Wednesday, July 31, 2013

MENGENALI BURUJ - PISCES

BURUJ PISCES
 ~IKAN (THE FISH)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
PSC

DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ PISCES TERLETAK DI +34O UTARA DAN -7O SELATAN SERTA 22h50m DAN 2h05m. BURUJ PISCES MEMPUNYAI KELUASAN 889 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 14 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ PISCES IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ TRIANGULUM DAN BURUJ ARIES
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ AQUARIUS DAN BURUJ CETUS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ PEGASUS
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ ANDROMEDA

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI (BINARY):
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ PISCES:
~  BINTANG ALPHA (ALRECHA) MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI (COMPANION) YANG MENGORBIT SETIAP 933 TAHUN (DAHULU DIANGGARKAN 720 TAHUN). BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +5.2. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG IALAH 223O DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP) ADALAH 1.6". 
~  BINTANG ZETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +6.5; PSCPSCP.A PADA 68O DENGAN SEP PADA 23".
~  BINTANG ETA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +11.0; P.A PADA 36O DAN SEP PADA 1.0". BINARI INI AMAT SUKAR DICERAP KERANA TERLALU RAPAT (CLOSE BINARY) ANTARA SATU SAMA LAIN.
~  BINTANG PSI PULA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +5.5 DENGAN P.A PADA 160O DAN SEP PADA 30".

BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ PISCES IAITU:
~  BINTANG KAPPA DIKELASKAN SEBAGAI "ALPHA CV TYPE VARIABLE" DENGAN MAGNITUD BINTANG KAPPA BERUBAH DARI MAGNITUD +4.87 HINGGA KE MAGNITUD +4.95.

PEMERHATIAN:
BURUJ PISCES TERLETAK DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -65O SELATAN. BURUJ PISCES DAPAT DILIHAT PADA BULAN DAN WAKTU BERIKUT:
~  DALAM BULAN OGOS PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA JAM 11 MALAM
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA JAM 10 MALAM
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA JAM 9 MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA JAM 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ PISCES MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:
~  M74 ATAU NGC628 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG KEDUDUKANNYA MENGHADAP BUMI (FACE-ON). M74 BERADA 32 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. IA JUGA AGAK KABUR (FAINT) DENGAN MAGNITUD+9.40 SERTA KECERAHAN (BRIGHTNESS) +14.20. M74 MEMANG SUNGGUH MENARIK DENGAN 'LENGAN' (ARMS).




~  NGC524 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI LENGKUNG (LENTICULAR GALAXY) YANG BERADA 90 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. TERDAPAT JUTAAN BINTANG DENGAN GUMPALAN AWAN YANG TERDIRI DARIPADA GAS-GAS DAN DEBU-DEBU. NGC524 JUGA AMAT MENARIK. NGC524 BERMAGNITUD +10.30 DENGAN KECERAHAN +12.30.







~  NGC676 PULA IALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG AGAK KABUR (FAINT) DENGAN MAGNITUD +10.50 SERTA KECERAHAN +12.31.



~  NGC488 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG TERLETAK 90 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. NGC 488 MEMPUNYAI 'LENGAN' BERPUTAR (SPIRAL ARMS) YANG BERWARNA BIRU DENGAN 'PUSAT' BERWARNA KEKUNINGAN. IA HAMPIR BERBENTUK 'BULAT'. NGC488 BERMAGNITUD 10.30 DENGAN KECERAHAN +13.40.




~  NGC474 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY) BERADA 100 TAHUN CAHAYA DARI BUMI. IA MEMPUNYAI EKOR BERALUN-ALUN. NGC474 BERMAGNITUD +11.50 DENGAN KECERAHAN +15.50.



~  NGC520 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG MELALUI PROSES PERLANGGARAN (COLLIDING) YANG BERADA 90 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.  NGC520 BERMAGNITUD 11.40 DENGAN KECERAHAN +13.60.



~  NGC741 PULA SEBUAH GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY) YANG TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN KUMPULAN GALAKSI NGC742. NGC741 BERSAIZ LEBIH BESAR DARIPADA NGC742, TETAPI IANYA LEBIH KABUR (FAINTER) DARI JIRANNYA NGC742. NGC741 MEMILIKI BEBERAPA SELAPUT KELUMPONG (SHELL) DARIPADA GAS-GAS BINTANG DI BEBASKAN. NGC741 BERMAGNITUD +11.10 DENGAN KECERAHAN +13.50.




HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) YANG DAPAT DILIHAT DARI BURUJ PISCES IALAH:
~  HUJAN METEOR PISCIDS YANG BERLAKU PADA OGOS 12 HINGGA OKTOBER 7 SETIAP TAHUN. KEMUNCAK HUJAN METEOR PISCIDS BERLAKU PADA SEPTEMBER 20 - 21 DENGAN TITIK TENGAH (RADIANT) PADA BINTANG DELTA PISCIUM. KADAR SEJAM BILANGAN METEOR YANG JATUH (ZENITH HOURLY RATE) AMAT KECIL IAITU HANYA ANTARA 5 HINGGA 10 METEOR. HUJAN METEOR PISCIDS HANYALAH SATU HUJAN METEOR 'MINOR'. DIPERCAYAI SUMBER HUJAN METEOR PISCIDS BERPUNCA DARIPADA REJA-REJA KOSMIK KOMET WIRTANEN.


"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"

                SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL

                                             CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                                                      atau
                                             KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

Thursday, July 25, 2013

PENENTUAN HARI RAYA AIDIL-FITRI 1434

SALAM ASTRONOMER SEMUA.

BILA HARI RAYA? BERAPA HARI KITA BERPUASA? 29 ATAU 30 HARI. KITA TENGOK BEBERAPA FAKTA. MENURUT KIRAAN, BULAN BAHARU AKAN TERBIT  PADA PUKUL 21:51 PADA 6 OGOS WAKTU UNIVERSAL (UTC) BERSAMAAN JAM 5:51 PAGI PADA 7 OGOS, 2013 (WAKTU MALAYSIA) . PADA PETANG 7 OGOS, KITA AKAN MENCERAP BULAN PADA WAKTU MATAHARI TERBENAM. MENURUT KIRAAN, BULAN TELAH BERUSIA 13 JAM 39 MINIT (PADA WAKTU MAGHRIB PADA PUKUL 7:30 PETANG). KEBIASAANNYA, APABILA BULAN BERUSIA 8 JAM, IA SUDAH DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR. KEJADIAN "IJTIMAK" BERLAKU APABILA BUMI, BULAN DAN MATAHARI BERADA DI DALAM KEADAAN SELARI. MAKA, "IJTIMAK" PADA HARI MENENGOK ANAK BULAN TELAH BERLAKU PADA PUKUL 5:51 PAGI. PADA WAKTU KITA MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL PETANG 7 OGOS, BULAN TELAH BERADA PADA SUDUT DI MANA BULAN AKAN MEMBALIKKAN CAHAYA MATAHARI KE BUMI. INSYAALAH KALAU TEPAT KORDINAT DAN MASA, MAKA AKAN DAPAT MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL. MAKA KITA PUN BERHARI RAYA LAH KEESOKAN HARI. SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI. 


**** SEDIH APABILA RAMADHAN MENINGGALKAN KITA. BERIBADAT DALAM BULAN RAMADHAN BERBEZA DARI BULAN YANG LAIN. BANYAK PAHALA DAN FADILAT YANG DAPAT DINIKMATI DALAM BULAN RAMADHAN. ITULAH KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN. TETAPI, JANGAN KITA BERIBADAT DAN BERBUAT BAIK HANYA DALAM BULAN RAMADHAN KERANA BULAN-BULAN YANG LAIN JUGA MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAANNYA TERSENDIRI ****


"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"

MENGENALI BULAN - SIRI 11

MARE COGNITUM
(THE KNOWN SEA)



KATEGORI:
LAUTAN (SEA ATAU MARE)

LOKASI:
MARE COGNITUM BERADA DI SUKU BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN.

KELUASAN:
MARE COGNITUM MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 376 KM.

ERA PEMBENTUKAN:
MARE COGNITUM TERBENTUK SEMASA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN HINGGA -3.2 BILLION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
(UPDATE)

PEMERHATIAN:
MARE COGNITUM MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE 2 SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA 1 HARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).

PERALATAN:
TEROPONG BERKUASA 10X DIPERLUKAN UNTUK MENGHARGAI KEUNIKAN MARE COGNITUM.

PENJELAJAHAN:
~ LUNA 5 MERUPAKAN KAPAL ANGKASA TANPA MANUSIA (UNMANNED) SOVIET RUSSIA YANG BERTUJUAN UNTUK MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN. NAMUN, KEROSAKAN PADA 'RETRO ROKET' KAPAL ANGKASA LUNA 5 TELAH MENYEBABKAN IANYA TERHEMPAS DI PERMUKAAN BULAN DI KAWASAN MARE NUBIUM. LUNA 5 DILANCARKAN PADA 9/05/1965 DAN TERHEMPAS DI PERMUKAAN BULAN PADA 12/05/1965.

~ RANGER 7 IALAH KAPAL ANGKASA TANPA MANUSIA (UNMANNED) AMERIKA SYARIKAT YANG PERTAMA BERJAYA MENGHANTAR BALIK IMEJ-IMEJ PERMUKAAN BULAN. RANGER 7 DILANCARKAN PADA 28/07/1964. DALAM MASA 17 MINIT SEBELUM MENDARAT, RANGER 7 TELAH MENGHANTAR SEBANYAK 4,300 IMEJ KE BUMI PADA 31/07/1964. NAMUN PENDARATAN TERSEBUT MERUPAKAN YANG TERAKHIR BUAT RANGER 7.



~ SURVEYOR 3 JUGA MERUPAKAN KAPAL ANGKASA TANPA MANUSIA (UNMANNED) AMERIKA SYARIKAT YANG BERJAYA MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN. IA DIHANTAR UNTUK MENJELAJAH PERMUKAAN BULAN. SURVEYOR 3 DILANCARKAN PADA 17/04/1967 DAN MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN PADA 20/04/1967. SETELAH BERADA SELAMA 336 JAM DI PERMUKAAN BULAN, PADA 3/05/1967, SURVEYOR 3 TERPAKSA  DI'PADAMKAN' KERANA PANEL SOLAR PADA KAPAL ANGKASA TIDAK DAPAT MENJANA TENAGA ELEKTRIK BAGI KAPAL ANGKASA. APABILA NASA CUBA MENG'HIDUP'KAN NYA SEMULA, IA TIDAK DAPAT DI'AKTIF'KAN. IA BERLAKU KERANA CUACA YANG MELAMPAU YANG DIALAMI OLEH SURVEYOR 3 TELAH MENYEBABKAN IA 'ROSAK'. IA TELAH MENGHANTAR SEBANYAK 6,315 TV IMEJ KE BUMI.



~ APOLLO 12 IALAH KAPAL ANGKASA KE 6 DALAM PROGRAM 'APOLLO' AMERIKA SYARIKAT. IA DILANCARKAN PADA 14/11/1969 DAN MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN PADA 19/11/1969. KREW MISI APOLLO 12 IALAH:
                   KOMANDER :   CHARLES 'PETE' CONRAD JR
                   KOM. MODUL PILOT :   RICHARD F.GORDON JR
                   LUNAR MODUL PILOT :   ALAN L.BEAN
APOLLO 12 MENDARAT BERHAMPIRAN DENGAN KAWASAN RANGER 7 TERHEMPAS. BEBERAPA BAHAGIAN DARIPADA RANGER 7 TELAH DIAMBIL DAN DIBAWA BALIK KE BUMI UNTUK PENYELIDIKAN. APOLLO 12 KEMBALI KE BUMI PADA 24/11/1967.




~ APOLLO 14 MERUPAKAN MISI KE 8 DALAM PROGRAM 'APOLLO' AMERIKA SYARIKAT. IA DILANCARKAN PADA 31/01/1971 DAN MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN PADA 5/02/1971. KREW MINI APOLLO 14 IALAH:
                    KOMANDER :   ALAN SHEPARD
                    KOM. MODUL PILOT :   STUART ROOSA
                    LUNAR MODUL PILOT :   EDGAR MITCHELL
APOLLO 14 TELAH MEMUNGUT 'BATU-BATU BULAN' (MOON ROCKS) SEBERAT 42 KG SELAIN MELAKUKAN UJIKAJI SAINS SEMASA MISI TERSEBUT. APOLLO 14 TELAH MENDARAT DI ATAS BUKIT DI KAWAH (CRATER) FRA MAURO. APOLLO 14 KEMBALI KE BUMI PADA 9/02/1971.







"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"

SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, SILA KEMUKA KE E-MAIL:

                          CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                                   atau
                          KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

Friday, July 19, 2013

RENUNGAN JUMAAT

"... DEMI MATAHARI DAN CAHAYANYA DI PAGI HARI, DAN BULAN APABILA MENGIRINGINYA, DAN SIANG APABILA MENAMPAKKANNYA, DAN MALAM APABILA MENUTUPINYA, DAN LANGIT SERTA PEMBINAANNYA, DAN BUMI SERTA PENGHAMPARANNYA, DAN JIWA SERTA PENYEMPURNAANYA (PENCIPTAANNYA), MAKA ALLAH MENGILHAMKAN KEPADA JIWA ITU (JALAN) KEFASIKAN DAN KETAKWAANNYA, SESUNGGUHNYA BERUNTUNGLAH ORANG YANG MENSUCIKAN JIWA ITU, DAN SESUNGGUHNYA MERUGILAH ORANG YANG MENGOTORINYA, ..."


SURAH ASY SYAMS (MATAHARI); JUZUK 30; AYAT 1 HINGGA 10

MENGENALI BURUJ - CANCER

BURUJ CANCER 
~KETAM (THE CRAB)



KATEGORI:
BURUJ (CONSTELLATION)

SINGKATAN:
CNC

DESKRIPSI:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CANCER TERLETAK DI HEMISFERA UTARA ANTARA +6O UTARA DAN +33O UTARA SERTA 7h55m DAN 9h20m. BURUJ CANCER MEMPUNYAI KELUASAN 506 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA MERUPAKAN BURUJ YANG KE 31 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CANCER IALAH:
~ BURUJ LEO DI BAHAGIAN BARAT
~ BURUJ HYDRA DI BAHAGIAN SELATAN
~ BURUJ GEMINI DAN BURUJ CANIS MINOR DI BAHAGIAN TIMUR
~ MANAKALA, BURUJ LYNX DAN BURUJ LEO MINOR DI BAHAGIAN UTARA

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
~ BINTANG ZETA MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI YANG MEMPUNYAI DUA BINTANG KOMPANI (COMPANION) YANG MENGORBIT BINTANG ZETA DALAM TEMPOH 59.5 TAHUN DAN JUGA 1115 TAHUN.
~ BINTANG PHI MERUPAKAN BINTANG BINARI YANG BERMAGNITUD HAMPIR SAMA IAITU +5.5 DAN +6.0 DENGAN KOMPANINYA. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG INI ADALAH 217O DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP) ADALAH 5.1".
~ BINTANG IOTA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +6.5; P.A PADA 307O DAN SEP PADA 30.5". IA SEBUAH BINARI YANG LUAS (WIDE) DENGAN WARNA BINTANG IOTA - KUNING, MANAKALA BINTANG KOMPANINYA PULA BIRU.

BINTANG VARIABLE:
~ BINTANG KAPPA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "ALPHA CVn TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG KAPPA BERUBAH DARI MAGNITUD +3.48 KE +5.27 DALAM JANGKA MASA 5
~ BINTANG R CANCRI ADALAH SATU BINTANG YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE" YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.07 HINGGA KE +11.80 DALAM JANGKA MASA 361.6 HARI.

PEMERHATIAN:
BURUJ CANCER DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -60O SELATAN. IA DAPAT DILIHAT PADA BULAN DAN MASA BERIKUT:
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN MAC PADA JAM 9 MALAM
~ DALAM BULAN APRIL PADA JAM 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
~ M44 ATAU NGC2632 LEBIH DIKENALI SEBAGAI "THE BEEHIVE" KLUSTER ATAU DALAM BAHASA LATIN DIPANGGIL "PRAESEPE". IA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) DAN IA DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR. DIANGGARKAN TERDAPAT ANTARA TIGA RATUS BIJI BINTANG YANG MEMBENTUK 'THE BEEHIVE" DARIPADA 2,000 BINTANG KESELURUHAN KLUSTER TERSEBUT. M44 BERMAGNITUD +3.10 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +13.00.



~ M67 ATAU NGC2682 JUGA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI LIMA RATUS BIJI BINTANG BERHIMPUN PADAT. M67 DIANGGARKAN BERUSIA 10 BILLION TAHUN DAN BERADA 2,500 TAHUN CAHAYA. IA BERMAGNITUD +6.90 DENGAN KECERAHAN +13.00. DALAM USIA SEBEGINI, KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG TERSEBUT TELAH MENGHAMPIRI PERINGKAT TERAKHIR JANGKA HAYAT MEREKA MELEPASI PERINGKAT 'RED GIANT' UNTUK MEMASUKI PERINGKAT SETERUSNYA.



~ NGC2775 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG MEMPUNYAI 'LENGAN' BERPUTAR BERGANDA (MULTIPLE SPIRAL ARMS) DAN IA BERMAGNITUD +10.10 DENGAN KECERAHAN +12.90.



HUJAN METEOR (METEOR SHOWER):
BURUJ CANCER MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEBANYAK SEKALI SETAHUN. 
~ HUJAN METEOR DELTA CANCRIDS (DELTA CANCRIDS METEOR SHOWER) BERLAKU ANTARA JANUARI 1 HINGGA JANUARI 24 DI MANA KEMUNCAK HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA JANUARI 17 SETIAP TAHUN. MALANGNYA, KADAR METEOR YANG DAPAT DILIHAT AMAT TIDAK MEMBERANGSANGKAN IAITU DENGAN KADAR 4 METEOR DALAM SATU JAM. IA BERLAKU DENGAN 'PUSAT' METEOR BERHAMPIRAN BINTANG DELTA CANCRI. SUMBER METEOR TIDAK DIKETAHUI, TETAPI ASTRONOMER MENJANGKAKAN IA BERPUNCA DARIPADA ASTEROID 2001 YB5.

"TODAY WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"

                      SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL

                                           CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                                                   atau
                                           KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

Monday, July 15, 2013

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 43 / NGC1982

MESSIER 43  /  NGC1982


BURUJ:   ORION

KELAS:   NEBULA

LOKASI:   05h 35m 31s  /  -05o 17' 57"

JARAK:   1,300 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +9/0

SAIZ:   20'.0  X  15'.0

MESSIER 43 ATAU NGC1982 ADALAH SEBUAH NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ ORION. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE De MAIRAN'S NEBULA' KERANA MENGAMBIL NAMA SEMPENA JEAN-JACQUES de MAIRAN YANG TELAH MENEMUI NEBULA TERSEBUT PADA TAHUN 1731. MANAKALA, CHARLES MESSIER TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN PADA 4hb MARCH, 1769 DAN MEREKODKAN SEBAGAI 'MESSIER 43' KE DALAM KATALOG BELIAU IAITU 'THE MESSIER CATALOGUE'.

M43 / NGC1982 ADALAH SEBUAH NEBULA 'PEMBENTUKAN BINTANG-BINTANG' DENGAN KETARA SEBAGAI KAWASAN 'H II REGION'. IA MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA 'THE ORION NEBULA' (M42 / NGC1976) HANYA DIPISAHKAN OLEH LORONG DEBU HITAM YANG BESAR. M42 (NGC1976) DAN M43 (NGC1982) ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA 'THE ORION MOLECULAR CLOUD COMPLEX' IAITU SEBUAH KUMPULAN BESAR YANG MENGANDUNGI NEBULA SEBARAN (EMISSION NEBULA) DAN JUGA NEBULA PANTULAN (REFLECTION NEBULA), KAWASAN 'H II REGION', AWAN GELAP (DARK CLOUD), SERTA BINTANG-BINTANG BAHARU TERBENTUK (NEWLY FORMED STARS) MEMENUHI BEBERAPA DARJAH (o) DI RUANG ANTARA 'ORION'S BELT' DAN 'ORION'S SWORD'.  








camp.astronomy@gmail.com














 

Saturday, July 13, 2013

MENGENALI BULAN - SIRI 10

MARE CRISIUM
(SEA OF CRISES)





KATEGORI:
LAUTAN (SEA ATAU MARE)

LOKASI:
MARE CRISIUM TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN.

KELUASAN: 
MARE CRISIUM MEMPUNYAI KELUASAN 176,000 KM PERSEGI.

ERA PEMBENTUKAN:
MARE CRISIUM TERBENTUK PADA MASA ERA NECTARIAN IAITU -3.92 BILLION TAHUN HINGGA -3.85 BILLION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
(UPDATE)

PEMERHATIAN:
MARE CRISIUM MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT DAN DICERAP PADA HARI KE 3 SELEPASBULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA DUA HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON)

PERALATAN:
TEROPONG BERKUASA 10X DIPERLUKAN UNTUK MENCERAP MARE CRISIUM SECARA KASAR. UNTUK MELIHAT MARE CRISIUM DENGAN LEBIH TERPERINCI, TELESKOP BERKUASA RENDAH MEMADAI.

PENEROKAAN:
~ LUNA 24 TELAH MENEROKA KAWASAN MARE CRISIUM DAN MEMBAWA BALIK SEBANYAK 170 GRAM CONTOH TANAH DAN BATU DARI BULAN.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEED-BACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                            CAMP.ASTRONOMY@YAHOO.COM
                                                   atau
                            KEM.ASTRONOMI@GMAIL.COM

"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"

RENUNGAN JUMAAT

(UPDATE)

Wednesday, July 3, 2013

RAMADHAN 1434 - PENENTUAN PUASA

PENENTUAN PUASA DAN PERMULAAN RAMADHAN 1434

ASSALAMUALAIKUM ASTRONOMERS.

RAMADHAN KEMBALI LAGI BAGI TAHUN 1434 HIJRAH ATAU 2013 MASIHI. BILA KITA AKAN MULA BERPUASA? MENGIKUT PENGIRAAN. BULAN BAHARU AKAN TERBIT PADA 8 HARIBULAN 2013 ATAU 29 HARIBULAN SYAABAN PADA PUKUL 3.15 PETANG WAKTU MALAYSIA ATAU 7.15 WAKTU UNIVERSAL (UT). WAKTU MENCERAP BIASANYA DILAKUKAN APABILA MATAHARI TERBENAM DI UFUK BARAT. MENURUT KIRAAN, BULAN BERUSIA 4 JAM 12 MINIT KETIKA MATAHARI TERBENAM. KEBIASAANNYA, ANAK BULAN TIDAK DAPAT DILIHAT SEHINGGA IANYA BERUSIA SEKURANG-KURANGNYA 8 JAM. JADI, KITA AKAN MULA BERPUASA PADA 10 HARIBULAN JULAI 2013 BERSAMAAN 1 RAMADHAN 1434.

WASSALAM. SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA ASTRONOMERS.

"TODAY, WE STARE INTO THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"

MENGENALI BURUJ - AURIGA

BURUJ AURIGA

KATEGORI:
BURUJ (CONSTELLATION)

SINGKATAN:
AUR

DESKRIPSI:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ AURIGA BERADA DI HEMISFERA UTARA ANTARA 4h40M DAN 7h35m.
BURUJ AURIGA BERSEMPADAN DENGAN BURUJ-BURUJ LAIN:
~ BAHAGIAN TIMUR - BURUJ PERSEUS
~ BAHAGIAN BARAT - BURUJ LYNX
~ BAHAGIAN UTARA - BURUJ CAMELOPARDALIS
~ BAHAGIAN SELATAN - BURUJ GEMINI DAN BURUJ TAURUS

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
(UPDATE)

BINTANG VARIABLE:
(UPDATE)

PEMERHATIAN:
BURUJ AURIGA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O HINGGA KE GARIS LINTANG -40OBURUJ AURIGA DAPAT DILIHAT PADA BULAN DAN WAKTU BERIKUT:
~ BULAN NOVEMBER PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~ BULAN DISEMBER PADA JAM 11 MALAM
~ BULAN JANUARI PADA JAM 10 MALAM
~ BULAN FEBRUARI PADA JAM 9 MALAM
~ BULAN MAC PADA JAM 8 MALAM.

OBJEK 'DEEP SKY':
~ M36 ATAU NGC1960 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI ANTARA 50 DAN 60 BIJI BINTANG. IA BERMAGNITUD +6.00 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.00.
~ M37 ATAU NGC2099 JUGA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI 150 BIJI BINTANG. IA BERMAGNITUD +5.60 DENGAN KECERAHAN +11.00.
~ M38 ATAU NGC1912 JUGA SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI LEBIH KURANG 1000 BIJI BINTANG. M38 BERADA DI BARAT-LAUT M36.
IA BERMAGNITUD +6.40 DENGAN KECERAHAN +12.00.

HUJAN METEOR (METEOR SHOWER):
TERDAPAT HUJAN METEOR DALAM BURUJ AURIGA:
~ HUJAN METEOR AURIGIDS
~ HUJAN METEOR DELTA AURIGIDS


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL

                              CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                               atau
                              KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

"TODAY, WE STARE INTI THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"