Thursday, April 18, 2013

MENGENALI BURUJ - GEMINI

BURUJ GEMINI (KEMBAR)





DESKRIPSI:
BURUJ GEMINI DIGAMBARKAN SEBAGAI "KEMBAR" (TWINS). MENURUT MITOS ORANG GREEK, 'KEMBAR' INI MEMPUNYAI IBU YANG SAMA TETAPI BERLAINAN BAPA. BINTANG ALPHA (CASTOR) BERBAPAKAN TYNDARES (KING OF SPARTA), MANAKALA BAPA BINTANG BETA (POLLUX) IALAH ZEUS. IBU KEPADA 'KEMBAR' INI IALAH LEDA. KEDUA-DUA BINTANG (ALPHA DAN BETA) MERUPAKAN KEPALA KEPADA BURUJ INI.

SINGKATAN:
GEM

KEDUDUKAN BURUJ DI LANGIT:
BURUJ INI BERSEBELAHAN DENGAN BURUJ TAURUS DAN BURUJ ORION DI SEBELAH BARAT. BURUJ AURIGA DAN BURUJ LYNX BERADA DISEBELAH UTARA. BURUJ CANCER PULA DI SEBELAH TIMUR. MANAKALA BURUJ CANIS MINOR DAN BURUJ MONOCEROS BERADA DI SEBELAH SELATAN.

BINTANG-BINTANG BURUJ GEMINI:
DENGAN KELUASAN 514 SQUARE DEGREE, BURUJ GEMINI MEMPUNYAI BINTANG-BINTANG YANG BERMAGNITUD ANTARA +1.1 HINGGA +5.5. BINTANG YANG PALING CERAH IALAH BETA (POLLUX) BERMAGNITUD +1.1. DIIKUTI BINTANG ALPHA (CASTOR; +1.6), GAMMA (ALHENA; +1.9), MU (TEJAT POSTERIOR; +2.9), EPSILON (MEBSUTA; +3.0), ETA (TEJAT PRIOR ATAU PROPUS; +3.3), XI (ALZIRR; +3.4), DELTA (WASAT; +3.5), KAPPA (+3.6), LAMBDA (+3.6), ZETA (MEKBUTA; +3.7), IOTA (+3.8) DAN LAIN-LAIN LAGI.

BINTANG BINARI (BINARY): 
BINTANG BINARI ADALAH BINTANG YANG MEMPUNYAI SATU ATAU LEBIH BINTANG YANG DAPAT DILIHAT PADA SUDUT YANG SAMA DENGAN BINTANG TERSEBUT. IA MENJADIKAN BINTANG YANG LEBIH MALAP MAGNITUDNYA SEBAGAI 'KOMPANI'NYA. BINTANG BINARI JUGA KEMUNGKINAN MEMPUNYAI BINTANG LAIN YANG BEREDAR MENGELILINGNYA ATAU MEREKA MENG'ORBIT'KAN ANTARA SATU SAMA LAIN.
BINTANG BINARI DI DALAM BURUJ GEMINI IALAH BINTANG ALPHA. ALPHA BERMAGNITUD +1.6, SEMENTARA BINTANG 'KOMPANI'NYA (COMPANION) BERMAGNITUD +3.0 DENGAN 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - PA) 65O DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP.) 3.9". SELAIN ITU, DELTA DENGAN KOMPANI +8.2; PA PADA 225O; DAN SEP. PADA 5.8". BINTANG ETA MEMPUNYAI KOMPANI BERMAGNITUD +8.8; PA PADA 266O; DAN SEP. PADA 1.4".

BINTANG VARIABLE:
BINTANG VARIABLE ADALAH BINTANG YANG MEMPUNYAI MAGNITUD YANG BERUBAH SAMAADA MENJADI SEMAKIN MALAP ATAU TERANG DALAM TEMPAOH MASA TERTENTU.
BURUJ GEMINI MEMPUNYAI BINTANG VARIABLE IAITU ZETA YANG BERMAGNITUD DARI +3.62 BERUBAH KE +4.18 SETIAP 10.15 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI 'CEPHEID VARIABLE'. SATU LAGI BINTANG VARIABLE IALAH ETA YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +3.2 KE +3.9 DALAM TEMPOH MASA 232.9 HARI DAN DIKELASKAN SEBAGAI 'SEMI-REGULAR VARIABLE'.

PEMERHATIAN:
BURUJ GEMINI BOLEH DICERAP PADA BULAN MAC PADA PUKUL 9 MALAM. PADA BULAN BERIKUTNYA, BURUJ GEMINI DAPAT DICERAP PADA PUKUL 8 MALAM.

HUJAN METEOR (METEOR SHOWER):
HUJAN METEOR YANG BERLAKU BERHAMPIRAN DENGAN BURUJ GEMINI DINAMAKAN "GEMINID METEOR SHOWER" YANG BERLAKU PADA 13 DAN 14 DESEMBER SETIAP TAHUN. GEMINID MERUPAKAN SALAH SATU HUJAN METEOR YANG MENARIK KERANA IA BOLEH MENGHASILKAN SEHINGGA 100 METEOR DALAM SATU JAM. 

OBJEK 'DEEP SKY':
OBJEK 'DEEP SKY' YANG TERDAPAT DI DALAM LINGKUNGAN BURUJ GEMINI IALAH M35 ATAU NGC2168. IA MERUPAKAN 'KLUSTER TERBUKA' (OPEN CLUSTER) DENGAN MAGNITUD +5.10 DAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) PADA +12.00. NGC2392 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE ESKIMO NEBULA' (SUNGGUH MENARIK) MERUPAKAN 'PLANET NABULA' (PLANETARY NEBULA) BERMAGNITUD +8.60 DAN KECERAHAN +6.80. SELAIN DARI ITU, NGC2395 (MAGNITUD +8.00; KECERAHAN +13.14), NGC2420 (+8.30; +13.04), NGC2331 (+8.50; +14.52) DAN NGC2266 (+9.50; +13.47) ADALAH MERUPAKAN 'KLUSTER TERBUKA'.


M35 (NGC2168)


NGC2392


NGC2420


NGC2331


NGC2266

SELAMAT BER'STAR GAZING', ASTRONOMERS.

SEBARANG KEMUSYKILAN ATAU PERTANYAAN, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

"KEEP LOOKING UP AND BEYOND YOUR EYES CAN SEE"





1 comment:

  1. Hey, this is a great post, so clear and easy to understand. All your hard work is much appreciated.
    offshore transportation

    ReplyDelete