Friday, July 19, 2013

MENGENALI BURUJ - CANCER

BURUJ CANCER 
~KETAM (THE CRAB)



KATEGORI:
BURUJ (CONSTELLATION)

SINGKATAN:
CNC

DESKRIPSI:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CANCER TERLETAK DI HEMISFERA UTARA ANTARA +6O UTARA DAN +33O UTARA SERTA 7h55m DAN 9h20m. BURUJ CANCER MEMPUNYAI KELUASAN 506 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA MERUPAKAN BURUJ YANG KE 31 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CANCER IALAH:
~ BURUJ LEO DI BAHAGIAN BARAT
~ BURUJ HYDRA DI BAHAGIAN SELATAN
~ BURUJ GEMINI DAN BURUJ CANIS MINOR DI BAHAGIAN TIMUR
~ MANAKALA, BURUJ LYNX DAN BURUJ LEO MINOR DI BAHAGIAN UTARA

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
~ BINTANG ZETA MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI YANG MEMPUNYAI DUA BINTANG KOMPANI (COMPANION) YANG MENGORBIT BINTANG ZETA DALAM TEMPOH 59.5 TAHUN DAN JUGA 1115 TAHUN.
~ BINTANG PHI MERUPAKAN BINTANG BINARI YANG BERMAGNITUD HAMPIR SAMA IAITU +5.5 DAN +6.0 DENGAN KOMPANINYA. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG INI ADALAH 217O DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP) ADALAH 5.1".
~ BINTANG IOTA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +6.5; P.A PADA 307O DAN SEP PADA 30.5". IA SEBUAH BINARI YANG LUAS (WIDE) DENGAN WARNA BINTANG IOTA - KUNING, MANAKALA BINTANG KOMPANINYA PULA BIRU.

BINTANG VARIABLE:
~ BINTANG KAPPA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "ALPHA CVn TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG KAPPA BERUBAH DARI MAGNITUD +3.48 KE +5.27 DALAM JANGKA MASA 5
~ BINTANG R CANCRI ADALAH SATU BINTANG YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE" YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.07 HINGGA KE +11.80 DALAM JANGKA MASA 361.6 HARI.

PEMERHATIAN:
BURUJ CANCER DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -60O SELATAN. IA DAPAT DILIHAT PADA BULAN DAN MASA BERIKUT:
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN MAC PADA JAM 9 MALAM
~ DALAM BULAN APRIL PADA JAM 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
~ M44 ATAU NGC2632 LEBIH DIKENALI SEBAGAI "THE BEEHIVE" KLUSTER ATAU DALAM BAHASA LATIN DIPANGGIL "PRAESEPE". IA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) DAN IA DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR. DIANGGARKAN TERDAPAT ANTARA TIGA RATUS BIJI BINTANG YANG MEMBENTUK 'THE BEEHIVE" DARIPADA 2,000 BINTANG KESELURUHAN KLUSTER TERSEBUT. M44 BERMAGNITUD +3.10 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +13.00.



~ M67 ATAU NGC2682 JUGA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI LIMA RATUS BIJI BINTANG BERHIMPUN PADAT. M67 DIANGGARKAN BERUSIA 10 BILLION TAHUN DAN BERADA 2,500 TAHUN CAHAYA. IA BERMAGNITUD +6.90 DENGAN KECERAHAN +13.00. DALAM USIA SEBEGINI, KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG TERSEBUT TELAH MENGHAMPIRI PERINGKAT TERAKHIR JANGKA HAYAT MEREKA MELEPASI PERINGKAT 'RED GIANT' UNTUK MEMASUKI PERINGKAT SETERUSNYA.



~ NGC2775 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG MEMPUNYAI 'LENGAN' BERPUTAR BERGANDA (MULTIPLE SPIRAL ARMS) DAN IA BERMAGNITUD +10.10 DENGAN KECERAHAN +12.90.



HUJAN METEOR (METEOR SHOWER):
BURUJ CANCER MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEBANYAK SEKALI SETAHUN. 
~ HUJAN METEOR DELTA CANCRIDS (DELTA CANCRIDS METEOR SHOWER) BERLAKU ANTARA JANUARI 1 HINGGA JANUARI 24 DI MANA KEMUNCAK HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA JANUARI 17 SETIAP TAHUN. MALANGNYA, KADAR METEOR YANG DAPAT DILIHAT AMAT TIDAK MEMBERANGSANGKAN IAITU DENGAN KADAR 4 METEOR DALAM SATU JAM. IA BERLAKU DENGAN 'PUSAT' METEOR BERHAMPIRAN BINTANG DELTA CANCRI. SUMBER METEOR TIDAK DIKETAHUI, TETAPI ASTRONOMER MENJANGKAKAN IA BERPUNCA DARIPADA ASTEROID 2001 YB5.

"TODAY WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"

                      SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL

                                           CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                                                   atau
                                           KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment