Monday, April 15, 2013

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 40

MESSIER 40


BURUJ:   URSA MAJOR

KELAS:   BINTANG BERKEMBAR

LOKASI:   12h 22m 12s  /  +58o 04' 58" (BINTANG A)

                  12h 22m 18s  /  +58o 05' 10" (BINTANG B)

JARAK:   1,013 TAHUN CAHAYA (BINTANG A)

                  470 TAHUN CAHAYA (BINTANG B)   

MAGNITUD:   +9.64 (BINTANG A)

                        +10.11 (BINTANG B)

MESSIER 40 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'WINNECKE 4' ADALAH SEBUAH KUMPULAN DUA BIJI BINTANG (DOUBLE STARS) YANG BERADA DI DALAM BURUJ URSA MAJOR DI HEMISFERA UTARA. CHARLES MESSIER TELAH MENEMUKAN M40 SEMASA BELIAU MEMBUAT CERAPAN UNTUK MENCARI 'NEBULA' YANG TELAH DICATATKAN DI KAWASAN TERSEBUT OLEH JOHANNES HEVELIUS, SEORANG AHLI ASTRONOMI POLAND PADA KURUN KE 17.

SEBENARNYA CHARLES MESSIER TIDAK MENEMUI SEBARANG 'NEBULA' DI KAWASAN TERSEBUT KERANA 'OBJEK' TERSEBUT BERMAGNITUD LEBIH TINGGI DARI 'BINTANG BERKEMBAR' YANG DISANGKAKAN 'NEBULA' OLEH CHARLES MESSIER. BELIAU TELAH MEREKODKAN 'BINTANG BERKEMBAR' TERSEBUT SEBAGAI 'MESSIER 40' KE DALAM KATALOG BELIAU, 'THE MESSIER CATALOGUE'. WALAUPUN PADA SANGKAAN MESSIER, ITU ADALAH 'NEBULA'.

BINTANG BERKEMBAR TERSEBUT TELAH DITEMUI SEMULA OLEH FRIEDRICH AUGUST THEODOR WINNECKE DALAM TAHUN 1863. BELIAU TELAH MEMASUKI PENEMUAN TERSEBUT KE DALAM KATALOG BELIAU IAITU 'THE WINNECKE CATALOGUE OF DOUBLE STARS' SEBAGAI 'WINNECKE 4'. DALAM TAHUN 1991, 'JARAK PERPISAHAN' (THE SEPARATION) ANTARA KEDUA-DUA BINTANG TERSEBUT TELAH DIUKUR PADA JARAK 51.7" (ARCSECONDS).

PERKARA TERSEBUT TIDAK LEBIH HANYALAH 'BINTANG BERKEMBAR' SECARA 'PENGLIHATAN' (OPTICAL), DAN TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN FIZIKAL SEPERTI 'SISTEM BINARI' (BINARY SYSTEM). BINTANG A, HD238107, KELIHATAN LEBIH CERAH, WALAUPUN BERADA DUA KALI GANDA JAUHNYA DARIPADA BINTANG B, HD238108. M40 BUKANLAH OBJEK 'DEEP SKY', TETAPI HANYALAH DIKATALOGKAN OLEH CHARLES MESSIER SECARA 'TIDAK SENGAJA' ATAU 'TERSILAP' (BY MISTAKE).






camp.astronomy@gmail.com









 

 

No comments:

Post a Comment