(PERSEUS)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
PER
DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ PERSEUS TERLETAK DI +31O UTARA DAN +59O UTARA SERTA 1h30m DAN 4h55m. BURUJ PERSEUS BERADA DI HEMISFERA UTARA DENGAN KELUASAN 615 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA MERUPAKAN BURUJ YANG KE 24 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ PERSEUS ADALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ AURIGA
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ TAURUS DAN BURUJ ARIES
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ ANDROMEDA DAN BURUJ TRIANGULUM
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ CASSIOPEIA DAN JUGA BURUJ
CAMELOPAEDALIS
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI (BINARY):
BINTANG BINARI YANG TERDAPAT DALAM BURUJ PERSEUS IALAH:
~ BINTANG EPSILON ADALAH SATU BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI (COMPANION) YANG AGAK KABUR (FAINT) DAN SUKAR MENCERAPNYA. BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +8.10. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG INI IALAH 10O DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP) ADALAH 8.8".
~ BINTANG ZETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM) DENGAN 3 KOMPANI YANG KABUR (FAINT). KOMPANI B BERMAGNITUD +9.5; P.A PADA 208O DENGAN SEP PADA 12.9". KOMPANI C BERMAGNITUD +11.3; P.A PADA 286O DENGAN SEP PADA 32.8". MANAKALA, KOMPANI D PULA BERMAGNITUD +9.5; P.A PADA 195O DENGAN SEP PADA 94.2".
~ BINTANG ETA (MIRAM) JUGA SEBUAH BINTANG BINARI BERBILNG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM) DENGAN 2 KOMPANI. KOMPANI B BERMAGNITUD +8.5 DENGAN P.A PADA 300O SERTA SEP PADA 28.3". MANAKALA, KOMPANI C PULA BERMAGNITUD +9.8; P.A PADA 268O DENGAN SEP PADA 66.6".
BINTANG VARIABLE:
BINTANG VARIABLE YANG TERDAPAT DALAM BURUJ PERSEUS IALAH:
~ BINTANG BETA (ALGOL) DIKATEGORIKAN SEBAGAI "ECLIPSING BINARY" ATAU "EB TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI +2.12 KE +3.39 DALAM JANGKA MASA 2.8673 HARI ATAU 2 HARI, 20 JAM, 48 MINIT DAN 59 SAAT. "ECLIPSING" (GERHANA) BERLAKU APABILA BINTANG KOMPANI MENUTUPI BINTANG BETA (BINTANG UTAMA) DAN IA BERLAKU SELAMA LEBIH KURANG 10 JAM.
~ BINTANG R PERSEI ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +8.10 HINGGA KE +14.80 DALAM JANGKA MASA 209.89 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "LONG-PERIOD VARIABLE".
~ BINTANG S PERSEI ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +7.90 HINGGA KE +12.00 DALAM JANGKA MASA 822 HARI. IA PULA DIKELASKAN SEBAGAI "SRc TYPE VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ PERSEUS BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -35O SELATAN. BURUJ PERSEUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN DAN WAKTU BERIKUT:
~ DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
TERDAPAT BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' DALAM BURUJ PERSEUS:
~ M34 ATAU NGC1039 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENARIK DAN MENGANDUNGI LEBIH KURANG 80 BIJI BINTANG. M34 MEMPUNYAI MAGNITUD +5.20 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.66.
~ M76 ATAU NGC650/NGC651 ATAU "THE DUMBBELL NEBULA" MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA). M76 TERDIRI DARIPADA GABUNGAN DUA OBJEK IAITU NGC650 DAN NGC651. NGC650 TERLETAK DI BAHAGIAN ATAS, MANAKALA, NGC651 BERADA DI BAHAGIAN BAWAH. M76 AMAT KABUR DENGAN MAGNITUD +10.10 SERTA KECERAHAN +15.90.
~ NGC1342 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG TERDIRI DARIPADA BINTANG-BINTANG YANG BERMAGNITUD +8 DAN KE ATAS. NGC1342 BERMAGNITUD +6.7 DAN TERLETAK 1,170 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ NGC1528 JUGA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI 100 BIJI BINTANG. NGC1528 BERMAGNITUD +6.40 DAN BERADA 2,531 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ NGC1028 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) DAN IANYA AMAT KABUR DENGAN MAGNITUD +15.50.
~ NGC1029 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) DENGAN MAGNITUD +13.20.
HUJAN METEOR (METEOR SHOWER):
BURUJ PERSEUS MENGHASILKAN HUJAN METEOR (TAHI BINTANG) SEBANYAK DUA KALI DALAM SETAHUN:
~ HUJAN METEOR PERSEIDS
~ HUJAN METEOR SEPTEMBER PERSEIDS (MINOR HUJAN METEOR)
"TODAY WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL BERIKUT:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment