~IKAN (THE FISH)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
PSC
DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ PISCES TERLETAK DI +34O UTARA DAN -7O SELATAN SERTA 22h50m DAN 2h05m. BURUJ PISCES MEMPUNYAI KELUASAN 889 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 14 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ PISCES IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ TRIANGULUM DAN BURUJ ARIES
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ AQUARIUS DAN BURUJ CETUS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ PEGASUS
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ ANDROMEDA
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI (BINARY):
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ PISCES:
~ BINTANG ALPHA (ALRECHA) MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI (COMPANION) YANG MENGORBIT SETIAP 933 TAHUN (DAHULU DIANGGARKAN 720 TAHUN). BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +5.2. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG IALAH 223O DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP) ADALAH 1.6".
~ BINTANG ZETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +6.5; PSCPSCP.A PADA 68O DENGAN SEP PADA 23".
~ BINTANG ETA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +11.0; P.A PADA 36O DAN SEP PADA 1.0". BINARI INI AMAT SUKAR DICERAP KERANA TERLALU RAPAT (CLOSE BINARY) ANTARA SATU SAMA LAIN.
~ BINTANG PSI PULA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +5.5 DENGAN P.A PADA 160O DAN SEP PADA 30".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ PISCES IAITU:
~ BINTANG KAPPA DIKELASKAN SEBAGAI "ALPHA CV TYPE VARIABLE" DENGAN MAGNITUD BINTANG KAPPA BERUBAH DARI MAGNITUD +4.87 HINGGA KE MAGNITUD +4.95.
PEMERHATIAN:
BURUJ PISCES TERLETAK DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -65O SELATAN. BURUJ PISCES DAPAT DILIHAT PADA BULAN DAN WAKTU BERIKUT:
~ DALAM BULAN OGOS PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN SEPTEMBER PADA JAM 11 MALAM
~ DALAM BULAN OKTOBER PADA JAM 10 MALAM
~ DALAM BULAN NOVEMBER PADA JAM 9 MALAM
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA JAM 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ PISCES MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:
~ M74 ATAU NGC628 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG KEDUDUKANNYA MENGHADAP BUMI (FACE-ON). M74 BERADA 32 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. IA JUGA AGAK KABUR (FAINT) DENGAN MAGNITUD+9.40 SERTA KECERAHAN (BRIGHTNESS) +14.20. M74 MEMANG SUNGGUH MENARIK DENGAN 'LENGAN' (ARMS).
~ NGC676 PULA IALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG AGAK KABUR (FAINT) DENGAN MAGNITUD +10.50 SERTA KECERAHAN +12.31.
~ NGC741 PULA SEBUAH GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY) YANG TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN KUMPULAN GALAKSI NGC742. NGC741 BERSAIZ LEBIH BESAR DARIPADA NGC742, TETAPI IANYA LEBIH KABUR (FAINTER) DARI JIRANNYA NGC742. NGC741 MEMILIKI BEBERAPA SELAPUT KELUMPONG (SHELL) DARIPADA GAS-GAS BINTANG DI BEBASKAN. NGC741 BERMAGNITUD +11.10 DENGAN KECERAHAN +13.50.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) YANG DAPAT DILIHAT DARI BURUJ PISCES IALAH:
~ HUJAN METEOR PISCIDS YANG BERLAKU PADA OGOS 12 HINGGA OKTOBER 7 SETIAP TAHUN. KEMUNCAK HUJAN METEOR PISCIDS BERLAKU PADA SEPTEMBER 20 - 21 DENGAN TITIK TENGAH (RADIANT) PADA BINTANG DELTA PISCIUM. KADAR SEJAM BILANGAN METEOR YANG JATUH (ZENITH HOURLY RATE) AMAT KECIL IAITU HANYA ANTARA 5 HINGGA 10 METEOR. HUJAN METEOR PISCIDS HANYALAH SATU HUJAN METEOR 'MINOR'. DIPERCAYAI SUMBER HUJAN METEOR PISCIDS BERPUNCA DARIPADA REJA-REJA KOSMIK KOMET WIRTANEN.
"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment