Wednesday, April 24, 2013

MENGENALI BURUJ - LIBRA

BURUJ LIBRA (PENIMBANG)




KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
LIB

DESKRIPSI:
BURUJ LIBRA DIGAMBARKAN SEBAGAI 'PENIMBANG'. BURUJ LIBRA ADALAH SATU-SATUNYA BURUJ YANG DIGAMBARKAN SELAIN DARIPADA BINATANG ATAU KAREKTOR DARI MITOS. BURUJ LIBRA DIGAMBARKAN DENGAN LAMBANG 'PENIMBANG' DENGAN 4 BINTANG IAITU BINTANG ALPHA, BETA, GAMMA DAN SIGMA. BURUJ LIBRA MERUPAKAN BURUJ YANG KE 29 DENGAN KELUASAN 538 SQUARE DEGREE. IANYA BOLEH DILIHAT DARI  LATITUD +650 HINGGA -900

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ LIBRA TERLETAK DI HEMISPHERE SELATAN. BURUJ SERPANS CAPUT TERLETAK DI UTARA BURUJ INI. BURUJ VIRGO DAN BURUJ HYDRA PULA DI SEBELAH TIMUR, BURUJ CENTAURUS DI SEBELAH TENGGARA, BURUJ LUPUS PULA SI BAHAGIAN SELATAN, DAN BURUJ  SCORPIUS SERTA BURUJ OPHIUCHUS TERLETAK DI BAHAGIAN BARAT BURUJ.

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
BINTANG-BINTANG YANG TERDAPAT DI DALAM LINGKUNGAN BURUJ LIBRA BERMAGNITUD DI ANTARA +2.75 HINGGA +5.46. BINTANG YANG PALING CERAH IALAH BINTANG BETA YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI ZUBEN ELSCHEMALI BERMAGNITUD +2.61.  BINTANG-BINTANG LAIN ADALAH ALPHA2 YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI ZUBEN ELGENUBI BERMAGNITUD +2.75; GAMMA (ZUBEN ELAKRAB, +3.91); SIGMA (BRACHIUM, +3.29); UPSILON (+3.58); TAU (+3.66); THETA (+4.15); IOTA (+4.54); KAPPA (+4.74); DELTA (ZUBEN ELAKRIBI, +4.9); EPSILON (+4.94); LAMBDA (+5.03); ALPHA1 (+5.16); NU (+5.2); MU (+5.31); ETA (+5.41); DAN XI (+5.46).

BINTANG BINARI:
BURUJ LIBRA MEMPUNYAI BINTANG BINARI DI DALAM BURUJNYA. BINTANG ALPHA2 DAN ALPHA1 MEMBENTUK "DOUBLE" YANG BESAR DAN BERWARNA YANG BERLAWANAN IAITU KUNING DAN BIRU. ALPHA2 ADALAH BINTANG UTAMA DENGAN MAGNITUD +2.9 DAN ALPHA1 PULA BERMAGNITUD +5.3. 'SUDUT KEDUDUKAN' {POSITION ANGLE - PA} PULA ADALAH PADA 3140 DAN 'JARAK DIPISAHKAN' {SEPARATION - SEP.} PADA 231". SELAIN ALPHA2, BINTANG IOTA MEMPUNYAI 'KOMPANI' YANG BERMAGNITUD +9.5, PA PADA SUDUT 1110, SEP. PADA 58.6". SATU LAGI BINTANG BINARI DALAM BURUJ LIBRA IALAH STRUVE 1962 YANG MEMPUNYAI MAGNITUD +6.5 DENGAN 'KOMPANI' BERMAGNITUD +6.6; PA PADA SUDUT 1880; DAN SEP. PADA 11.9".

BINTANG VARIABLE:
BURUJ LIBRA MEMPUNYAI SATU BINTANG VARIABLE IAITU BINTANG DELTA. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "ALGOL-TYPE" VARIABLE. BINTANG DELTA BERUBAH MAGNITUD DARI +4.9 HINGGA +5.9 DALAM MASA 2.3 HARI. {ALGOL-TYPE VARIABLE MELALUI PERUBAHAN MAGNITUD DALAM JANGKA MASA YANG SINGKAT}

PEMERHATIAN:
BURUJ LIBRA BOLEH DICERAP PADA BULAN JUN PADA PUKUL 10 MALAM, PADA BULAN JULAI PADA PUKUL 9 MALAM, MANAKALA PADA BULAN OGOS PADA PUKUL 8 MALAM.

OBJEK 'DEEP SKY':

No comments:

Post a Comment