ BINTANG ZETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI MENGORBIT SETIAP 34.45 TAHUN. BINTANG ZETA BERWARNA KUNING, MANAKALA BINTANG KOMPANI BERWARNA MERAH. IA BERMAGNITUD +5.5; P.A PADA 12O DAN SEP PADA 0.7".
~ BINTANG KAPPA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +6.5; P.A PADA 12O DAN SEP PADA 28.4".
~ BINTANG RHO PULA MERUPAKAN SEBUAT BINTANG BINARI YANG UNIK. KEDUA-DUA BINTANG INI BERWARNA PUTIH DENGAN BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +5.6; P.A PADA 326O DENGAN SEP PADA 4.1".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ HERCULES.
~ BINTANG ALPHA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "IRREGULAR VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG ALPHA BERUBAH DARI MAGNITUD +2.70 KE MAGNITUD +4.00 SETIAP 3 BULAN.
~ SELAIN ITU, TERDAPAT BINTANG S HERCULIS ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.40 HINGGA KE +13.80 DALAM JANGKA MASA 318.14 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA-TYPE VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ HERCULES DAPAT DILIHAT PADA BULAN -BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP-SKY':
BURUJ HERCULES MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~ M13 ATAU NGC6205 MERUPAKAN KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE HERCULES CLUSTER". IA DIANGGAP KLUSTER GLOBAL YANG TERCANTIK DI HEMISFERA UTARA. M13 ADALAH KLUSTER YANG PADAT (COMPACT) DENGAN LEBIH 1 JUTA BINTANG. IA BERADA 25,000 KE 30,000 TAHUN CAHAYA. M13 BERMAGNITUD +5.90 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.00.
~ M92 ATAU NGC6341 JUGA SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG AGAK CERAH DAN AGAK MENARIK. IA BERMAGNITUD +6.50 DENGAN KECERAHAN +11.00.
~ NGC6229
~ NGC6482
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ HERCULES MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEBANYAK SEKALI DALAM SETAHUN.
~ HUJAN METEOR TAU HERCULIDS BERLAKU ANTARA MEI 19 HINGGA JUN 19 SETIAP TAHUN DI MANA KEMUNCAK HUJAN METEOR BERLAKU PADA JUN 9. HUJAN METEOR DIKAITKAN DENGAN KOMET SCHWASSMANN-WACHMANN 3. RADIAN HUJAN METEOR INI BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG TAU HERCULIS. KADAR PURATA METEOR SEJAM (ZHR - ZENITH HOURLY RATE) AMAT RENDAH ANTARA 1 HINGGA 5 SEJAM. HUJAN METEOR INI MULA DIPERHATIKAN BUAT PERTAMA KALINYA OLEH KWASAN OBSERVATORY DI KYOTO, JEPUN PADA MEI,193O.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEED-BACK', KEMUKA KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"WHEN PEOPLE LOOK THROUGH A BIG TELESCOPE, IT CAN JUST 'KNOCK THE SOCKS RIGHT OFF THEIR FEET'. ASTRONOMY AND SPACE SCIENCE ARE AT THE FOREFRONT OF PUBLIC INTEREST, BUT WHEN PEOPLE LOOK AT THE ACTUAL SKY, THAT IS WHEN THE WONDER TURNS INTO ADVENTURE"
"KAMI TIADA MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DAN APA YANG ADA ANTARA KEDUANYA MELAINKAN DENGAN (TUJUAN) YANG BENAR DAN DALAM WAKTU YANG DITENTUKAN. DAN ORANG-ORANG YANG KAFIR BERPALING DARI APA YANG DIPERINGATKAN KEPADA MEREKA. KATAKANLAH: 'TERANGKANLAH KEPADAKU TENTANG APA YANG KAMU SEMBAH SELAIN ALLAH; PERLIHATKAN KEPADA-KU APAKAH YANG TELAH MEREKA CIPTAKAN DARI BUMI INI ATAU ADAKAH MEREKA BERSERIKAT (DENGAN ALLAH) DALAM (PENCIPTAAN) LANGIT? BAWALAH KEPADA-KU KITAB YANG SEBELUM (AL-QURAN) INI ATAU PENINGGALAN DARI PENGETAHUAN (ORANG-ORANG DAHULU), JIKA KAMU ADALAH ORANG-ORANG YANG BENAR. . ."
SURAH AL AHQAAF (BUKIT-BUKIT PASIR); JUZUK 26; AYAT 3-4
KAWAH ERATOSTHENES
KATEGORI:
KAWAH (CRATER)
LOKASI:
KAWAH ERATOSTHENES BERADA DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. IA BERADA DI POSISI KEDUDUKAN 11.30 BARAT DAN 14.50 UTARA. KAWAH ERATOSTHENES BERADA DI BAHAGIAN TENGGARA MARE IMBRIUM.
KELUASAN:
KAWAH ERATOSTHENES BERBENTUK BULAT DAN CIRCULAR DENGAN DIAMETER 58 km. IA MEMPUNYAI KETINGGIAN SEHINGGA 3,570.0 METER.
ERA PEMBENTUKAN:
KAWAH ERATOSTHENES TERBENTUK PADA ERA ERATOSTHENIAN IAITU ANTARA -3.2 BILLION TAHUN DAHULU HINGGA -1.1 BILLION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
KAWAH ERATOSTHENES MEMPUNYAI BENTUK CIRCULAR DAN IA TERLETAK DI SELATAN MONTES APENNINUS. IA MEMPUNYAI TEBING YANG AGAK CURAM TERUTAMANYA DI BAHAGIAN SELATAN KAWAH ERATOSTHENES. KETINGGIAN TEBING SEHINGGA 3,570 METER. LANTAI KAWAH YANG RATA AMAT TERHAD KERANA TERDAPAT GUNUNG DI KAWASAN TENGAH KAWAH DENGAN BEBERAPA PUNCAK MENINGGI DI BEBERAPA KAWASAN LANTAI KAWAH.
~ BAHAGIAN BARAT : TERDAPAT KAWAH COPERNIUS, GARY-LUSSAC A, PYTHEAS A, DRAPER C, DAN LAMBERT. JUGA TERDAPAT MARE INSULARUM DAN MONTES CARPATUS.
~ BAHAGIAN TIMUR : TERDAPAT KAWAH ERATOSTHENES A, B, BODE C, E DAN H. MONTES APENNINUS DAN SINUS AESTUUM.
~ BAHAGIAN SELATAN : TERDAPAT KAWAH STADIUS, SCHROTER C, D, G, H DAN GAMBART. SINUS AESTUUM MEMANJANG DARI BAHAGIAN TIMUR KE SELATAN.
~ BAHAGIAN UTARA : TERDAPAT KAWAH WALLACE, TIMOCHARIS B, C, E, HEINRICH, FEUILLEE DAN BEER. MARE IMBRIUM, MONTES ARCHIMEDES DAN MONTES APENNINUS JUGA BERADA DI KAWASAN UTARA KAWAH ERATOSTHENES.
PEMERHATIAN:
KAWAH ERATOSTHENES DAPAT DILIHAT SEHARI SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA SEHARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER). IA MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH-SUNGGUH MENARIK DENGAN GUNUNG DI LANTAI KAWAH.
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP KAWAH ERATOSTHENES, TEROPONG SUDAH MEMADAI. UNTUK LEBIH MENARIK, TELESKOP 'REFRACTOR' BERKUASA 50mm DI PERLUKAN UNTUK MELIHAT GUNUNG DI LANTAI KAWAH ERATOSTHENES.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN YANG TERTUMPU KEPADA KAWAH ERATOSTHENES SECARA KHUSUS.
PENGHORMATAN:
KAWAH ERATOSTHENES DIBERIKAN KEPADA EROTOSTHENE, IAITU SEORANG MATEMATICS, ATLET, AHLI GEOGRAFI, AHLI ASTRONOMI, AHLU MUZIK DAN AHLI PHILOSTROPHI GREEK PADA KURUN KE 3 SEBELUM MASIHI. EROTOSTHENE DILAHIRKAN DI CYRCNE, GREECE PADA TAHUN 276 SEBELUM MASIHI DAN MENINGGAL DUNIA DI ALEXANDRIE PADA TAHUN 192 SEBELUM MASIHI. SEMASA HIDUP, EROTOSTHENES TELAH MELAKUKAN BANYAK KERJA DALAM BIDANG PHILOSTROPHI DAN GRAMMAR. IA JUGA PERNAH MENJADI 'TUTOR' KEPADA ANAK PTOLEMEE KE 3. EROTOSTHENES PERNAH MENJADI PENGARAH PERPUSTAKAAN DI ALEXANDRIE. IA MEMBUAT PENGIRAAN TENTANG "PANJANG LILITAN" (CIRCUMFERENCE) BUMI BERDASARKAN BAYANG BUMI DARIPADA PERGERAKAN MATAHARI DAN BUMI.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEED BACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"STARGAZING OFFERS A CHANCE TO LEARN AND THINK ABOUT THE UNIVERSE. WE LEARN FROM THE WORLD AROUND US AND TAKE ADVANTAGE OF THE AVAILABLE OPPORTUNITIES AND THE SKY IS AN EXCELLENT LABORATORY TO SUCH LEARNING"
;
KAMI DI ASTRONOMI.KEM MGMT & CONSULTANCY INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENGERJAKAN IBADAT HAJI DI TANAH SUCI MEKAH KEPADA SEMUA JEMAAH HAJI DAN SELAMAT MELAKUKAN IBADAT KORBAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YANG MELAKUKANNYA PADA TAHUN INI. SEMOGA SEMUA IBADAT YANG KITA LAKUKAN SAMAADA MELAKUKAN IBADAT HAJI DAN IBADAT KORBAN DILAKSANAKAN DENGAN SEIKHLAS HATI DENGAN HARAPAN DITERIMA OLEH ALLAH. KEPADA SEMUA ASTRONOMER, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.
~ KAMI DARI PIHAK ASTRONOMI.KEM MGMT & CONSULTANCY
BURUJ VIRGO
ANAK DARA / TUAN PUTERI (THE VIRGIN)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
VIR
DESKRIPSI:
(UPDATE)
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ VIRGO TERLETAK DI -23O SELATAN DAN +14O UTARA SERTA 11h35m DAN 15h15m. BURUJ VIRGO BERADA DI GARISAN KHATULISTIWA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +80O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -80O SELATAN. BURUJ VIRGO MEMPUNYAI KELUASAN 1294 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE DUA TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ VIRGO IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ LIBRA DAN BURUJ SERPENS CAPUT
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ CORVUS DAN BURUJ LIBRA
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ LEO, BURUJ CRATER DAN BURUJ HYDRA
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ BOOTES DAN BURUJ COMA BERENICES
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ VIRGO:
~ BINTANG GAMMA MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI DENGAN MAGNITUD YANG SAMA DENGAN KOMPANI (COMPANION)NYA IAITU +8.5 DENGAN ORBIT 168.8 TAHUN. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG IALAH 260O DENGAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP) ADALAH 1.5".
~ BINTANG THETA ADALH BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE SYSTEM BINARY) DENGAN KOMPANI B DAN KOMPANI C. KOMPANI B AGAK KABUR DENGAN MAGNITUD +9.4; PADA P.A 343O DAN SEP PADA 7.1". KOMPANI C JUGA KABUR (FAINT) BERMAGNITUD +10.4; P.A PADA 298O DENGAN SEP 70".
~ BINTANG PHI IALAH BINARI TETAP (FIXED BINARY) DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +9.3; PADA P.A 110O DAN SEP PADA 4.8".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ VIRGO.
~ BINTANG ALPHA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "EII TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG ALPHA BERUBAH DARI MAGNITUD +0.95 KE +1.05 DALAM JANGKA MASA EMPAT HARI.
~ BINTANG RHO PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "DELTA SCUTI TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG RHO BERUBAH DARI +4.86 KE +4.88.
~ BINTANG R VIRGINIS MENGALAMI PERUBAHAN MAGNITUD DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG IAITU 145.63 HARI DENGAN MAGNITUD BERUBAH DARI +6.20 KE +12.10. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "LONG-PERIOD TYPE VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ VIRGO DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP-SKY':
BURUJ VIRGO MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~ M49 ATAU NGC4472 MERUPAKAN GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY) YANG BERMAGNITUD +8.40 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +13.20.
~ M58 ATAU NGC4579 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG CERAH DAN PADAT. M58 BERMAGNITUD +9.70 DENGAN KECERAHAN +13.10.
~ NGC4567 DAN NGC4568 DIKENALI JUGA SEBAGAI 'KEMBAR SIAM' (SIAMESE TWINS) MERUPAKAN DUA GALAKSI YANG KABUR (FAINT) KELIHATAN SEPERTI BERTEMU (JOINED) DI TENGAH-TENGAH. NGC4567 BERMAGNITUD +11.30 DENGAN KECERAHAN +13.10. MANAKALA, NGC4568 BERMAGNITUD +10.80 DENGAN KECERAHAN +13.10.
~ M59 (NGC4621) DAN M60 (NGC4649) PULA MERUPAKAN GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXIES) YANG KECIL TETAPI AGAK CERAH DAN BERADA BERHAMPIRAN DENGAN "THE SIAMESE TWINS". M59 BERMAGNITUD +9.60 DENGAN KECERAHAN +12.90. MANAKALA, M60 PULA BERMAGNITUD +8.80 DENGAN KECERAHAN +12.90.
~ M61 ATAU NGC4303 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG CERAH DAN MENGHADAP BUMI (FACE-ON). M61 MEMPUNYAI 'LENGAN' (ARMS) SERTA MERUPAKAN GALAKSI YANG TERBESAR DIKAITAN DENGAN 'KLUSTER GALAKSI VIRGO' (VIRGO CLUSTER GALAXY). M61 BERMAGNITUD +9.60 DENGAN KECERAHAN +13.40.
~ M84 (NGC4374), M86 (NGC4406) DAN M87 (NGC4486) IALAH TIGA GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXIES) DALAM 'KLUSTER GALAKSI VIRGO' (VIRGO CLUSTER GALAXY). M84 BERMAGNITUD +9.10 DENGAN KECERAHAN +13.00. M86 PULA BERMAGNITUD +8.90 DENGAN KECERAHAN +13.20. MANAKALA, M87 PULA BERMAGNITUD +8.60 DENGAN KECERAHAN +13.00.
~ M89 ATAU NGC4552 JUGA GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY) YANG SEAKAN-AKAN M87 TETAPI M89 LEBIH KABUR (FAINTER). M89 BERMAGNITUD +9.80 SERTA KECERAHAN +13.20.
~ M90 ATAU NGC4569 PULA IALAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) BERADA DI AREA YANG SAMA DENGAN M89. M90 BERMAGNITUD +9.50 DAN KECERAHAN +13.40.
~ M104 ATAU NGC4594 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE SOMBRERO GALAXY" YANG SUNGGUH CANTIK DAN MENARIK. M104 AGAK TERASING DARIPADA GALAKSI YANG LAIN TETAPI MASIH MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA 'KLUSTER GALAKSI VIRGO' (VIRGO CLUSTER GALAXY). IA KELIHATAN PADA SISI (EDGE-ON) DENGAN 'PUSAT' YANG TERANG DAN DI KELILINGI OLEH LORONG DEBU YANG GELAP. M104 DAPAT DILIHAT DENGAN TELESKOP KECIL DAN IA BERMAGNITUD +8.00 DENGAN KECERAHAN +11.60.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ VIRGO MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEBANYAK DUA KALI DALAM MASA SETAHUN.
~ HUJAN METEOR VIRGINIDS
~ HUJAN METEOR MU VIRGINIDS
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEED BACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"ON A CLEAR NIGHT, ANYONE - NOVICE, AMATEUR, OR PROFESSIONAL ASTRONOMER - CAN GAZE UPWARD AS THE STARRY SKY OVERHEAD AND SEE THE STARS AS OUR ANCESTORS SAW THEM. IN A MOMENT, WE CAN EXPERIENCE THAT MINGLING OF WONDER, FEAR, EXCITEMENT, AND KNOWLEDGE THAT ONLY ASTRONOMY OFFERS".