(SINGA)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
LEO
DESKRIPSI:
(UPDATE)
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ LEO TERLETAK DI -7O SELATAN DAN +33O UTARA SERTA 9h22m DAN 11h58m. BURUJ LEO BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA GARIS LINTANG -65O SELATAN. BURUJ LEO MEMPUNYAI KELUASAN 947 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 12 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ LEO IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ VIRGO DAN BURUJ COMA BERENICES
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ SEXTANS, BURUJ CRATER DAN BURUJ HYDRA
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ CANCER DAN BURUJ LYNX
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ LEO MINOR DAN BURUJ URSA MAJOR
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ LEO:
~ BINTANG ALPHA MERUPAKAN SATU BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM) DENGAN BINTANG KOMPANI (COMPANION) B, C DAN D. BINTANG KOMPANI B BERMAGNITUD +8.1. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG INI PADA 307O, MANAKALA 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP) PADA 177". BINTANG KOMPANI B PULA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI NYA SENDIRI IAITU BINTANG KOMPANI C YANG BERMAGNITUD +13.00; P.A PADA 86O. BINTANG KOMPANI D ADALAH BINTANG OPTIKAL BAGI BINTANG ALPHA. IA BERMAGNITUD +11.6; P.A PADA 274O DENGAN 217".
~ BINTANG GAMMA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI SEBUAH BINTANG YANG MENGORBITNYA SETIAP 407 TAHUN. IA BERADA PADA P.A 124O DAN SEP PADA 4.4".
~ BINTANG IOTA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +6.7: P.A PADA 122O DAN SEP PADA 1.62". IA MENGORBIT SETIAP 192 TAHUN.
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ LEO:
~ BINTANG R LEONIS ADALAH SATU BINTANG VARIABLE UNIK YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +11.30 MENINGKAT KE +4.40 DALAM JANGKA MASA 309.95 HARI. WARNANYA JUGA BERUBAH DARI WARNA MERAH PEKAT (DEEP RED) KE WARNA UNGU (PURPLE). IA MEMANG SEBUAH BINTANG YANG MENARIK UNTUK DICERAP.
PEMERHATIAN:
BURUJ LEO DAPAT DILIHAT PADA BULAB-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ LEO MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:
~ M65 (NGC3623) DAN M66 (NGC3627) MERUPAKAN SEPASANG GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG MENARIK PERHATIAN. KEDUA-DUA GALAKSI MEMANJANG UTARA-SELATAN (ELONGATED GALAXY) DAN M65 LEBIH MENONJOL DENGAN BENTUK PUTARAN (SPIRAL) YANG LEBIH PADAT DAN PADU. M65 BERMAGNITUD +9.30 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.80. MANAKALA, M66 BERMAGNITUD +8.90 DENGAN KECERAHAN +12.70.
~ NGC3628 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) TETAPI HANYA DAPAT DILIHAT DARI SUDUT SISI (EDGE-ON GALAXY). NGC3628 TERLETAK DI ANTARA M65 DAN M66. NGC3628 SEBENARNYA LEBIH BESAR DARIPADA MESSIER OBJEK YANG LAIN, TETAPI IANYA AGAK KABUR KERANA KEDUDUKAN SISI (EDGE-ON) NYA. IA BERMAGNITUD +9.50 DENGAN KECERAHAN +13.40.
~ M95 (NGC3351) DAN M96 (NGC3368) PULA MEMBENTUK SATU LAGI PASANGAN WALAUPUN AGAK JAUH ANTARA SATU SAMA LAIN. M95 BERADA DI SEBELAH BARAT DAN BERBENTUK BULAT SERTA KABUR. MANAKALA, M96 LEBIH CERAH DENGAN PUTARAN (SPIRAL) YANG LEBIH PADAT (TIGHT). KEDUA GALAKSI DIANGGARKAN 30 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. M95 BERMAGNITUD +9.70 DENGAN KECERAHAN +13.50. M96 PULA BERMAGNITUD +9.30 DENGAN +13.10 KECERAHAN.
~ M105 (NGC3379) PULA SEBUAK GALAKSI YANG AGAK KABUR TERLETAK ANTARA UTARA DAN TIMUR-LAUT M96. M105 BERMAGNITUD +9.30 DENGAN KECERAHAN +12.80.
~ NGC2903 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BENTUKNYA MEMANJANG (ELONGATED) DENGAN BEBERAPA 'LENGAN' (MULTIPLE ARMS) YANG BERMAGNITUD +9.00 DENGAN KECERAHAN +13.60.
~ NGC3384 DAN NGC3389 YANG MERUPAKAN GALAKSI YANG TERDAPAT DI BURUJ LEO. KEDUDUKAN KEDUA-DUA GALAKSI YANG BERHAMPIRAN DENGAN M105 TELAH MEMBENTUK SATU SEGI TIGA (TRIANGLE). NGC3384 BERMAGNITUD +10.90 DENGAN KECERAHAN +13.55. MANAKALA, NGC3389 PULA BERMAGNITUD +12.50 DENGAN KECERAHAN +13.68.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ LEO MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEBANYAK SEKALI DALAM MASA SETAHUN:
~ HUJAN METEOR LEONIDS
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"
No comments:
Post a Comment