Thursday, July 25, 2013

PENENTUAN HARI RAYA AIDIL-FITRI 1434

SALAM ASTRONOMER SEMUA.

BILA HARI RAYA? BERAPA HARI KITA BERPUASA? 29 ATAU 30 HARI. KITA TENGOK BEBERAPA FAKTA. MENURUT KIRAAN, BULAN BAHARU AKAN TERBIT  PADA PUKUL 21:51 PADA 6 OGOS WAKTU UNIVERSAL (UTC) BERSAMAAN JAM 5:51 PAGI PADA 7 OGOS, 2013 (WAKTU MALAYSIA) . PADA PETANG 7 OGOS, KITA AKAN MENCERAP BULAN PADA WAKTU MATAHARI TERBENAM. MENURUT KIRAAN, BULAN TELAH BERUSIA 13 JAM 39 MINIT (PADA WAKTU MAGHRIB PADA PUKUL 7:30 PETANG). KEBIASAANNYA, APABILA BULAN BERUSIA 8 JAM, IA SUDAH DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR. KEJADIAN "IJTIMAK" BERLAKU APABILA BUMI, BULAN DAN MATAHARI BERADA DI DALAM KEADAAN SELARI. MAKA, "IJTIMAK" PADA HARI MENENGOK ANAK BULAN TELAH BERLAKU PADA PUKUL 5:51 PAGI. PADA WAKTU KITA MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL PETANG 7 OGOS, BULAN TELAH BERADA PADA SUDUT DI MANA BULAN AKAN MEMBALIKKAN CAHAYA MATAHARI KE BUMI. INSYAALAH KALAU TEPAT KORDINAT DAN MASA, MAKA AKAN DAPAT MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL. MAKA KITA PUN BERHARI RAYA LAH KEESOKAN HARI. SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI. 


**** SEDIH APABILA RAMADHAN MENINGGALKAN KITA. BERIBADAT DALAM BULAN RAMADHAN BERBEZA DARI BULAN YANG LAIN. BANYAK PAHALA DAN FADILAT YANG DAPAT DINIKMATI DALAM BULAN RAMADHAN. ITULAH KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN. TETAPI, JANGAN KITA BERIBADAT DAN BERBUAT BAIK HANYA DALAM BULAN RAMADHAN KERANA BULAN-BULAN YANG LAIN JUGA MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAANNYA TERSENDIRI ****


"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"

No comments:

Post a Comment