Friday, August 30, 2013

RENUNGAN JUMAAT

"... ALLAH-LAH YANG MENJADIKAN MALAM UNTUK KAMU SUPAYA KAMU BERISTIRAHAT PADANYA; DAN MENJADIKAN SIANG TERANG BENDERANG. SESUNGGUHNYA ALLAH BENAR-BENAR MEMPUNYAI KURNIA YANG DILIMPAHKAN ATAS MANUSIA, AKAN TETAPI KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK BERSYUKUR. YANG DEMIKIAN  ITU ADALAH ALLAH, TUHANMU, PENCIPTA SEGALA SESUATU, TIADA TUHAN MELAINKAN DIA; MAKA BAGAIMANAKAH KAMU DAPAT DIPALINGKAN?. SEPERTI DEMIKIANLAH DIPALINGKAN ORANG-ORANG YANG SELALU MENGINGKARI AYAT-AYAT ALLAH. ALLAH-LAH YANG MENJADIKAN BUMI BAGI KAMU TEMPAT MENETAP DAN LANGIT SEBAGAI ATAP, DAN MEMBENTUK KAMU LALU MEMBAGUSKAN RUPAMU SERTA MEMBERI KAMU REZEKI DENGAN SEBAHAGIAN YANG BAIK-BAIK. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH ALLAH TUHAN-MU, MAHA AGUNG ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM. ..."

SURAH AL MU'MIN (ORANG YANG BERIMAN); JUZUK 24; AYAT 61 HINGGA 64

Wednesday, August 28, 2013

MENGENALI BURUJ - LEO

BURUJ LEO
(SINGA)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
LEO

DESKRIPSI:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ LEO TERLETAK DI -7O SELATAN DAN +33O UTARA SERTA 9h22m DAN 11h58m.  BURUJ LEO BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA GARIS LINTANG -65O SELATAN. BURUJ LEO MEMPUNYAI KELUASAN 947 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 12 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ LEO IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ VIRGO DAN BURUJ COMA BERENICES
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ SEXTANS, BURUJ CRATER DAN BURUJ HYDRA
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ CANCER DAN BURUJ LYNX
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ LEO MINOR DAN BURUJ URSA MAJOR

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ LEO:
~  BINTANG ALPHA MERUPAKAN SATU BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM) DENGAN BINTANG KOMPANI (COMPANION) B, C DAN D. BINTANG KOMPANI B BERMAGNITUD +8.1. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG INI PADA 307O, MANAKALA 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP) PADA 177". BINTANG KOMPANI B PULA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI NYA SENDIRI IAITU BINTANG KOMPANI C YANG BERMAGNITUD +13.00; P.A PADA 86O. BINTANG KOMPANI D ADALAH BINTANG OPTIKAL BAGI BINTANG ALPHA. IA BERMAGNITUD +11.6; P.A PADA 274O DENGAN 217".
~  BINTANG GAMMA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI SEBUAH  BINTANG YANG MENGORBITNYA SETIAP 407 TAHUN. IA BERADA PADA P.A 124O DAN SEP PADA 4.4".
~  BINTANG IOTA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +6.7: P.A PADA 122O DAN SEP PADA 1.62". IA MENGORBIT SETIAP 192 TAHUN.



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ LEO:
~  BINTANG R LEONIS ADALAH SATU BINTANG VARIABLE UNIK YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +11.30 MENINGKAT KE +4.40 DALAM JANGKA MASA 309.95 HARI. WARNANYA JUGA BERUBAH DARI WARNA MERAH PEKAT (DEEP RED) KE WARNA UNGU (PURPLE). IA MEMANG SEBUAH BINTANG YANG MENARIK UNTUK DICERAP.

PEMERHATIAN:
BURUJ LEO DAPAT DILIHAT PADA BULAB-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ LEO MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:
~  M65 (NGC3623) DAN M66 (NGC3627) MERUPAKAN SEPASANG GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG MENARIK PERHATIAN. KEDUA-DUA GALAKSI MEMANJANG UTARA-SELATAN (ELONGATED GALAXY) DAN M65 LEBIH MENONJOL DENGAN BENTUK PUTARAN (SPIRAL) YANG LEBIH PADAT DAN PADU. M65 BERMAGNITUD +9.30 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.80. MANAKALA, M66 BERMAGNITUD +8.90 DENGAN KECERAHAN +12.70.



~  NGC3628 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) TETAPI HANYA DAPAT DILIHAT DARI SUDUT SISI (EDGE-ON GALAXY). NGC3628 TERLETAK DI ANTARA M65 DAN M66. NGC3628 SEBENARNYA LEBIH BESAR DARIPADA MESSIER OBJEK YANG LAIN, TETAPI IANYA AGAK KABUR KERANA KEDUDUKAN SISI (EDGE-ON) NYA. IA BERMAGNITUD +9.50 DENGAN KECERAHAN +13.40.


~  M95 (NGC3351) DAN M96 (NGC3368) PULA MEMBENTUK SATU LAGI PASANGAN WALAUPUN AGAK JAUH ANTARA SATU SAMA LAIN. M95 BERADA DI SEBELAH BARAT DAN BERBENTUK BULAT SERTA KABUR. MANAKALA, M96 LEBIH CERAH DENGAN PUTARAN (SPIRAL) YANG LEBIH PADAT (TIGHT). KEDUA GALAKSI DIANGGARKAN 30 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. M95 BERMAGNITUD +9.70 DENGAN KECERAHAN +13.50. M96 PULA BERMAGNITUD +9.30 DENGAN +13.10 KECERAHAN.



~  M105 (NGC3379) PULA SEBUAK GALAKSI YANG AGAK KABUR TERLETAK ANTARA UTARA DAN TIMUR-LAUT M96. M105 BERMAGNITUD +9.30 DENGAN KECERAHAN +12.80.


~  NGC2903 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BENTUKNYA MEMANJANG (ELONGATED) DENGAN BEBERAPA 'LENGAN' (MULTIPLE ARMS) YANG BERMAGNITUD +9.00 DENGAN KECERAHAN +13.60.


~  NGC3384 DAN NGC3389 YANG MERUPAKAN GALAKSI YANG TERDAPAT DI BURUJ LEO. KEDUDUKAN KEDUA-DUA GALAKSI YANG BERHAMPIRAN DENGAN M105 TELAH MEMBENTUK SATU SEGI TIGA (TRIANGLE). NGC3384 BERMAGNITUD +10.90 DENGAN KECERAHAN +13.55. MANAKALA, NGC3389 PULA BERMAGNITUD +12.50 DENGAN KECERAHAN +13.68.



HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ LEO MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEBANYAK SEKALI DALAM MASA SETAHUN:
~  HUJAN METEOR LEONIDS 

SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                               CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                                     atau
                               KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"

Friday, August 23, 2013

RENUNGAN JUMAAT

"...KATAKANLAH: "SESUNGGUHNYA PATUTKAH KAMU KAFIR KEPADA YANG MENCIPTAKAN BUMI DALAM DUA MASA DAN KAMU ADAKAN SEKUTU-SEKUTU BAGI-NYA? (YANG BERSIFAT) DEMIKIAN ITULAH TUHAN SEMESTA ALAM". DAN DIA MENCIPTAKAN DI BUMI ITU GUNUNG-GUNUNG YANG KUKUH DI ATASNYA. DIA MEMBERKAHINYA DAN DIA MENENTUKAN PADANYA KADAR MAKANAN-MAKANAN (PENGHUNI)NYA DALAM EMPAT MASA. (PENJELASAN ITU SEBAGAI JAWAPAN) BAGI ORANG-ORANG YANG BERTANYA. KEMUDIAN DIA MENUJU KEPADA PENCIPTAAN LANGIT DAN LANGIT ITU MASIH MERUPAKAN ASAP, LALU DIA BERKATA KEPADANYA DAN KEPADA BUMI: "DATANGLAH KAMU KEDUANYA MENURUT PERINTAH-KU DENGAN SUKA HATI ATAU TERPAKSA". KEDUANYA MENJAWAB:"KAMI DATANG DENGAN SUKA HATI". MAKA DIA MENJADIKANNYA TUJUH LANGIT DALAM DUA MASA DAN DIA MEWAHYUKAN PADA TIAP-TIAP LANGIT URUSANNYA. DAN KAMI HIASI LANGIT YANG DEKAT DENGAN BINTANG-BINTANG YANG CEMERLANG DAN KAMI MEMELIHARANYA SEBAIK-BAIKNYA. DEMIKIANLAH KETENTUAN YANG MAHA PERKASA LAGI MAHA MENGETAHUI. ..."

SURAH FUSHSHILAT (YANG DIJELASKAN); JUZUK 24; AYAT 9 HINGGA 12

Thursday, August 22, 2013

MENGENALI BINTANG - KELAS O

BINTANG KELAS O

(UPDATE)

SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKA KE E-MAIL

                      CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                      atau
                      KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"

Wednesday, August 21, 2013

MENGENALI BULAN - SIRI 13

MARE NUBIUM
(SEA OF CLOUDS)





KATEGORI:
LAUTAN (SEA ATAU MARE)

LOKASI:
MARE NUBIUM BERADA DI SUKUAN BARAT-DAYA DI PERMUKAAN BULAN. 

KELUASAN:
MARE NUBIUM BERKELUASAN 254,000 KM PERSEGI DENGAN DIAMETER 715 X 715 km.

ERA PEMBENTUKAN:
MARE NUBIUM TERBENTUK DALAM ERA PRE-NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILLION TAHUN HINGGA -3.92 BILLION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
(UPDATE)

PEMERHATIAN:
MARE NUBIUM MEMPUNYAI BENTUK FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT SEHARI SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA SEHARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).

PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MARE NUBIUM, TEROPONG BERKUASA SEKURANG-KURANGNYA 10x.

PENEROKAAN:
(UPDATE)

SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKA KE E-MAIL:

                  CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                 atau
                  KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"

Thursday, August 15, 2013

MENGENALI BURUJ - PERSEUS

BURUJ PERSEUS
(PERSEUS)




KATEGORI: 
BURUJ

SINGKATAN:
PER

DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ PERSEUS TERLETAK DI +31O UTARA DAN +59O UTARA SERTA 1h30m DAN 4h55m. BURUJ PERSEUS BERADA DI HEMISFERA UTARA DENGAN KELUASAN 615 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA MERUPAKAN BURUJ YANG KE 24 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ PERSEUS ADALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ AURIGA
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ TAURUS DAN BURUJ ARIES
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ ANDROMEDA DAN BURUJ TRIANGULUM
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ CASSIOPEIA DAN JUGA BURUJ
     CAMELOPAEDALIS

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI (BINARY):
BINTANG BINARI YANG TERDAPAT DALAM BURUJ PERSEUS IALAH:
~  BINTANG EPSILON  ADALAH SATU BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI (COMPANION) YANG AGAK KABUR (FAINT) DAN SUKAR MENCERAPNYA. BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +8.10. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG INI IALAH 10O DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP) ADALAH 8.8".
~  BINTANG ZETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM) DENGAN 3 KOMPANI YANG KABUR (FAINT). KOMPANI B BERMAGNITUD +9.5; P.A PADA 208O DENGAN SEP PADA 12.9". KOMPANI C BERMAGNITUD +11.3; P.A PADA 286O DENGAN SEP PADA 32.8". MANAKALA, KOMPANI D PULA BERMAGNITUD +9.5; P.A PADA 195O DENGAN SEP PADA 94.2".
~  BINTANG ETA (MIRAM) JUGA SEBUAH BINTANG BINARI BERBILNG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM) DENGAN 2 KOMPANI. KOMPANI B BERMAGNITUD +8.5 DENGAN P.A PADA 300O SERTA SEP PADA 28.3". MANAKALA, KOMPANI C PULA BERMAGNITUD +9.8; P.A PADA 268O DENGAN SEP PADA 66.6".

BINTANG VARIABLE:
BINTANG VARIABLE YANG TERDAPAT DALAM BURUJ PERSEUS IALAH:
~  BINTANG BETA (ALGOL) DIKATEGORIKAN SEBAGAI "ECLIPSING BINARY" ATAU "EB TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI +2.12 KE +3.39 DALAM JANGKA MASA 2.8673 HARI ATAU 2 HARI, 20 JAM, 48 MINIT DAN 59 SAAT. "ECLIPSING" (GERHANA) BERLAKU APABILA BINTANG KOMPANI MENUTUPI BINTANG BETA (BINTANG UTAMA) DAN IA BERLAKU SELAMA LEBIH KURANG 10 JAM.
~  BINTANG R PERSEI ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +8.10 HINGGA KE +14.80 DALAM JANGKA MASA 209.89 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "LONG-PERIOD VARIABLE".
~  BINTANG S PERSEI ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +7.90 HINGGA KE +12.00 DALAM JANGKA MASA 822 HARI. IA PULA DIKELASKAN SEBAGAI "SRc TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ PERSEUS BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -35O SELATAN. BURUJ PERSEUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN DAN WAKTU BERIKUT:
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
TERDAPAT BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' DALAM BURUJ PERSEUS:
~  M34 ATAU NGC1039 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENARIK DAN MENGANDUNGI LEBIH KURANG 80 BIJI BINTANG. M34 MEMPUNYAI MAGNITUD +5.20 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.66.




~  NGC869 DAN NGC884  MEMBENTUK KLUSTER YANG DIKENALI SEBAGAI "DOUBLE CLUSTER" YANG TERLETAK SEBELAH MENYEBELAH (SIDE BY SIDE) ANTARA SATU DENGAN LAIN. NGC869 DAN NGC884 ADALAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR. NGC869 BERMAGNITUD +5.30 DENGAN KECERAHAN +12.43. MANAKALA, NGC884 PULA BERMAGNITUD +6.10 DENGAN KECERAHAN +13.23.



 NGC869

NGC884

~  NGC1499 ATAU "THE CALIFORNIA NEBULA" IALAH NEBULA GAS YANG MEREGANG DARI ARAH TIMUR KE BARAT. MALANGNYA, NGC1499 AMAT KABUR DAN SUKAR UNTUK DICERAP. NGC1499 BERMAGNITUD +5.00 DENGAN KECERAHAN +14.26.




~  M76 ATAU NGC650/NGC651 ATAU "THE DUMBBELL NEBULA" MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA). M76 TERDIRI DARIPADA GABUNGAN DUA OBJEK IAITU NGC650 DAN NGC651. NGC650 TERLETAK DI BAHAGIAN ATAS, MANAKALA, NGC651 BERADA DI BAHAGIAN BAWAH. M76 AMAT KABUR DENGAN MAGNITUD +10.10 SERTA KECERAHAN +15.90.



~  NGC1342 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG TERDIRI DARIPADA BINTANG-BINTANG YANG BERMAGNITUD +8 DAN KE ATAS. NGC1342 BERMAGNITUD +6.7 DAN TERLETAK 1,170 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.




~  NGC1528 JUGA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI 100 BIJI BINTANG. NGC1528 BERMAGNITUD +6.40 DAN BERADA 2,531 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.




~  NGC1028 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) DAN IANYA AMAT KABUR DENGAN MAGNITUD +15.50.



~  NGC1029 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) DENGAN MAGNITUD +13.20.

HUJAN METEOR (METEOR SHOWER):
BURUJ PERSEUS MENGHASILKAN HUJAN METEOR (TAHI BINTANG) SEBANYAK DUA KALI DALAM SETAHUN:
~  HUJAN METEOR PERSEIDS
~  HUJAN METEOR SEPTEMBER PERSEIDS (MINOR HUJAN METEOR)


"TODAY WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"

SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL BERIKUT:

                   CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                             atau
                    KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

Wednesday, August 7, 2013

MENGENALI BULAN - SIRI 12

MARE INSULARUM
(SEA OF ISLANDS)




KATEGORI:
LAUTAN (SEA ATAU MARE)

LOKASI:
MARE INSULARUM TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN.

KELUASAN:
MARE INSULARUM MEMPUNYAI KELUASAN 513 KM PERSEGI.

ERA PEMBENTUKAN:
MARE INSULARUM TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN IAITU ANTARA -4.55 BILLION TAHUN HINGGA -3.92 BILLION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
(UPDATE)

PEMERHATIAN:
MARE INSULARUM MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. MARE INSULARUM DAPAT DILIHAT PADA HARI KEDUA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA SEHARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).

PERALATAN:
MARE INSULARUM DAPAT DICERAP DENGAN MENGGUNAKAN TEROPONG BERKUASA 10x. UNTUK LEBIH MENARIK, GUNAKAN TELESKOP BERKUASA RENDAH UNTUK MENDAPATKAN HASIL YANG MEMUASKAN HATI.

PENEROKAAN:
TERDAPAT 2 PENEROKAAN KE MARE INSULARUM.
~  SURVEYOR 4 YANG MERUPAKAN LUNAR LANDER YANG KE 4 DALAM PROGRAM 'UNMANNED' AMERIKA SYARIKAT. MALANGNYA SURVEYOR 4 TELAH TERHEMPAS 2.5 MINIT SEBELUM IA DI JANGKAKAN MENDARAT DI SINUS MEDII.

~  SURVEYOR 6 PULA ADALAH LUNAR LANDER YANG KE 6 DALAM PROGRAM 'UNMANNED' AMERIKA SYARIKAT. IA TELAH DILANCARKAN PADA NOVEMBER 7, 1967 DARI CAPE CANAVERAL. SURVEYOR 6 TELAH MENDARAT DI SINUS MEDII PADA NOVEMBER 10, 1967. PADA NOVEMBER 24, 1967, SURVEYOR 6 TERPAKSA DI'PADAMKAN' KERANA CUACA DI BULAN DAN IA TELAH BERJAYA MENGHARUNGI KEADAAN TERSEBUT. PENUTUPAN SELAMA 2 MINGGU TERSEBUT TELAH DIAKTIFKAN SEMULA PADA DISEMBER 16, 1967. MALANGNYA TIADA SEBARANG DATA DAPAT DIHANTAR KE BUMI. ANTARA TARIKH TERSEBUT, IA TELAH MENGHANTAR 30,027 IMEJ KE BUMI. MISI SURVEYOR 6 TELAH DITAMATKAN SELEPAS KEGAGALAN TERSEBUT.





SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

"TODAY WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

KAMI DI ASTRONOMI.KEM MGMT & CONSULTANCY MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA ASTRONOMERS DI LUAR SANA. SEMOGA BULAN RAMADHAN YANG BERLALU PERGI BANYAK MEMBERIKAN KEBAIKAN KEPADA KITA SEMUA. AGAR KITA DALAM MEMUNASABAH DIRI KITA SELAMA SEBULAN INI. SELEPAS SEBULAN BERPUASA, KITA MERAIKAN HARI RAYA DENGAN SUASANA GEMBIRA DAN BERSAMA-SAMA MERAIKAN HARI RAYA. 

AKHIR KATA, DALAM KITA MERAIKAN HARI LEBARAN YANG MULIA , JANGAN KITA MELUPAKAN INSAN-INSAN YANG TIDAK BERNASIB BAIK DI LUAR SANA. SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH KEREDAAN ALLAH. 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.